E-Mail: lippikmkk@gmail.com

07 Disember 2009

Pameran Bimbingan Kerjaya di Dewan Masyarakat Keningau

Sabtu, 31 Oktober 2009: Pameran Bimbingan Kerjaya, anjuran Rotary Club Of Likas Bay telah diadakan di Dewan Masyarakat Keningau. Pihak Unit Promosi dan Pemasaran IKMKK telah turut serta dalam mempromosikan peluang-peluang kemahiran yang disediakan di IKMKK.

Pameran ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Normah Binti Gagoh, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Para peserta pameran terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Pedalaman Atas.

Pra Senat IKMKK, Sesi Jul-Dis 2009

Isnin, 07 Disember 2009: Pra Senat IKMKK, sesi Jul-Dis 2009 bermula pada jam 9.30 dan dijangka berakhir pada sebelah petangnya.

21 November 2009

Peperiksaan Akhir Semester, Sesi Jul - Dis 2009


Peperiksaan akhir semester, sesi Jul-Dis 2009 telah bermula pada 21hb November 2009 (Sabtu) sehingga 10hb Disember 2009. Walau bagaimana pun pada 27hb November 2009 (Jumaat), peperiksaan ini akan di tangguhkan ke minggu hadapannya untuk memberikan laluan kepada Hari Raya Aidil Adha.

Kepada para pelajar IKMKK selamat menjawab dan selepas ini anda akan menjalani Latihan Industri di syarikat-syarikat yang telah anda pilih. Kepada yang akan tamat sepenuhnya selamat menempuhi alam pekerja kalau tidak pun sambung belajar dan yang paling penting anda menjadi usahawan berjaya dan menjadi rakyat yang berguna

11 November 2009

Pertandingan Keceriaan Pejabat Dan Bengkel IKMKK Tahun 2009

10 November 2009 (Selasa): Wakil dari Jabatan Pengajian Am En. Abd Rahim Shah Bin Saruddin dan En. Mohd Hizzol Bin Mohd Yusof dari Pentadbiran telah mengadakan pemantauan untuk penilaian pertandingan tersebut. Pemantauan ini sepatutnya dilakukan pada 12 November 2009 (Khamis) akan tetapi atas sebab-sebab tertentu diawalkan. Walau bagaimanapun untuk penilai yang lainnya akan dilaksanakan mengikut Jadual Penilai (Pemantauan) yang telah ditetapkan dalam mesyuarat sebelum ini. Di antara pejabat dan bengkel yang telah dinilai ialah pejabat STPP dan MARAPET (MARA-Petronas) manakala bengkel terdiri daripada bengkel STPP dan STEK.

Semasa membuat pemantauan untuk penilaian Pertandingan Keceriaan Pejabat dan Bengkel IKMKK Tahun 2009, kami berkesempatan mengambil beberapa gambar untuk tatapan bakal-bakal pelajar IKMKK bagi sesi Januari - Jun 2010. Kepada pelajar yang dah keluar atau tamat kemahiran di sini mungkin akan mengingatkan anda semasa menuntut di sini.




Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu