E-Mail: lippikmkk@gmail.com

31 Mac 2009

Budak kampung jadi usahawan

Oleh FUAD HADINATA YAACOB

Profil
NAMA: Datuk Nabil Abd KadirUSIA: 46 tahun
LAHIR: 10 Mei 1963 di Pekan, Pahang
JAWATAN:
1) Pengerusi Eksekutif Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (Kopraha)
2) Pengerusi Join Management Commity Setiawangsa Business Suites
3) Pengarah Urusan Nakiwa Sdn Bhd dengan tiga anak syarikat, Optical Media Sdn Bhd, Nakiwa Properties Sdn Bhd dan Nakiwa Travel and Tours Sdn Bhd
ISTERI:
Datin Sakinah Zainul Abidin
ANAK-ANAK:
1) Iylia Najlaa Fathii, 21; 2) Izzy Aishah, 20; 3) Izham Haiqal, 15: 4) Ikmal Hakim, 14 tahun
PENDIDIKAN:
1) Sekolah Rendah Seri Beram, Pekan; 2) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan; 3) Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi; 4) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Indiana States University, Amerika Syarikat.
ANUGERAH:
Pingat 'Darjah Indera Mahkota Pahang' dianugerahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2005 yang membawa gelaran Datuk.

DALAM lampiran profilnya ada tertulis cita-cita dan falsafah hidup beliau iaitu usahawan berjaya tidak kenal erti putus asa serta berjaya dunia dan akhirat.

Di atas kertas, mungkin kata-kata ringkas dan padat itu mudah dicoret namun apabila menterjemahkannya dalam realiti hidup, insan bernama Datuk Nabil Abd Kadir, 46, sudah melalui pahit getirnya.

Sebagai usahawan yang kini terbabit dalam dunia koperasi melalui Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad atau Kopraha, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif koperasi itu cukup 'masak' dengan dunia perniagaan.

Ibarat isi dengan kuku, begitu juga gambaran yang boleh diberikan kepada diri beliau dengan perniagaan.

Daripada sebuah syarikat, Nakiwa Sdn Bhd, ia berkembang sehingga ada tiga anak syarikat selain menjadi Pengerusi Join Management Commity Setiawangsa Business Suites.

Seperti kata beliau, untuk berjaya dan hidup selesa, berniaga adalah bidangnya. Kata-kata itu ada benarnya apabila Nabil yang pernah berkhidmat di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sanggup meninggalkan jawatan sebagai Pegawai Logistik berpangkat Kapten untuk menghambakan diri dalam perniagaan.

“Sejujurnya, ketika kecil saya tidak didedahkan apa itu cita-cita. Yang saya tahu, apabila ada kapal terbang lalu di atas, saya lihat dan berhasrat mahu berjaya dan ada di kedudukan atas.

“Hanya di dalam tentera, baru terdetik terbabit dalam perniagaan,” katanya.

Anak jati Pahang itu boleh dikatakan berani. Ketika ramai anak muda memohon jawatan sebagai pegawai kerajaan, beliau pula mengambil keputusan menceburi perniagaan pada 1992.

Selepas tamat kontrak tujuh tahun di TUDM dari 1985 hingga 1992 melalui tajaan Biasiswa Angkatan Tentera untuk melanjutkan pengajian di Indiana States University, AS, Nabil nekad berniaga meskipun tiada pengalaman.

Begitupun, galakan dan sokongan isteri, Datin Sakinah Zainul Abidin menjadikan Nabil tabah membuka syarikat pertama, Nakiwa Sdn Bhd pada 1992 yang terbabit dalam penjualan komputer, pembekalan dan jahitan.

“Isteri mahir menjahit dan selepas dia berkursus, saya ambil tender menjahit pakaian seragam tentera. Isteri jahit, saya cari projek selain menjual komputer dan kelengkapan alat tulis kepada Kementerian Pertahanan,” katanya.

Daripada menyewa sebuah bilik kecil, pasangan itu mengorak langkah menyewa lot kedai di Setiawangsa. Perniagaan yang semakin berkembang membolehkan mereka membeli beberapa lot kedai dan menyewakannya.

Begitupun, kegawatan ekonomi pada 1997 memberi kesan kepada pasangan itu terutama kesukaran mendapatkan tender kerajaan. Namun, penganjuran Sukan Komanwel 1998, bagai memberi nafas baru kepada Nabil.

“Kerajaan mengeluarkan tender menyediakan 250 bas untuk 10,000 petugas. Jadi, saya beranikan diri masuk tender ini dan berjaya.

“Tugas saya tidak mudah apabila ada bas atau pemandu tidak mahu bekerja. Pernah pada tengah malam saya ke rumah pemandu bas, beri wang pendahuluan dan minta dia bawa bas untuk esoknya.

“Selain itu, ada juga yang batalkan perjanjian pada saat akhir, memang mencabar dan tertekan,” katanya yang kini memiliki 12 bas.

Selepas Sukom, Nabil menubuhkan anak syarikat Nakiwa, Optical Media Sdn Bhd pada 1999 yang mengeluarkan cakera padat mudah rakam atau 'compact disk recordable' (CDR).

Kejayaan di Sukom menjadikan Nabil lebih bersemangat dan pada 2001, beliau berjaya dalam projek menyediakan 450 kenderaan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (Lima) serta 120 bas di Sukan Sea, tahun sama.

Pada 2004, syarikatnya sekali lagi dapat kepercayaan menyediakan pengangkutan bas dan kenderaan darat untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pada masa sama, wujud anak syarikat Nakiwa Sdn Bhd iaitu Nakiwa Properties Sdn Bhd dan Nakiwa Travel and Tours Sdn Bhd yang terbabit dalam pelaburan hartanah dan pengangkutan.

Dalam sibuk menjalankan pelbagai perniagaan, sekali lagi suasana ekonomi tidak menentu berlaku pada 2007.

“Saya fikir dalam keadaan gawat, orang ramai lebih suka menyimpan dan mahu mendapatkan keuntungan daripada tabungan. Jadi, saya yang tiada pengalaman dalam koperasi, membuat kajian mengenai koperasi yang ada.

“Daripada 5,000 koperasi, sangat sedikit koperasi agresif. Dalam satu kursus, kami diminta berfikir di luar kotak. Pada akhir 2007, saya bersama rakan mencari idea untuk menubuhkan koperasi dan pada Jun 2008 secara rasmi Kopraha didaftarkan,” katanya.

Katanya, Kopraha tidak menawarkan pinjaman sebaliknya membuat pelaburan hartanah dan sewaan perniagaan yang mana keuntungannya dikongsi bersama ahli.

Tidak ramai mengetahui kejayaan anak kelahiran Pekan, Pahang itu sebenarnya hasil kesusahan beliau sejak zaman kanak-kanak.

Ketika rakan lain bermain, anak kesembilan daripada 11 beradik itu menghantar kuih-muih untuk dijual atau membeli barangan untuk ibunya, Rabiah Jusuh, membuat kuih.

“Emak boleh dikatakan idola saya. Meskipun tidak pandai menulis dan membaca, tetapi dengan wang hasil jualan kuih, emak boleh membeli tanah dan membina lapan rumah sewa,“ katanya.

Menurutnya, setiap hari beliau yang menetap di Kampung Ketapang Tengah mengayuh basikal membawa empat bakul berisi pelbagai jenis kuih seperti kuih bingka, lompat tikam, kuih bakar dan tepung kurma.

“Saya generasi ketiga menghantar kuih kepada peniaga di pekan sehari, Pekan. Pagi hantar kuih dan petang, ambil duit. Pada masa itu saya darjah empat dan duit yang diperolehi, tidak minta daripada emak,” katanya.

Pada masa terluang, Nabil membantu bapanya, Abdu Kadir Kamaluddin berkebun sayur menanam ubi kayu, tebu serta sayur-sayuran.

Berkat kesabaran dan kecemerlangan akademik, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Sejak itu, Nabil tidak menoleh ke belakang dan terus mencatat kecemerlangan sama ada dalam akademik, kerjaya dan perniagaan.

Sumber: Harian Metro

30 Mac 2009

Sabah is set on being No 1 mushroom producer

Kota Kinabalu: Sabah, already the nation's top producer of dairy milk, Crude Palm Oil and seafood, hopes to add mushroom to the list within five years when local production is expected to hit 500 metric tonnes annually. The competitive advantage Sabah has vis-a-vis other countries is that while they are only able to cultivate mushrooms during certain seasons, in Sabah they can be grown all year long.

Agriculture and Food Industry Minister Datuk Abdul Rahim Ismail said Sabah imported about 152mt of mushrooms worth about RM1 million in 2005. It was an increase of 37 per cent compared to imports in 2004 which amounted to only 111mt, he said, adding that the figure will increase in the future. "However, with vast experience including expertise from the Rural Development Corporation (KPD) and DXN Holdings Sdn Bhd, the joint effort is capable of developing the mushroom industry in Sabah to a higher level," he said.

This would significantly reduce cash outflow on imported mushroom. He said current production of mushrooms in the State is only about 60mt a year. Following the signing of a joint-venture agreement between KPD and DXN Holdings at Wisma Pertanian, here, Thursday, he said production is expected to increase by 100mt annually and to 500mt in the next five years. The joint venture would start with cultivation of Shiitake mushroom and Ganoderma (medicinal mushroom) and subsequently other types of mushrooms that have high sale and market values. There are also plans set up a factory to process the mushrooms into other products.

The joint venture would also reduce poverty in rural areas. On Shiitake mushroom, he said the KPD produces between three and four metric tonnes a year, making them among the largest producers of the highly valued food item. But the production amount is still too small and not able to cater to local demand. Hence, Abdul Rahim said the corporation has decided to double the amount of its mushroom production in the next five years and turn it into one of Sabah's export items. "KPD's involvement in mushroom production with the cooperation of more than 100 farmers in Moyog and Kundasang has resulted in higher production the past two years," he said.

The weather in Kundasang coupled with the right type of soil makes the area suitable for mushroom cultivation, particularly the Shiitake variety. He said recent commercial interest in mushrooms is seeing the industry growing at a faster pace. The current market value for edible mushrooms is estimated at between US$28 billion and US$30b annually, medicinal mushrooms US$9-10b and wild mushrooms, US$3.5-4b. Abdul Rahim said several factors are behind the rise in demand for mushrooms in the world market, namely, growing awareness on eating healthy food among the people.

"Mushrooms have been proven to contain low energy levels, low purine levels, low glucose levels, low sodium levels, vitamins and minerals, among others which are good for health," he said. Apart from nutritional values, he said research also shows that several types of mushrooms contain medicinal properties. Abdul Rahim said the KPD would be inviting landowners in Kundasang to participate in its mushroom cultivation scheme on a contract-basis.

DXN Holdings Berhad Chief Executive Officer Datuk Dr Lim Siow Jin said products by the company were exported to 86 countries, including India, the Philippines, countries in Central Asia, the US and Mexico. "I have visited many places in Malaysia and find the place here most suitable to carry out tropical and temperate mushroom farming all-year round," he said. Also present were Assistant Minister Datuk Bobbey Suan, Assistant Minister Datuk Japlin Akim and DXN Holdings Berhad Chief Executive Officer, Datuk Dr Lim Siow Jin.

Source: Daily Express Sabah

29 Mac 2009

Niaga kerana ‘know-how’ bukan ‘know-who’

Oleh Azli Ayob dan Mohd Anwar Patho Rohman

BAKAL usahawan perlu memulakan perniagaan selepas mempunyai pengetahuan dalam bidang diceburi dan bukan kerana mengenali seseorang yang diharap dapat membantu mendapatkan peluang niaga, kata Datuk Seri Najib Razak.


“Usahawan perlu memulakan perniagaan dengan ‘know-how’ dan bukan ‘know-who’, iaitu menceburi sesuatu bidang perniagaan selepas mempunyai segala pengetahuan mengenainya,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Simposium Usahawan Bumiputera MIDF 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menegaskan, usahawan yang memulakan perniagaan atas dasar ‘know-who’, iaitu kerana mengenali ‘orang penting’ atau VIP berkemungkinan hanya akan menjadi pelobi.

“Kita mahu membangunkan usahawan yang betul-betul komited dan fokus dalam menjayakan perniagaan,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga harus komited menghadapi sebarang cabaran dunia perniagaan, termasuk berdepan masalah atau kegagalan.

“Ini adalah aspek yang amat penting. Jika tiada sikap positif, jangan jadi usahawan kerana anda akan hanya membazirkan masa dan wang,” katanya.

Najib juga menyarankan pengusaha PKS berinovasi bagi mengelak persaingan sengit dalam pasaran yang sama.

“Jangan ikut orang lain kerana jika satu bidang itu sudah terlalu ramai, seperti dalam bidang ejen pelancongan misalnya, persaingan akan menjadi terlalu sengit dan tidak mungkin kita akan berjaya.

“Justeru, kita mesti mempunyai kemampuan melakukan inovasi dan melihat kepada bidang lain yang masih belum diterokai seperti teknologi mesra alam,” katanya.

Beliau turut mengingatkan usahawan mencari jalan mengurangkan risiko perniagaan dengan mengadakan pakatan menerusi usaha sama dengan pihak yang lebih berpengetahuan dan mahir dalam industri berkaitan.

“Jika kita tidak cekap, kita boleh bergabung dengan orang lain. Tetapi malangnya, yang kerap kita dengar adalah pengusaha menjadi rakan kongsi yang tidak aktif atau rakan kongsi yang pasif,” katanya.

Pada majlis itu Najib turut melancarkan buku Panduan Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan terbitan MIDF dan Smidec yang boleh dijadikan panduan kepada pengusaha PKS yang baru menceburi perniagaan.

Sumber: Berita Harian

Hasil cili lumayan

Walaupun pernah gagal mengusahakan tanaman cili merah sebelum ini, Abd. Latif Mohd. Yusof, 48, tidak pernah kenal erti putus asa.

Sebelum ini, tanaman cili yang diusahakan di Paya Kangsar, Jerantut, Pahang diserang dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan cili yang tidak dihasilkan tidak bermutu dan terpaksa dimusnahkan.

Biarpun gagal buat kali pertama, Abd. Latif tetap dengan usaha terus mengusahakan ladang cili kulai merah di tanah seluas lima ekar secara sambilan di Kampung Perian, Jerantut, Pahang.

Beliau yang membeli benih cili merah kulai di sekitar Jerantut mengusahakan ladang cili buat kali kedua memilih tanaman ini kerana harga cili yang tinggi dan permintaan yang semakin meningkat.

Walaupun baru enam bulan ditanam, cili merah yang ditanam telah mula mengeluarkan hasil kira-kira 500 kilogram cili sehari.

Beliau memasarkan cili merahnya kepada pemborong yang datang dari pasar Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Borong Selayang, Selangor.

Bekerja sepenuh masa sebagai pemborong getah, Abd Latif berkata, tanaman cili merah memerlukan penjagaan yang rumit.

Katanya, tanaman cili merah amat terdedah kepada pelbagai risiko penyakit akibat hama, kulat, virus dan serangan pelbagai jenis serangga perosak.

"Sejak mula ditanam sehingga berbuah selepas empat bulan, pokok cili merah memerlukan kos penjagaan yang tinggi sekitar RM40,000 sehingga mengeluarkan hasil," katanya semasa ditemui di ladangnya, baru-baru ini.

Pokok cili memerlukan penjagaan dan pengurusan yang rapi dengan semburan racun serangga dilakukan setiap tiga hari.

Beliau yang mempunyai enam pekerja, menjalankan tugas pembajaan setiap minggu selain penyiraman setiap petang.

Ketika ditanya mengapa tidak mempelbagaikan tanaman dengan cili padi, Abd Latif berkata, cili padi memerlukan tenaga pekerja yang lebih banyak untuk tugas-tugas memetik cili.

"Walaupun harga cili padi lebih tinggi tetapi masa memetik cili lebih lama berbanding cili merah," katanya.

Beliau berhasrat untuk membesarkan lagi keluasan ladang cili merahnya kerana mengeluarkan hasil dalam tempoh lebih lama.

Pokok cili, kata Abd Latif, boleh mengeluarkan hasil sehingga setahun sebelum ditanam semula.

"Selepas ini, saya akan tetap terus menanam cili merah sehingga saya boleh dikatakan penanam cili merah yang berjaya di daerah Jerantut, Pahang.

"Saya akan berusaha mengawal semua jenis penyakit dan serangga yang menyerang pokok cili merah," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia


Peluang jadi pembekal baja cacing


Produk baja daripada cacing keluaran Perintis.

PERINTIS Agrotech Centre (Perintis), sebuah pusat pembangunan industri pertanian dan asas tani, kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menghasilkan produk-produk pertanian biotek berasaskan cacing.

Sehingga kini Perintis telah membuka dua kilang ternakan cacing yang menumpukan kepada pengeluaran baja vermikompos secara besar-besaran.

Di samping itu, sebuah lagi kilang yang terletak di Semenyih digunakan sepenuhnya untuk memproses produk-produk biotek yang berasaskan ekstrak dan baja cacing.

Di antara produk berasaskan cacing yang mendapat sambutan yang paling tinggi ialah Bio-Booster yang merupakan makanan utama yang digunakan dalam sistem ternakan keli ProAsli yang hanya memerlukan penjagaan seminggu sekali dan tanpa penggunaan pelet sehingga waktu tuaian.

Penyelidikan
Kini Perintis giat membangunkan penyelidikan untuk memberi tambah nilai kepada baja vermikompos tersebut.

Terdapat pelbagai lagi produk yang telah dihasilkan iaitu Bio-Vita, yang merupakan vitamin dan makanan tambahan untuk ternakan, Bio-Aqua yang digunakan untuk mengawal kualiti air dan mempercepatkan tumbesaran ternakan ikan dan pelbagai produk lain.

Bagi menampung pengeluaran produk-produk berasaskan cacing ini, seramai 200 pembekal baja vermikompos akan dilantik oleh Perintis.

Adalah dijangka lebih 30 tan baja akan dihasilkan dalam tempoh sebulan bulan.

Setakat ini hampir 15 tan per bulan baja telah digunakan bagi memproses produk-produk tersebut dan bermula bulan Jun ini , Perintis mensasarkan pengeluaran produk-produk tersebut sebanyak tiga kali ganda.

Bagi memastikan baja-baja yang dibekalkan kepada Perintis adalah dalam piawaian yang ditetapkan maka setiap pembekal akan dilatih oleh tenaga pakar dari Perintis sendiri.

Selain dari itu bagi memenuhi syarat sebagai pembekal, modal minimum dikenakan bagi memasuki kontrak jaminan belian balik vermikompos tersebut yang merangkumi modal untuk ternakan, makanan dan perubatan ternakan.

Menurut Pengurus Projek AgroHub, Norzana Rafie, Fasa I projek ternakan cacing telah berjaya dibentuk di sekitar Selangor dan kini projek ini telah memasuki fasa ke II untuk ke seluruh negara.

''Di bawah projek ternakan cacing ini, pembekal akan dilatih dan diberi tunjuk ajar secara percuma sebelum membuat ternakan sendiri,'' katanya.

Satu kaedah penternakan cara mudah dan jimat akan diperkenalkan di samping teknik penjagaan terkini dengan bantuan produk bioteknologi iaitu Bio-Ternak.

Sebanyak 5 kilogram induk cacing beserta makanan akan diberikan kepada pembekal dilantik untuk diternak dengan menggunakan kaedah ternakan yang telah ditetapkan oleh Perintis sebelum menjual semula baja vermikompos yang dihasilkan kepada pihak syarikat.

Tambah beliau lagi, penggunaan Bio-Ternak bukan sahaja dapat membantu menguraikan sumber makanan cacing dengan lebih cepat malah dapat memberikan selera makan yang tinggi kepada cacing.

Bukan setakat itu sahaja, cacing yang diternak menggunakan Bio-Ternak juga lebih sihat, cepat membesar dan berkualiti tinggi.

Baja yang terhasil juga terbukti lebih bernutrisi tinggi berbanding baja cacing yang dihasilkan menggunakan teknik biasa".

Keluaran
Mempelbagaikan penggunaan baja cacing untuk produk keluaran sendiri menjadi kunci utama kejayaan Perintis.

Dalam erti kata yang lain, Perintis tidak terlalu bergantung kepada pasaran terbuka sebaliknya lebih tertumpu kepada memasarkan produk-produk penggalak pertanian berasaskan cacing.

Kini satu rundingan telah pun dibuat dengan wakil-wakil dari Thailand dan Indonesia untuk memasarkan produk-produk tersebut ke negara-negara di rantau Asia.

Satu siri promosi telah dirangka dengan kerjasama jabatan perikanan dan jabatan pertanian bagi memperkenalkan produk-produk tersebut ke dunia luar.

Apa yang diharapkan adalah usaha sama yang terjalin di antara pihak Perintis ini dapat memberi menafaat kepada peserta-peserta yang baru menceburi industri ternakan cacing ini sekali gus menjadi jalan alternatif dalam menjana pendapatan sampingan sebelum menceburi industri ini secara komersial.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-6187 3796 atau 019-6634527 atau layari www.agrohub.net atau di pejabat urusan di Bussiness Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Sumber: Utusan Malaysia

Bekas jurutera jadi tauke cendawan


mohd. Asmawi Mohamed Noor (kanan) tersenyum di samping Azuddin Zakaria menandakan projek tanaman cendawan mereka membuahkan hasil.

KENIKMATAN yang diperoleh hasil berbudi dengan tanah sukar diluah dengan kata-kata. Apatah lagi seronok melihat hasil yang membanggakan dan mampu pula menggantikan pergantungan makan gaji selama 10 tahun.

Bagaimana pun kerjaya sebagai jurutera projek menyebabkan Mohd Asmawi Mohamed Noor, 33, sukar membuat keputusan sama ada meletakkan jawatan atau membabitkan diri sepenuhnya sebagai penanam cendawan di kampung halamannya, di Padang Salim, Peringat, Kota Bharu Kelantan.

''Seperti cinta yang baru berputik apabila aktiviti suka-suka membina dua rumah cendawan di kampung mula mengeluarkan hasil dan berpotensi untuk dimajukan, rasa cinta itu mula bercambah tetapi saya keliru membuat keputusan.

''Bagaimanapun lepas setahun, saya nekad terjun dalam bidang pertanian apabila tanaman cendawan di dua buah bangsal menunjukkan potensi memberangsangkan dan memberi pulangan berbaloi," ujar lulusan kejuruteraan di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kuala Lumpur ini.

Bersama adik iparnya Azuddin Zakaria, 33 , kini Asmawi bergelar usahawan apabila berjaya mengeluar dan memasarkan cendawan sebanyak 130 hingga 150 kilogram sehari.

Di samping itu, Asmawi turut menerokai bidang baru sebagai pembekal anak benih cendawan yang telah siap diisi dalam polibeg dengan harga RM1.20.

Sejak akhir tahun lalu pula, dia bekerjasama dengan Jabatan Pertanian negeri menganjurkan kursus penanaman cendawan kepada mana-mana pihak yang berminat selama tiga hari dengan yuran RM150 seorang.

''Dalam kursus tersebut, kami berkongsi pengalaman kepada pihak yang berminat menyertai bidang penanaman cendawan, mendedahkan teknik serta proses tanaman, membekalkan anak benih, membina rumah cendawan serta khidmat kewangan," katanya.

Akuinya, walaupun di peringkat awal, dia dan rakan kongsi kosong dengan ilmu dan kemahiran mengendalikan projek tanaman cendawan tetapi minat dan kesungguhan untuk menjayakannya terbit secara semulajadi.

''Azuddin yang menjadi rakan kongsi, saya galakkan menyertai kursus berkaitan manakala saya pula lebih dalam bidang pemasaran walaupun awalnya setiap minggu berulang alik dari tempat kerja di Shah Alam, Selangor ke kampung sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2006," ujarnya.

Mendapat sokongan daripada Agro Bank dengan memberi modal pinjaman sebanyak RM250,000 sejak dua tahun lepas.

''Di bawah syarikat Nutri Agrotech Enterprise, buat masa ini terdapat enam rumah cendawan yang tapak asal merupakan tanah terbiar di kampung," katanya.

Bermula dengan dua rumah diperbuat dari bangsal kayu berdinding dan beratap nipah seluas 20 kaki lebar dan di tepi rumah ibunya, bermodal daripada poket sendiri, Mohd. Asmawi mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu dan bercadang menambah jenis black jelly pada masa hadapan.

''Dalam sebuah rumah cendawan seluas 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang yang dibina daripada rangka besi dan kanvas mampu memuatkan 15,000 polibeg yang disusun atas rak-rak secara bertingkat," katanya.

Menceritakan pengalaman mengusahakan cendawan, Asmawi berkata banyak perkara baru yang jauh menyimpang daripada kerjayanya selama ini dipelajari namun perbezaan itu menarik perhatiannya.

Lokasi operasi cendawannya kebetulan berhampiran dengan kilang memproses kayu turut memudahkan Mohd. Asmawi memperoleh habuk kayu getah malah telah membantu pihak pengurusan kilang melupuskan bahan buangan tersebut dalam bentuk kitar semula.

''Proses tanaman cendawan memerlukan penggunaan habuk kayu getah yang dicampur dedak padi, kapur dan air yang dimasukkan ke dalam beg media

''Diikuti dengan proses mematikan bakteria selama tujuh jam dengan cara mengukus dan disejukkan selama 12 jam

''Selepas itu setiap beg disuntik dengan benih dalam bilik bersih dan berhawa dingin sebelum mengalami proses pemeraman selama 55 hingga 60 hari dan disusun secara mengiring atas rak di dalam rumah," ujarnya.

Tambah Mohd. Asmawi, proses pemeraman memerlukan pemantauan kerana biji benih mudah dicuri tikus yang gemar memakannya dengan cara mengorek dari hujung beg.

''Selain itu, pengusaha juga berhadapan dengan penyakit kulat hijau atau green mould dan kulat berwarna oren atau neuro spora yang menyerang isi dalam kampit menyebabkan seluruh beg tersebut berubah warna.

''Beg yang dijangkiti mesti diasingkan kerana ia mudah berjangkit dan menyebabkan gagal mengeluarkan hasil," jelasnya.

Selepas dua bulan katanya, putik atau kudup cendawan yang dikenali sebagai mycelia akan memenuhi ruang atas kampit terjuntai keluar, selepas hari ke tiga dan ke empat hasil boleh dipungut.

''Setiap polibeg mengeluarkan 200 hingga 300 gram hasil dan bergantung kepada kesuburan benih yang akan dikutip mengikut permintaan dan keadaan kelopak cendawan itu sendiri.

''Hari ke tiga paling cantik sebelum bahagian tepi kelopak cendawan berombak dan pecah dengan cara mencabut keseluruhan daripada muncung beg. Hari ke empat cendawan pada peringkat maksimum dengan kelopak lebih segar, cantik dan apabila dimakan rangup dan manis," ujarnya.

Menurut Mohd. Asmawi, tanaman yang memerlukan kawalan suhu sinar matahari itu boleh dikutip hasilnya selama tujuh kali berturut-turut sebelum direhatkan selama 15 hari sebelum hujungnya ditutup semula untuk memberi peluang kepada kampit lain mengeluarkan hasil.

Mohd. Asmawi yang mempunyai pembekal tetap menjual secara borong RM5 sekilogram (harga pasaran RM8 hingga RM10 sekilogram) untuk pasaran pasar basah dan pasar tani berhampiran.

''Tahun ini, sebanyak empat rumah lagi akan ditambah untuk memenuhi permintaan yang cukup menggalakkan daripada pembekal dan orang ramai," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia


Sebahagian Kuala Lumpur bergelap


SEBAHAGIAN besar Kuala Lumpur termasuk Menara Kembar Petronas bergelap
malam tadi sebagai sebahagian daripada kempen Earth Hour 2009.

DEMI BUMI. Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

Sumber: Kosmo

28 Mac 2009

Masak pakai halba....

Rasulullah saw bersabda: 'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas?'

Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda: 'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas' (Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda: 'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)


KEGUNAAN Halba:
1. Diminum sebagai teh untuk;
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul

2. Teh Halba + Madu;
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh;
- Kecergasan
- Kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu;
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Wuduk.....boleh tidur selepas berjunub

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama. Sahabat Nabi SAW bertanya adakah boleh tidur selepas berjunub. Nabi SAW jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidur. Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalau tak wuduk bahaya menanti.

Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak atau janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt kanser. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini kanser ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui. (Minta dijauhkan-Nauzibillah)

Kuku panjang .......... sekandang babi

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Kebenarannya
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Maklumat tambahan, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

27 Mac 2009

Just untuk Renungan......

Tak kiralah apa pun?sesuatu yang baik untuk direnungi bersama?..
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain .. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Apa Matlamat Hidup Kita?

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.” [Al-An'am: 162]

Kita sebagai insan sering lalai apakah matlamat hidup kita. Walaupun sebenarnya sebagai muslim kita amat mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Cuma penghayatan diri terhadap matlamat ini yang menjadikan diri kita tidak menyedari. Ayat di atas merupakan ayat yang selalu kita ulang dan ulang di dalam 5 kali solat fardhu yang kita tunaikan. Jelas sekali bahawa kehidupan ini sememangnya perlu dikhususkan hanya kerana Allah.

Bahkan juga kematian kita selepas kehidupan yang fana ini adalah bermatlamatkan Allah. Antara perkara penting yang perlu kita utamakan ialah ibadah kita adakah kita laksanakan ibadah kerana Allah atau sebaliknya. Satu kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita ialah skop ibadah hanya terfokus pada aktiviti-aktiviti yang berbentuk spiritual.

Sedangkan ibadah meliputi segala aspek kehidupan termasuk bekerja, bermuamalat sesama manusia, berbuat baik kepada haiwan bahkan melihat alam ciptaan Allah SWT juga dikira sebagai ibadah sekiranya melihat dengan cara merenung kebesaran yang Allah ciptakan.

Dalam ruang Syaaban yang masih bersisa ini, seeloknya kita cuba mencari keberkatan ibadah dengan kita meningkatkan amalan-amalan kehidupan kita dengan kita menyandarkan segala amalan harian kita kepada Allah. Mudah-mudah seluruh kehidupan kita hanya kerana-Nya.

Dipetik dari laman web http://www.fitrahpower.com/

Bagaimana Memberikan Penghargaan

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Selalunya kita terlalu memikirkan cara untuk meluahkan penghargaan dan menyentuh hati sehinggakan kadang-kadang kita hanya berdiam diri kerana hanya memikirkan cara untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang kita sayangi.

Penghargaan Kepada Anak
Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak
Rangsang anak-anak untuk buat yang terbaik
Berikan hadiah atas kejayaan anak-anak walaupun kejayaan yang kecil
Selalu berikan pelukan dan ciuman
Sekali sekala puji anak-anak di hadapan orang lain
Hadirkan diri dalam acara atau pertandingan atau peraduan yang disertai oleh anak anda

Penghargaan Kepada Ibu Bapa
Selalu telefon bila berjauhan
Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja)
Berikan hadiah pada hari-hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir)
Cium tangan ibu bapa
Bila anda sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka.
Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
Pulang apabila mereka sakit

Penghargaan Kepada Suami
Selalu berikan senyuman
Berhias di hadapan suami
Masak masakan kegemaran suami
Minta pandangan suami jika ada masalah
Selalu urut-urutkan suamiMenjaga maruah suami
Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
Berikan hadiah hari jadi
Pandai mengambil hati suami
Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
Membina hubungan baik dengan keluarga suami
Minta izin suami sebelum buat sesuatu
Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

Penghargaan Kepada Isteri
Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
Ingati tarikh kelahiran anak-anak
Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
Ucapkan terima kasih apabila bersama
Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
Panggil isteri dengan panggilan yang manja
Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

Sumber: http://www.fitrahpower.com/

Ten Ways to Save the Earth

1. Reduce, Reuse, Recycle
Reduce the amount of trash discarded, Reuse containers and products, and Recycle aluminum cans, glass bottles, plastic, cardboard, and newspapers.

2. Save Our Trees
Recycle paper, mail, newspapers and magazines. Use cloth towels instead of paper towels.

3. Drink Responsibly
Use reusable coffee mugs and water bottles at work or on the go--you'll use less paper and plastic.

4. Hoof It
In the U.S., cars are responsible for about 25 percent of the greenhouse gases produced and 20 percent of the global total. Reduce the impact of your car use by carpooling, biking or walking. And if your car trip will take less than 5 minutes don't even bother grabbing your keys.

5. Stop Toppin' Off
Don't top off your gas tank--any gas you spill evaporates and contributes to air pollution.

6. Conserve Water
Do only full loads of laundry and don't let the water run when you brush your teeth or shave. An open faucet pours 5 gallons of water every 2 minutes.

7. Buy Items with Recycled Content
Buying items made from recycled content creates a need for recycled material. Try to cut down on your use of disposable items, like razors, dishes, and coffee cups.

8. Donate your Phone
Checking out the latest cell phone? If you decide to buy a new phone, put your old one to good use by donating it to a charitable organization rather than throwing it away and clogging landfills.

9. Conserve Electricity
Put your computer in sleep mode and use power strips to switch off TVs and other electronics when you're not using them. Their standby power consumption can be equivalent to that of a 75 or 100 watt light bulb running continuously. Unplug phone and camera chargers when you're not using them.

10. Use Compact Fluorescent Lights
Use compact fluorescent lights and shut off the lights when you leave a room. One compact fluorescent bulb will keep half a ton of carbon dioxide out of the atmosphere.

From MTV http://www.mtv.com/

26 Mac 2009

Terima kasih belanja makan KFC

Pertama kali dapat gaji terus belanja semua staf Pengajian Am makan KFC. Begitulah bermurah hatinya En. Abdul Rahim Bin Abu dengan wang gaji pertama beliau telah bermurah rezeki dengan kami.... Syukur kami berada di Pengajian Am tidak pernah kekurangan orang belanja makan.... nanti ada pula yang tak suka kalau orang terlebih makan sebab jadi gemuk... hehehhe...

Apa-apa pun kami ucapkan semoga dimurahkan rezeki dan cepat jadi ahli kami.... iaitu kahwinlah.

TAHNIAH ... Pasukan futsal Jabatan Pengajian Am meraih tempat pertama

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal Jabatan Pengajian Am kerana telah berjaya mengalahkan jabatan-jabatan lain untuk menjadi johan Pertandingan Futsal Siri Ke-2 anjuran Unit Sukan IKMKK. Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 24 Mac 2009 yang lalu bertempat di City Futsal, Rampayan. Di dalam Pertandingan Futsal Siri Pertama pada tahun lalu, Jabatan Pengajian Am hanya mampu untuk mendapat tempat ketiga.

Tidak berpuas hati, Jabatan Pengajian Am bangkit untuk menebus kekalahan dengan muncul sebagai johan mengalahkan Pentadbiran sebagai naib johan dan Jabatan Elektrik di tempat ketiga. Pasukan futsal Jabatan Pengajian Am menang bergaya dengan rekod empat kemenangan mengalahkan Jabatan Elektrik (2-1), Pentadbiran (4-1), Jabatan Automotif (1-0) dan Jabatan Bangunan (2-0). Gawang Jabatan Pengajian Am hanya bolos sebanyak dua kali.

Kami bagi pihak AJK Blog Jabatan Pengajian Am mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pasukan Jabatan Pengajian Am dan juga kepada En. Ismail bin Badri kerana telah berjaya bermain selama 48 minit tanpa diganti. Kepada pasukan-pasukan yang lain, jumpa lagi di siri yang ke-3 dan selamat berlatih!













'PDRM perlu tingkat keupayaan'

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
jalal@bharian.com.my


ABDULLAH meneliti kereta peronda baru PDRM model Mitsubishi Evolution 10 bersama Musa pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202, semalam.

Pasukan kena berusaha supaya kecepatan bertindak digeruni penjenayah: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha meningkatkan keupayaannya dalam semua aspek, khususnya kecekapan bertindak supaya ia lebih digeruni penjenayah.

Perdana Menteri berkata, cara dan tindakan terkini penjenayah melakukan kegiatan mereka seperti menggunakan senjata canggih, kereta berkelajuan tinggi serta pelbagai kebolehan dan kemampuan menyebabkan mereka berasa seolah-olah mampu mengatasi kepantasan polis.

"Kita tidak boleh biarkan adanya perasaan di pihak penjenayah bahawa mereka boleh mengatasi polis apabila melakukan kerja durjana dan dikutuk. Mereka mesti digerunkan dengan kemampuan PDRM untuk memusnahkan apa yang mereka buat," katanya. Perdana Menteri berkata, kesungguhan PDRM meningkatkan kegerunan seiring usaha memantapkan lagi integriti serta kesungguhan memerangi jenayah, akan memperlihat pasukan itu benar-benar mahu memastikan keamanan dan keselamatan rakyat serta negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perbarisan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar. Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati terhadap pencapaian Musa menambah baik PDRM, termasuk yang dibuktikan dengan pengiktirafan persijilan ISO, sekali gus mengotakan janjinya untuk memerangi jenayah dan meningkatkan integriti pasukan.

Beliau mengakui bukannya mudah bagi PDRM membuat perubahan jika tidak disokong pelbagai lapisan peringkat pegawai dan anggota, terutama perkara yang menuntut perubahan sikap.

"Membekalkan alat diperlukan seperti senjata memang mudah diperoleh untuk diagih dan digunakan, tetapi yang menjadi cukup susah adalah perubahan sikap, gaya serta kesungguhan kerja dan semangat.

"Sebenarnya, bukan niat kerajaan atau Ketua Polis Negara untuk menyusahkan (warga) polis, tetapi jika ada sesuatu yang membawa kepada kebaikan dan membabitkan integriti, ia perlu dilaksanakan demi nama baik dan masa depan PDRM, termasuk untuk mendapatkan penghormatan," katanya. Perdana Menteri menegaskan, integriti PDRM juga bergantung kepada modal insan kerana ia menjadi penggerak terpenting untuk menjayakan program pembaharuan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri diperdengarkan lagu baru PDRM bertajuk 'Tegas, Adil dan Berhemah' dan ikrar Ketua Polis Negara.

Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada 14 pegawai, anggota dan kakitangan awam pasukan itu kerana perkhidmatan cemerlang mereka dalam pelbagai kategori. Ia termasuk Kategori Balai Polis Contoh yang dimenangi Balai Polis Kangkar Pulai, Johor.

Anugerah Friends Of The Police pula disampaikan kepada Timbalan Presiden Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan, Faridah Khalid, kerana usahanya bekerjasama dengan PDRM dalam menggerakkan program 'Coalition Of Citizen Against Crime' bagi membanteras jenayah.

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia (Pencegahan Jenayah), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim pula diberi anugerah atas usahanya memberi kesedaran tentang keselamatan diri dan harta benda bagi mengurangkan menjadi mangsa.

Perdana Menteri kemudian memandu uji sebuah daripada 25 kereta peronda polis baru jenis Mitsubishi Evolution X yang dilengkapi Sistem C4i (arahan, kawalan, komunikasi, dan integrasi).

Motosikal Honda ST 1300 yang akan digunakan untuk tujuan mengiring Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja dan Yang Dipertuan Negeri selain Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan negara serta penugasan penguatkuasaan Cawangan Trafik PDRM turut diperkenalkan pada majlis itu

Sumber: Berita Harian

25 Mac 2009

Satu hari di hospital mental......

Pada suatu hari..beberapa orang pegawai di salah sebuah hospital sakit jiwa dikehendaki melakukan ujian terakhir kepada 3 orang pesakit mental yang dikenalpasti semakin pulih..oleh yang demikian ujian terakhir tersebut akan menentukan nasib ketiga-tiga pesakit tersebut samada mereka boleh dikeluarkan dari hospital atau tidak..kaedah yang digunakan untuk ujian tersebut ialah ketiga-tiga pesakit tersebut akan disuruh terjun dalam swimming pool yang tidak diisi air di dalamnya..

Setiba di kolam tersebut..pegawai kesihatan sedia memanggil pesakit pertama yang bertanya osman..

Pegawai kesihatan: ok osman..sekarang kamu pergi terjun dalam kolam itu…saya mahu lihat kamu boleh berenang atau tidak..

Osman : baik tuan..tiada masalah..sebelum masuk sini..saya pernah wakil SUKMA dalam acara terjun papan anjal..

Sejurus kemudian Osman pun berlari dan terus melompat ke dalam kolam tersebut..oleh kerana itu, beberapa pegawai kesihatan tersebut sependapat mengatakan bahawa Osman masih gila dan kurang waras..kerana masih terjun ke dalam kolam sedangkan kolam tersebut kosong…lantas mereka memanggil pesakit mental kedua yang bernama Ariff..

Pegawai Kesihatan: Ariff..kamu telah lihat bagaimana terjunan rakan kamu kan?? Ok sekarang tunjukkan pada kami semua terjunan yang lebih baik kamu boleh buat berbanding Osman tadi..

Ariff : baiklah tuan..kalau setakat kolam macam ni..waktu di kampong dulu..saya terjun lagi tinggi daripada ini..kacang saja ni..

Seperti juga Osman, Ariff juga turut sama terjun ke dalam kolam yang tidak berisi air tersebut..beberapa pegawai kesihatan tersebut saling berpandangan antara satu sama lain sambil menggelengkan kepala..salah seorang daripada mereka berkata.. “hmmm…yang ini pun masih gila jugak…harap-harap la yang sorang lagi ni dah waras dan boleh kita isytiharkan sihat daripada masalah mental”…mereka pun memanggil pesakit ketiga bernama Rosli..

Pegawai kesihatan: Rosli..sekarang tiba giliran kamu…terjun ke dalam kolam tu…!

Rosli: eh…tuan-tuan ni takkan la nak suruh saya terjun ke dalam kolam macam tu…..

Mendengar sahaja jawapan dari Rosli itu..pegawai-pegawai kesihatan itu hairan dan berasa yakin bahawa antara 3 orang pesakit yang diuji hari tersebut..Rosli yang paling waras dan boleh dibebaskan keluar dari hospital mental..namun begitu salah seorang daripada pegawai kesihatan tersebut sempat bertanya kepada Rosli..

Pegawai kesihatan: Rosli..mengapa kamu tidak mahu terjun dalam kolam tu…

Dengan penuh yakin Rosli menjawabnya…. “ TUAN NI…TAKKAN LA TUAN NAK SURUH DALAM KOLAM TU…SEEEJJJUUUUKKNYEEER!!!! NANTI SAYA KENA SELSEMA…..

24 Mac 2009

Apabila bank menjadi pembunuh


NAOMI WATTS (kiri) dan Clive Owen digandingkan pertama kali menerusi filem The International.

DALAM keadaan ekonomi dunia yang kacau dan tidak menentu, filem ini hadir tepat pada waktunya. Sebuah filem yang meletakkan paksi kejahatannya kepada institusi perbankan. Bagaimana penulis skripnya Eric Warren Singer dapat mengagak ketepatan isu ini untuk dijadikan subjek filem ini adalah sesuatu yang menarik.

Malah bagaimana filem dapat mendahului subjek yang kemudian didapati benar atau filem tersebut dapat ditayangkan tepat pada waktu isu tersebut hangat diperkatakan juga sesuatu yang menarik.

Tentu kita masih ingat filem Wag The Dog (Barry Levinson, 1997) tentang peranan manipulator media (spin doctor) dan penerbit Hollywood yang bersekongkol untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada skandal seks yang dihadapi oleh Presiden Amerika dengan "mencipta" kemungkinan perang di Albania. Apa yang menarik filem ini muncul sebagai kritikan kepada Presiden Bill Clinton tepat pada masa pemilihan presiden dan pada ketika Bill Clinton berhadapan dengan tuduhan skandal seksnya dan dengan jelas juga merujuk kepada Perang Teluk ketika itu.

Kegawatan ekonomi dunia hari ini berakar daripada ketamakan para kapitalis yang menggunakan institusi perbankan untuk mengawal dan meraih keuntungan dengan apa jua cara.

Dalam filem The International, yang judul filem ini sendiri merujuk kepada The International Bank of Business and Credit (IBBC) yang berpengkalan di Luxembourg, sebuah negara di Eropah sebagai salah satu pusat kewangan dunia, bank sudah menjadi musuh baru dalam filem. Secara lebih tepat IBBC sendiri yang menjadi setan dan berkonspirasi melakukan jenayah pembunuhan.

Untuk mencapai kepentingannya, pihak IBBC tidak mempedulikan lagi bentuk urus niaganya, hatta membiayai jual beli senjata secara haram, kegiatan pengganas dan urus niaga gelap dadah. IBBC bukan lagi bank yang konvensional, tetapi berusaha mengawal kepentingan hingga sanggup terlibat dalam jenayah.

Seperti kata salah satu watak penting dalam filem ini, bagi bank ini keuntungan bukan lagi matlamatnya, tetapi yang penting adalah kuasa mengawal. Dalam keadaan dunia tanpa sempadan dan segala urusan dijalin oleh rangkaian teknologi maklumat tanpa talian, maka jenayah tersebut dengan mudah menular dari satu kota ke negara yang lain.

Skandal jenayah IBBC mula terbongkar di Berlin dengan peristiwa pembunuhan seorang perunding perniagaan selepas terdedahnya hubungan urus niaga senjata antara IBBC dengan pihak China.

Pembunuhan yang berlaku di depan mata Louis Salinger (Clive Owen) seorang agen Interpol telah membawanya kepada siri skandal pengurusan dan peranan gelap IBBC dalam skandal jenayah ini.

Seterusnya skandal ini turut melibatkan pembunuhan seorang ahli politik di Milan, Itali. Louis Salinger kemudian bergabung dengan Eleanor Whitman (Naomi Watts) seorang peguam New York yang turut membuat siasatan tentang peranan IBBC dan mengapa laporan siasatan yang dibuat Salinger didiamkan dan tidak diambil tindakan.

Skandal jenayah dalam The International melibatkan beberapa konspirasi yang mengaitkan ramai orang dari tokoh bank, ahli perniagaan, broker, ahli politik, polis dan sehingga bekas general tentera komunis yang telah bersara.

Seperti biasa dalam filem yang melibatkan teori konspirasi dan peranan kepolisian, kita akan mendengar banyak syarahan tentang kejujuran dan kebenaran dalam plot yang sengaja dikomplekskan dan kelihatan melucukan.

Filem The International mengambil bentuk seperti plot filem-filem James Bond yang bergerak dari satu kota ke satu kota dunia dengan pantas.

Bermula dengan pembunuhan di Berlin, Salinger memburu penjenayahnya dan berusaha mendedahkan konspirasi tersebut di Luxembourg, kemudian berpindah ke Milan, ke New York dan berakhir di Istanbul.

Kemuncak Salinger memburu penjenayahnya di bangunan futuristic, Museum Guggenheim, Manhattan yang menyaksikan adegan dramatik tembak menembak.

Dalam salah satu adegan kemuncak filem ini, seorang penjenayah dengan dramatik berkata, sebuah fiksyen perlu plot yang rasional sedang realiti hidup tidak demikian, ironinya begitulah juga dengan filem ini.

The International adalah sebuah filem yang menumpukan kepada isu untuk membentuk plotnya. Filem ini mementingkan peristiwa yang bergerak dari satu kota ke kota, akibatnya filem ini hampir melupakan pembinaan dan hubungan watak-watak yang lebih meyakinkan.

Mujurlah plot filem ini berpusat pada watak Salinger yang tanpa penat memburu penjenayahnya tetapi kemunculan Eleanor hanya berkesan di peringkat awal tetapi kemudian hilang apabila filem menuju ke babak akhir.

Malah motif hubungan antara Salinger dan Eleanor juga tidak jelas. Begitu juga tidak jelas peranan bank hingga terjerumus dalam skandal jenayah ini atau sengaja dikaburkan, kecuali falsafahnya tentang bank yang dapat mengawal hutang, bermakna mengawal segalanya yang agak menarik.

Selebihnya pengarah filem ini Tom Tykwer yang pernah mengarahkan dengan cemerlang dan cukup stailis filem Run Lola Run sekadar menjadikan The International sebuah filem aksi cemas yang konvensional yang masih terikat dengan formula lama genre ini.

Sumber: Utusan Malaysia


TAHNIAH!.... Selamat menyambut kelahiran baby perempuan yang ke-dua.

Jabatan Pengajian Am IKMKK mengucapkan Tahniah kepada Pn. Aniza Bt. Othman (Pengajar Matematik) dan suaminya YM Tengku Ahmad Sukri (Pengajar Automotif) kerana telah selamat mendapat anak kedua. Bayi perempuan mereka yang belum diberikan nama dilahirkan secara normal pada 24 Mac 2009 (Selasa) hari ini tepat jam 4.36 pagi dengan berat 3.5 kg. Kami bagi pihak Jabatan Pengajian Am mengucapkan selamat bercuti kepada Pn. Aniza dan dapatkan rehat yang cukup. AJK Blog akan cuba mendapatkan gambar terkini ibu dan kedua-dua babynya untuk dimuatkan di dalam blog ini. TAHNIAH!

Gambar terkini baby Pn. Aniza yang
telah diambil pada 27 Mac 2009.


23 Mac 2009

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan
khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang
abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba
Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu
solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir
dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana
biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota
dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian
aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan
menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian '
Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku
faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan
ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan
dengan Hatim.

KATA KATA ALUAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA PADA 22 MAC, 2009.

Perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara ini memperingati saya akan perhimpunan-perhimpunan orang Melayu menentang cadangan Malayan Union oleh British.

Kita berhimpun kerana kita berasa cemas, seperti pada 1945-46 kita berasa cemas. Kita berasa sesuatu akan terlepas dari genggaman kita. Kita berasa mungkin kita tidak dapat pulih semula yang sudah terlepas ini. Kita berasa sesuatu perlu dibuat untuk menyelamatkan diri kita di negara kita.

Rapat rasaksa dahulu berjaya menyedarkan kita akan kegentingan keadaan kita. Justeru itu kita bersatu dan menggemblengkan segala tenaga yang ada pada kita. Walaupun kita menghadapi satu kuasa besar tetapi dengan azam dan perpaduan kita dapat jayakan perjuangan.

Kali ini kita hadapi musuh dalam diri kita sendiri. Musuh kita ialah kelemahan kita dalam melawan nafsu, kesukaan kita kepada yang mudah, keutamaan kita kepada kepentingan masa kini tanpa mengambilkira bala di masa hadapan.

Melawan musuh dalam diri sendiri lebih sukar dari musuh luar. Sama ada kita menang atau tidak terpulang kepada kita sendiri.

Ingatlah, Allah tidak akan ubah nasib sesiapa melainkan ia berusaha mengubah nasibnya sendiri terdahulu.


Dr Mahathir bin Mohamad

Sumber: http://www.pribumiperkasa.com

Awang Badar guna modal sendiri buka kolam ikan air tawar diusahakan sejak 20 tahun lalu

PAPAR: Kebelakangan ini, semakin banyak diperkatakan mengenai potensi sektor pertanian sebagai aktiviti ekonomi atau perniagaan berdaya maju yang menjanjikan 'kekayaan' kepada usahawan tani. Harus diakui, sektor itu mampu mengubah masa depan petani jika ada usaha dan kesungguhan membanting tulang empat kerat kerana ibarat pesan golongan terdahulu, andai berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.

Berdasarkan potensi itu juga kerajaan mengambil inisiatif menjadikan aktiviti pertanian sebagai satu usaha membasmi kemiskinan seperti pelaksanaan projek tanaman getah di Pulau Banggi. Bukan rahsia lagi ramai petani mampu mendapat pulangan lebih RM1,000 sebulan dengan hanya mengusahakan kebun sayur, getah, kelapa sawit, kolam ternakan ikan atau ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau.

Antara yang menikmatinya ialah seorang usahawan tani dari Kampung Ambawa, di sini yang menceburi bidang pertanian sebagai aktiviti utama menyara keluarga sejak lebih 20 tahun lalu. Awang Badar Awang Ismail, 62, pengusaha kolam ikan air tawar, mengakui bidang pertanian boleh memberi kesenangan kepada sesiapa saja asalkan ada minat dan usaha. Bapa kepada enam anak ini mengakui walaupun bukan mudah untuk menjadi usahawan tani, terutama di peringkat awal tetapi apabila sudah membuahkan hasil, kepuasan yang dikecapi sukar digambarkan. "Saya berminat dalam bidang pertanian terutama menternak ikan air tawar dan saya bersyukur kerana usaha sejak 20 tahun lalu membuahkan hasil yang baik," katanya.

Bekas penerima anugerah Peladang Jaya Papar pada 1980-an dan 1990-an ini menternak ikan keli Afrika, kap, lampam jawa, jelawat dan talapia merah untuk pasaran sekitar daerah Papar dan Keningau. Keli Afrika adalah ternakan utamanya dengan keupayaan pengeluaran kira-kira 50 kilogram (kg) seminggu atau 200kg sebulan dengan pendapatan hasil jualan lebih RM2,000.

"Minat menternak ikan timbul selepas melihat kejayaan rakan saya dari Kampung Mawao di Membakut menternak ikan air tawar pada 1980-an. Saya ingin mencontohinya lalu mengambil keputusan membina kolam dengan modal sendiri. "Malah saya sanggup menempah anak ikan keli Afrika dari Kuala Lumpur untuk diternak di kolam ketika itu," katanya. Dengan modal kira-kira RM10,000, Awang Badar membina 16 kolam konkrit untuk menternak ikan keli Afrika di samping beberapa kolam lain bagi ternakan kap, lampam jawa, talapia merah dan jelawat. Kini, selain menjual ikan matang, Awang Badar turut menjual anak ikan kepada penternak ikan air tawar.

Menariknya penghasilan anak ikan menerusi proses persenyawaan benih ikan jantan dan betina dilakukan sendiri tanpa tunjuk ajar mana-mana pihak. "Saya cuma melihat kaedah penetasan anak ikan di televisyen. Dari situ saya mencubanya dan Alhamdulillah, nampaknya berjaya. "Kini saya mampu menghasilkan sehingga 4,000 anak keli pada satu masa," katanya. Selaras konsep pertanian adalah perniagaan, Awang Badar yang dibantu tiga anaknya turut memasarkan sendiri ikan ternakannya di pasar tamu mingguan di Papar.

"Walaupun memerlukan penjagaan yang rapi, namun kegiatan ini memberikan pulangan yang baik. Setiap minggu saya menjual 50kg ikan keli Afrika dan mendapat RM500. "Pasaran tiada masalah kerana ketika ini permintaan orang ramai memang banyak terutama ikan keli Afrika. Malah, ada yang sanggup datang dari Keningau ke kolam saya untuk membeli ikan," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mampu memenuhi permintaan secara pukal berikutan bekalan yang terhad. "Ada yang datang mahu membeli sehingga 200 kilogram tetapi saya terpaksa menolak kerana ikan yang ada tidak sebanyak itu," katanya. Memandangkan permintaan yang baik, beliau berhasrat membesarkan aktiviti penternakannya dengan membina kolam tambahan bagi menampung lebih banyak ikan. Katanya, dengan dibantu tiga anaknya beliau berharap aktiviti itu dapat dikembangkan menjadi perniagaan keluarga yang dapat diteruskan.

Penggemar ikan keli dari Kampung Benoni, Papar, Rozman Abdullah, 43, berkata ternakan keli Afrika mendapat permintaan baik pengguna kerana saiznya yang besar berbanding keli lain. Bagaimanapun, katanya, bekalan ikan berkenaan belum mencukupi untuk memenuhi permintaan kerana tidak ramai petani mengusahakannya. "Setahu saya di Papar ini hanya Awang Badar yang menternak ikan berkenaan secara besar-besaran. Itu pun belum cukup menampung permintaan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail, menggalakkan usahawan tani di negeri ini mengusahakan projek akuakultur air tawar memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang itu. Katanya, selain untuk pasaran tempatan ternakan ikan air tawar seperti talapia dan keli mempunyai nilai eksport yang baik serta menjanjikan pulangan lumayan kepada usahawan tani. Awang Badar adalah antara usahawan tani yang berjaya membuktikan bidang akuakultur air tawar mampu memberikan kesenangan kepada petani yang rajin mengusahakan tanah.

FAKTA:
Ternakan Keli Afrika Awang Badar
# RM10,000 - Modal
# RM100 - Kos pembelian makan ikan sebulan
# 16 - Kolam
# 14kg - Ikan paling besar diternak
# RM10 - Harga jualan sekilogram
# 1 tahun - Usia matang untuk dipasarkan.

Sumber: Berita Harian

22 Mac 2009

Hishamudin bermula dengan RM1,000

SLOGAN ‘Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim’ dan ‘Pasar Raya Produk Halal Pilihan Muslim’ sudah cukup meyakinkan pelanggan, terutamanya yang beragama Islam. Tambah pula ia beroperasi 24 jam, memberi kemudahan kepada pelanggan kota yang sentiasa sibuk.

Inilah antara kreativiti yang menjadi prinsip Pengarah Urusan Shamensi Clothing Sdn. Bhd., Hishamudin Mohamad, 37, dan salah satu rahsia beliau membina nama serta bertapak kukuh dalam dunia perniagaan.

Ikuti temuramah wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurugambar, HARUN OSMAN dengan usahawan muda yang berasal dari Klang, Selangor ini tentang perjuangannya membangunkan ekonomi umat Islam menerusi penubuhan Koperasi Pengedaran Produk Muslim (M) Berhad., baru-baru ini.

MEGA: Bagaimanakah saudara mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan?
HISHAMUDIN: Sebenarnya penglibatan saya dalam dunia perniagaan berasaskan busana bermula pada 1992. Pada masa itu saya masih belajar dalam tahun dua jurusan Sains Komputer di Universiti Malaya.

Apabila kakak, Jamaliah terpaksa meninggalkan perniagaan kedai jahitannya yang mengambil tempahan jubah wanita, saya dapat melihat potensi besar di situ untuk berkembang maju. Saya juga dapati, ruang pasaran untuk pakaian jubah wanita masih belum diteroka secara komersial oleh sesiapapun pada masa itu. Apatah lagi bila melihat sentuhannya dalam setiap rekaannya, praktikal dan menepati tuntutan syarak.

Maka dengan suntikan modal RM1,000 yang diperoleh daripada wang biasiswa, saya cuba berikan nafas baru kepada perniagaan asal iaitu secara tempahan dan telah dikomersialkan kepada pakaian jubah siap (ready made) dan digelar busana Muslim. Apabila permintaan semakin meningkat, setahun kemudian saya telah membuka sebuah bengkel jahitan di Klang, Selangor dengan kekuatan lima tukang jahit serta memanggil semula kakak menguruskan bengkel tersebut.

Dari 1995 hingga 1997, Shamensi telah mempunyai 2,000 orang pengedar dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei yang memasarkan hampir 50,000 helai jubah setahun. Kami kemudian membuka sebuah kilang dengan 30 orang pekerja tanpa membuat sebarang pinjaman dari mana-mana institusi kewangan. Pada 1997, syarikat memindahkan operasi utamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan menjadikan kedai di Taman Kosas sebagai cawangan. Ini kerana kedudukan Bandar Tun Razak lebih strategik.

Operasi kilang jahitan kemudiannya dipindahkan ke kilang yang dibina di atas sebidang tanah pemberian ibu di Cheras, Selangor. Pengeluarannya pula dipelbagaikan dengan menghasilkan pakaian sekolah, baju Melayu, tudung, telekung dan juga busana haji dan umrah. Selain terlibat dalam perniagaan busana Muslim, saya juga menceburi bisnes peruncitan. Apabila ayah meninggal dunia pada 1998, perniagaan kedai runcitnya semakin merosot.

Pada 2000, saya telah memberi nafas baru seperti beroperasi 24 jam, menawarkan harga yang kompetitif dan mewujudkan pasar segar. Nilai tambah yang terdapat di Pasaraya Pak Aji ialah kita cuba mengetengahkan produk-produk halal Muslim.

Bagaimana saudara mendepani segala cabaran dan cara mengatasinya?
HISHAMUDIN: Ujian getir yang terpaksa dihadapi ialah sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada akhir 1997. Detik itu pada hakikatnya mencabar daya ketahanan Shamensi. Tambah mengeruhkan keadaan apabila berlaku lambakan produk-produk busana dari negara-negara luar.

Pada masa itulah, syarikat kehilangan ramai pengedar mengakibatkan jualan syarikat jatuh merudum. Namun, tanpa berputus asa dan usaha yang gigih, langkah awal yang kami ambil ialah dengan mengecilkan operasi untuk mengurangkan perbelanjaan serta mengeluarkan produk pakaian secara minimum.

Seterusnya, Shamensi menukar strategi perniagaannya dengan tidak hanya tertumpu pada busana Muslim tetapi produk jualan dipelbagaikan kepada bermacam-macam keperluan ibadah Muslim termasuk tudung, telekung, sejadah, buku agama, kaset, cakera padat (CD)/ video cakera padat (VCD), keperluan ibadah haji dan umrah. Ia secara tidak langsung menjadi pusat sehenti atau one stop centre.

Alhamdulillah penukaran slogan Shamensi dari ‘Fesyen Busana Muslim’ kepada ‘Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim’ telah berjaya memberi satu petunjuk baru dalam meneroka ruang pasaran. Jualan bermusim seperti jualan ‘keperluan pakaian sekolah’ dan ‘jualan sempena hari raya’ turut memberi sumbangan besar kepada kemajuan syarikat kerana ia dikeluarkan menerusi kilang sendiri.

Kini, Shamensi mempunyai lima cawangan iaitu di Bandar Tun Razak, Taman Kosas, Bandar Tun Hussein Onn, Greentown Nova, Ipoh dan Greentown Mall, Ipoh. Lumrah perniagaan yang diusahakan masyarakat Melayu Islam, perlakuan seperti, dengki, khianat, ilmu sihir masih dipraktikkan, sedangkan Islam melarang perbuatan sebegini.

Bagaimana saudara melihat perkara ini?
HISHAMUDIN: Dalam perniagaan mesti kena ada persaingan malah saya sendiri suka kepada persaingan, tetapi biarlah ia secara sihat bukannya dengan menggunakan cara-cara yang tidak baik dan tidak menurut landasan Islam. Persaingan itu perlu kerana dari situlah akan wujudnya kreativiti, inovatif dan dinamik malah persaingan itu merangsang pasaran.

Selama terlibat dalam bidang perniagaan, saya banyak diuji dengan perkara-perkara sebegitu. Namun bagi saya, itu semuanya sangkaan-sangkaan sahaja. Saya percaya jatuh bangunnya sesebuah perniagaan itu terletak kepada kreativiti seseorang usahawan itu dalam menguruskan pelbagai aspek dalam bisnes yang diusahakan.

Sebaik-baiknya, janganlah ada mentaliti menuding jari ke arah orang lain atas kegagalan kita itu. Ini merupakan satu helah untuk lari daripada mengakui kelemahan diri. Kalau melihat kepada perkembangan pasaran busana Muslim masa kini, rekaan yang ditonjolkan oleh negara-negara jiran lebih berani sehinggakan tidak begitu praktikal dan memerlukan belanja yang agak besar untuk memilikinya.

Apa pandangan saudara dalam hal ini?
HISHAMUDIN: Konsep di Shamensi ialah fesyen pakaian yang praktikal dan menepati syarak. Jika kita lihat perkembangan busana Muslim sekarang ini, aspek-aspek berkaitan tuntutan agama, amat kurang diambil perhatian seperti menggunakan jenis tekstil yang jarang atau mengikut potongan badan. Ini kerana, ia telah dieksploitasi oleh para pereka yang bukan Islam. Lantaran itu, Shamensi rasa terpanggil untuk memberi alternatif busana Muslim kepada penggemar jubah terutamanya umat Islam.

Di samping itu, kami juga bukan sahaja menjual busana Muslim tetapi mendidik masyarakat dengan cara mengetengahkan busana Muslim yang mengikut syariat. Pun begitu, saya tidaklah menolak perlunya adanya kepelbagaian rekaan yang cantik dilihat tapi kurang praktikal dipakai kerana dari aspek ini juga menimbulkan satu pandangan bahawa busana Muslim juga ada cita rasa tersendiri. Secara tidak langsung, mereka lebih berkeyakinan dan mulai meminati busana Muslim. Oleh itu, kami juga dalam perancangan untuk memperkenalkan pakaian-pakaian yang eksklusif kepada para pelanggan. Ini adalah satu cara untuk bersaing dengan pereka-pereka lain.

Apakah perancangan akan datang saudara dalam bidang perniagaan?
HISHAMUDIN: Sekarang ini, saya sedang dalam usaha untuk membangunkan sistem francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan kalau tidak ada apa-apa masalah, ia akan dimulakan pada awal 2008.

Mengapa saya bangunkan sistem ini? Pertama, kerana permintaan yang menggalakkan dan kedua, kerana sistem perniagaan yang sedia ada boleh diaplikasikan. Apa lagi, sistem francais telah terbukti berjaya. Selain itu, kami juga sedang membangunkan laman web yang akan mula beroperasi pada Januari 2008. Pelanggan hanya perlu melayari www.shamensi.com.my dan mereka boleh membuat pelbagai urusan seperti tempahan menerusi e-katalog.

Kami juga sedang mencari ejen-ejen jualan yang sebelum ini pernah diwujudkan. Uniknya mereka menggunakan e-katalog. Bagi mereka yang berminat sama ada untuk melakukannya sepenuh masa atau secara sambilan, bolehlah menghubungi talian 03-9171 6634. Menerusi laman web ini juga, akan diadakan forum busana Muslim di mana ia dijadikan satu platform untuk mengumpulkan pereka-pereka fesyen yang terlibat dalam industri busana Muslim sama ada tempatan dan luar negara mengetengahkan rekaan masing-masing.

Pihak kami juga mendapat respons positif daripada pelanggan pasar raya, lantaran itu kami sedang dalam proses akhir untuk mengaplikasikannya. Tujuh tahun dalam urusniaga pasar raya 24 jam, saya dapati ada satu peluang yang boleh digerakkan iaitu mengumpulkan pengilang dan pengeluar produk di bawah satu pengurusan. Oleh itu penubuhan Koperasi Pengedaran Produk Muslim (M) Berhad bertujuan mencapai hasrat ini.

Sebenarnya banyak yang akan diusahakan menerusi koperasi ini terutamanya dalam membantu usahawan produk Muslim dari segi pemasaran dan pengedaran. Malah insya-Allah akan diwujudkan pula mini hab halal di setiap rangkaian. Sekarang ini kita sedang giat mendidik pengguna untuk menyokong keluaran Muslim.

Kepuasan yang bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?
HISHAMUDIN: Ini adalah satu fardu kifayah. Kita tidak mahu berlaku di mana orang Islam sendiri terpaksa mendapatkan kelengkapan ibadat daripada peniaga bukan Islam. Kedua, dapat mengembangkan perniagaan selain dapat membantu memantapkan ekonomi keluarga, pekerja, ejen seterusnya ummah. Manakala menerusi sistem francais pula, kita berharap ia boleh diaplikasikan demi kebaikan semua pihak.

Apakah pesanan saudara kepada mereka yang berminat dalam bidang perniagaan?
HISHAMUDIN: Kunci utama ialah kena ada kesabaran, tekun dan jangan mudah putus asa. Kerana ini faktor daya tahan dan daya juang kena seiring. Di samping itu, hubungan dengan Allah juga perlu dijaga supaya kita memperoleh rezeki yang berkat. Tanggungjawab mengeluarkan zakat juga perlu dilaksanakan. Berbalik semula kepada soal kreativiti mesti ada dalam setiap yang bergelar usahawan. Kalau kita buka perniagaan itu baru 20 peratus dan selebihnya terletak kepada faktor kreativiti, inovatif, dinamik, berdaya saing, berani berjuang dan banyak lagi. Barulah berhasil perniagaan tersebut.

Selain itu, saya yakin orang Islam akan membantu sesama Islam. Namun, dalam bisnes seseorang usahawan itu tidak boleh terlalu mengaitkan dari segi emosi. Ini kerana, aspek-aspek lain seperti kualiti, harga murah dan halal kena menjadi keutamaan juga dalam menarik pelanggan Muslim.

Sumber: Berita Harian

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu