E-Mail: lippikmkk@gmail.com

14 Februari 2009

In-House Training Programme - Teambuilding














Practice team work

In-House Training Programme - Teambuilding
telah diadakan pada 22 hingga 23 Oktober 2008, bertempat di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK). Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Kakitangan MARA (ILHAM) dan pihak IKMKK.

Para peserta kursus ini dihadiri dari pelbagai jabatan di IKMKK seperti Jabatan Bangunan, Jabatan Elektrik, Jabatan Automotif, Jabatan Pengajian Am dan pihak Pentadbiran IKMKK. Wakil peserta kursus daripada Jabatan Pengajian Am diwakili oleh Pn. Haslinda binti Ahmad, En. Abd Rahim Shah bin Saruddin, Pn. Natisya binti Chung Yun Fatt @ Supiyan dan Pn. Fariedah Lal Chan.

Objektif kursus ini bertujuan meningkatkan semangat kerja berpasukan di dalam organisasi, mewujudkan minda yang positif, personaliti yang kuat dan mengekalkan integriti pada setiap masa, membina pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif, memupuk keazaman yang teguh untuk berjaya di dalam semua bidang diceburi, membina perasaan kecintaan kepada pasukan serta saling menghargai dan mempercayai antara satu sama lain dan akhir sekali mendedahkan para peserta dengan melihat dunia dan persekitaran melalui sudut dan pandangan yang berbeza.




1 ulasan:

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu