SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan negara?
Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak diikuti.Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai. Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianya Melayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidup mereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarian itu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, rogol dan sebagainya.
Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.
Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih samar. Oleh itu sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenali kerana identitinya.
Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan. Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku. Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat, sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat. Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudah menerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagai remaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelik mengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas, cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga terpakso cedok orang lain punya.
Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apa istimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalau dibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin, Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu dan mengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu seperti itu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok budaya orang lain sedangkan kita ada budaya akita
sendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang, kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya. Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.
Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hari ini kita sedih kerana generasi kita lupa kepada sejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalan kita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.
Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya mestilah mengikut bangsa kita sendiri.
Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yang menjadi tonggak dalam membentuk jati diri.
Pertama-Pegangan iaitu agama. Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau buruk. Kita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilah kita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidak baik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya. Kerana itu kita perlu ada pegangan.
Kedua-Perjuangan - merdeka diri dari jiwa hamba, hamba kepada anasir yang merosakkan (pengaruh barat). Remaja mesti berjuang memerdekakan jiwa hamba, maksud saya hamba kepada kepada perkara negatif dan pengaruh barat yang amat mudah meresap dalam jiwa mereka. Jadi remaja Islam yang berjiwa merdeka, bebas dari sebarang kemungkaran dan kejahatan. Kita tidak akan sesekali mudah menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan cara hidup, budaya kita.
Ketiga-Hubungan- yang sering dikaitkan dengan bahasa.Hubungan manusia diperindahkan lagi melalui bahasa. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi dan berdakwah. Bahasa lambang jati diri setiap bangsa. Bangsa sendiri hendaklah pertahankan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.
Kita mesti mengagongkan bahasa kita. Orang Melayu bahasanya Bahasa Melayu. Sementara tulisannya adalah tulisan Jawi. Tetapi apa yang berlaku sekarang, tulisan jawi kita telah kuburkan dan bahasa kita sedang menuju ke arah kehancuran. Kalau begitu di mana bahasa kita yang melambangkan sebagai alat penghubung kita sebagai bangsa Melayu dan juga sebagai alat perpaduan. Kalau kita tidak mempertahankan dan memperbaiki apa yang berlaku, acuan yang telah sedia ada dalam jati diri atau identiti remaja terbantut. Bahasa tidak akan jadi lagi sebagai lambang yang menunjukkan sesuatu bangsa itu. Contohnya banyak iklan-iklan yang kita lihat tidak melambangkan bahasa dan budaya hidup kita. Bila remaja melihat semua ini, dia keliru dan dia hanya mengambil mana yang dia rasa sesuai dengan jiwanya. Tetapi apa yang saya nampak sekarang DBP sedang mengorak langkah yang cukup bijak agar bahasa dan tulisan jawi dihidupkan semula.
Keempat- Hiasan- seni dan adab. Keindahan kehidupan manusia diserikan lagi dengan hiasan seni dan adab. Orang Melayu mempunyai seni dan adab yang amat baik dan lembut. Kehalusan seni termasuk hiburan adalah kekayaan Melayu Islam. Saya hairan kenapa kita berbangga menyanyikan lagu rentak barat seperti rock, heavy metal, rap, RNB, hip hop dan sebagainya. Tetapi kita tidak bangga menyanyikan lagu Melayu sering dikaitkan dengan seni dan adab. Pada saya seni dan adab yang ada pada orang Melayu cukup cantik dan halus kalau ianya dipamerkan. Contohnya cara duduk, cara bergaul sesama mahram, cara menghormati orang tua semua itu melambangkan peribadi yang sopan dan halus. Hiasan hidup ini kalau ditambahkan lagi dengan cara hidup Islam ianya akan menjadi lebih indah. Kalau boleh kita tidak mahu semua benda ini pupus.
Kelima-Susunan- dikaitkan dengan budaya. Budaya Melayu sememangnya sesuatu yang indah. Cara orang Melayu berpakaian, bercakap, bergaul dan Sebagainya. Sekiranya digabungkan kelima-limanya sekali akan terserlahlah keindahan, kecantikan pada orang kita. Ini kerana semua perkara ini kurang ada pada bangsa lain. Mereka sudah dipengaruhi oleh cara hidup orangbarat.
Apa yang saya lihat, para pemimpin yang ada sekarang ini nampaknya sudah mulai sedar. Misalnya tulisan Jawi cuba diselamatkan dengan menghidupkan semula penggunaannya. Begitu juga dengan Bahasa Melayu, dipertahankan kerana ianya tunjang dan menjadi bahasa rasmi negara. Kesedaran pada kerajaan juga sudah mulai ada. Mereka nampaknya cuba mendaulatkan semula tulisan jawi yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara. Dalam hal ini kesemua perkara yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara itu perlu ditegakkan dan didaulatkan agar ianya menjadi ikutan kepada remaja. Misalnya dalam kursus-kursus bina semangat yang mana ianya dihadiri oleh para remaja.
Kedua- kecantikan, kehalusan dan kelembutan agama Islam itu sendiri mereka tidak praktikkan. Mereka tahu perlunya agama dan setiap apa yang disuruh oleh agama itu perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu ikut. Contohnya orang perempuan wajib pakai tudung bagi menutup aurat. Kenapa mesti ada alasan kalau dah berkahwin nanti baru nak pakai tudung, kenapa tidak sekarang sedangkan dia tahu benda tu wajib. Kalau tidak tahu kenapa dia bercakap nanti lepas berkahwin. Ini menandakan dia tahu tetapi sengaja buat-buat tak tahu. Perkara seperti inilah yang saya katakan pemahaman yang sesat lagi menyesatkan. Mereka telah menyimpang dari arah asal kecualilah kalau mereka ini jahil tentang agama. Dalam hal ini kita kena buat kalau tidak buat itu bahaya.
Begitu juga orang kata nak 'enjoy' . Kalau ikutkan boleh 'enjoy' 24 jam tetapi mengikut orang kita kalau dikatakan 'enjoy' kena pergi berhibur di 'nite club', panggung wayang, siber cafe dan sebagainya yang membuatkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Sebenarnya 'enjoy' ni buat 'something' yang manusia suka dan Tuhan suka yang tidak bertentangan dengan fitrah manusia dan bercanggah dengan cara hidup kita. Bukan seperti menyertai Black Metal, bercampur bebas lelaki perempuan, mengamalkan seks bebas, pijak quran, pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri budaya kita. Apakah itu yang kita kehendaki.
Ketiga sikap tidak kisah ibu bapa, satu isu yang basi. Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat akan kehidupan anak-anak. Bukan lepas tangan semata. Dalam hal ini kita ambil contoh tentang jari kita yang lima ini. Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Sebenarnya ada cerita disebaliknya. Jari kelingking atau anak jari diumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga 10 tahun. Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkat ini, kita pkena bermain-main dengan mereka, ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatian yang khusus. Jari manis, peringkat anak di alam remaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakan berdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dan disiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya. Mereka masih belum boleh diharap. Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yang dilayarinya.
Peringkat jari hantu, peringkat kritikal atau kehidupan hantu. Ketika anak-anak berusia 20 hingga 40 tahun. Hidup di peringkat ini ia lebih ke arah nafsu nafsi. Mereka mula ada keinginan berumahtangga dan keinginan seks yang tinggi. Justeru, perlu ada asas kukuh. Sekiranya anak-anak di peringkat 1 dan 2 diberi'basic' yang mantap dari segi didikan agama, kasih sayang, pelajaran dan sebagainya apabila dia masuk ke peringkat ini, dia dapat mengenal sifat-sifat yang tidak elok, jadi dia tidak akan menjadi hantu tetapi memberi petunjuk kepada orang lain (peringkat jari telunjuk).
Tetapi kalau dia sudah sampai ke peringkat ini dan berusia 40 kalau dia tidak juga berubah, suka berpoya-poya lupa tanggungjawab akhirnya sampai bila-bilapun dia tetap seperti itu. Nabi Muhammad s.a.w ketika berumur 40 telah menjadi Rasul memberi petunjuk kepada orang lain. Tetapi kalau sudah tiga peringkat tidak menjadi, dia tidak akan dapat memberi petunjuk (jari telunjuk) apalagi untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Jika kita berjaya melepasi tahap jari telunjuk itu tadi, maka tibalah kepada penghujung hidup kita o tahun ke atas. Kita akan bertindak sebagai ibu jari, ibu kepada segala kebijaksanaan – mother of widom. Itulah peringkat paling tinggi menuju kehidupan abadi. Jika kita tidak dapat lepasti semua tahap ini, ibu jari tidak akan jadi ibu kepada kebijaksaan tetapi akan jadi ibu ayam. Justeru, hindarkanlah dengan kita berjaya melepasi kelima-lima nama ibu jari itu.
Ada banyak contoh yang boleh kita kaitkan dalam hal ini. Misalnya syarikat-syarikat muslim berjaya yang diterajui oleh ahli-ahli korporat yang rata-rata berusia 40 tahun ke atas. Mereka lebih rela memberi tajaan kepada perkara-perkara yang tidak membangunkan jiwa, agama dan banga. Lebih bangga kalau dapat memberi hadiah puluhan ribu, kereta, rumah kepada pertandingan yang berunsurkan hiburan daripada memberi hadiah kepada profesor-profesor, atau ahli ilmuan yang bertungkus lumus menjalankan kajian atau penyelidikan bagi mengembangkan kajian ilmu. Atau kepada tokoh Maal Hijrah. Perkara ini sengaja kita buat yang mana kita tahu hasilnya dalam jangka masa panjang adalah merosakkan. Dia kaya tetapi kekayaan itu tidak dapat membantu orang lain. Dia bijak tetapi kebijaksanaannya tidak digunakan ke jalan kebaikan.
Sejarah membuktikan, dan kita tahu tidak ada satu pun bangsa di dunia ini maju atau berjaya bertunjangkan kepada hiburan tetapi berjaya sesuatu bangsa mencipta peradaban adalah kerana kekuatan ilmu dan akhlaknya yang berasaskan kepada agama.
Apa yang berlaku hari ini kerana ibu bapa buat-buat tak faham tentang apa yang saya perkatakan tentang lima jari di atas tadi. Tanggungjawab diabaikan, ibu bapa tidak berjaya mengawasi anak-anak mereka. Maka wujudnya masalah sosial yang berleluasa dan kepada mereka yang berusia 40an pula, mereka ada duit atau kaya tetapi tidak tahu ke arah mana kekayaan itu hendak digunakan.
SIASAH: Kenapa ibu bapa sekarang, ramai yang lalai dalam mendidik anak-anak?
RIDHUAN TEE: Apa yang saya nampak melalui pengalaman saya sebagai pengerusi PIBG, kebanyakan masalah ini adalah disebabkan kejahilan dalam ilmu keibubapaan. Ibu bapa hanya pandai melahirkan anak tetapi tidak pandai dalam mendidik anak-anak. Sepatutnya sebagai ibu bapa, mereka perlu tahu ilmu keibubapaan ini yang mana ianya berkait rapat dengan agama Islam itu sendiri. Sebagai ibu bapa sikap paling utama perlu ada ialah sikap sayangi pasangan anda walau di mana sahaja anda berada. Kalau isteri perlu sayangi suami dan sebaliknya. Misalnya sebelum pergi kerja, si isteri bersalam dengan suami, si suami mencium dahi isteri. Bersikap sopan santun, bercakap baik, berpakaian sopan, makan bersama malah ada banyak perkara lagi yang boleh dilakukan. Contoh paling jelas sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri kepada semua isteri-isterinya. Tidak timbul perkara pukul memukul atau bergaduh suami isteri.
Sebenarnya apa yang ibu bapa lakukan itu, dilihat serta menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak lebih terpengaruh dengan apa yang dia lihat daripada apa yang kita katakan. Oleh itu kalaulah ibu bapa itu suka bergaduh atau bertengkar di depan anak-anak, mereka tiada tempat mengadu. Lalu cari jalan keluar dengan berjumpa rakan-rakan. Kalaulah rakan tersebut baik maka baiklah tetapi bagaimana kalau mendapat rakan yang tidak baik. Bawa ke tempat yang tidak senonok, maka rosaklah dia.
Masalah timbul kerana ibu bapa tidak menghidupkan jemaah dalam keluarga. Contoh paling mudah ialah sembahyang. Sembahyang berjemaah antara bapa, ibu dan anak-anak. Bila kita berjemaah, hati kita menjadi rapat seolah-olah bertaup antara satu sama lain. Cara ini bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi juga mendekatkan sesama manusia. Saya sewaktu berdoa(setiap kali lepas sembahyang) sukamenyebut nama isteri kemudian nama anak-anak satu persatu. Bila isteri atau anak-anak mendengar yangkita muliakan mereka di hadapan Allah sudah pastilah hati mereka tersentuh dan dekat dengan kita.
Kerana itulah bila ada ibu bapa yang datang mengadu mengatakan anak-anaknya bersikap kurang ajar, melawan atau derhaka, saya bertanya ibu bapa ini bagaimana keadaan solatnya. Kalaulah ibu bapa sendiri tidak solat, tidak tunduk kepada Allah (menderhaka) bagaimana si anak hendak taat dan menurut perintah ibu bapa. Kalaulah ibu bapa sendiri menujukkan sikap saling sayang menyangi, wujudkan sikap ukhwah di kalangan keluarga saya percaya anak-anak tidak akan jadi liar atau rosak. Kalaulah mereka hendak membuat perkara yang tidak baik misalnya, mereka akan teringat ibu bapa yang sangat menyayangi mereka.
Oleh itu dalam konteks ini, kalaulah kita tidak mempunyai sikap sayangi pasangan kita, kita bukan sahaja akan gagal pada diri tetapi juga keluarga, masyarakat, negara dan agama. Sebabnya sikap ini beri makna yang sangat luas dalam kehidupan kita seharian.
Ibubapa meletak harapan kepada orang lain untuk bantu mendidik anak mereka, contoh guru sekolah. Yang pelik, bila ditanya siapakah guru sekolah anaknya, ibubapa tidak kenal. Lebih menyedihkan lagi ibubapa tidak tahu anak berada di kelas mana, pergi sekolah ke tidak.
Sebenarnya banyak lagi factor lain, ringkasnya, saya boleh katakana ibubapa tidak mengamalkan cara hidup beragama (Islam) sehingga menjadi tidak wujud keberkatan dalam rumahtangga. Agama dianggap sebagai perkara enteng. Bila kejahilan telah menyelubungi hidup, bayangkanlah apa akan jadi kepada anak-anak.
SIASAH: Bagaimana cara untuk mengatasi masalah remaja yang bermasalah ini?
RIDHUAN TEE: Itulah yang saya kata tadi. Sekiranya ibu bapa faham dan membuat seperti apa yang saya sebutkan lima jari di atas tadi, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Selain itu kita perlu membina persekitaran yang boleh membina jiwa remaja ke arah yang positif. Contohnya Teater Putri Gunung Ledang atau Putri Gunung Ledang The Musical. Sepatutnya kalahlah kita mahu tonjolkan sebuah sejarah (metos) tentang citarasa budaya masyarakat kita (jati diri kita sebagai sebuah negara bertuankan Melayu) adakah Putri Gunung Ledang itu benar-benar berkemban? Dan setahu saya pada sejarah apa yang berlaku ialah lelaki yang buka dada dan perempuan yang tutup dada. Tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya. Ia bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai kelembutan dan kesopanan diri orang Melayu tetapi juga cuba menutup dan memutarbelitkan sejarah dan tidak dapat mengislamisasikan sejarah. Kita nak tonjolkan sejarah atau pakaian berkemban pelakonnya
Salah ke kalau Putri Gunung Ledang itu kita mencerminkan cara hidup keislaman? Pada saya semua mereka yang terbabit dalam pementasan tersebut tak kiralah pereka fesyen ke siapa ke semuanya tidak faham, gagal sebagai orang seni. Pejuang seni sepatutnya mengislamisasikan seni yang begitu indah ke dalam budaya Melayu tetapi lebih suka mengambil benda dari luar. Mereka sengaja menambah masalah yang sedia ada. Masalah di atas masalah. Umpama api kalau diletakkan petrol pasti membakar. Sampai bila masalah sosial remaja akan berakhir kerana kita sendiri membakar mereka dengan tidak menonjolkan nilai-nilai kita yang sebenar. Nilai-nilai yang pernuh dengan kelembutan, kesopanan yang bertunjangkan kepada peradaban bangsa Melayu.
Apa yang sering ditonjolkan adalah ciri-ciri hidup orang barat. Sampaikan iklan-iklan yang ada di merata tempat tak kira di dalam LRT, TV atau sebagainya semuanya menonjolkan kebaratan. Selalunya orang akan menerima apa yang dilihat dan difikir. Kalau sudah setiap hari benda yang sama 'masuk' akhirnya ia akan menjadi jati diri pada seseorang. Dalam hal ini kita nak salahkan siapa negara kita ini negara Melayu (negara ketuanan Melayu) tetapi lebih kebaratan. Dan negara kita inilah satu-satunya negara di dunia ini di mana tamadun peradapan atau jati diri penduduk asalnya (Melayu) tidak tertonjol. Kenapa ketuanan Melayu tidak jadi Tanah Melayu. Nasionalisme Melayu tidak menjadi Negara Melayu. Pelancong-pelancong yang mendarat KLIA, tidak dapat melihat nilai-nilai atau jatai diri keMelayuan pada lapangan terbang tersebut. Begitulah seterusnya sehingga masuk ke ERL, LRT dan sebagai. Tetapi ini tidak terjadi kepada Thailand, Vietnam misalnya. Nasionalisme Vietnam melahirkan Negara Vietnam. Nasionalisme China melahirkan Negara Chian, begitu juga dengan Thailand, India dan sebagai. Mereka begitu kental dengan jati diri dan mempertahankan bangsa mereka. Tetapi nasionalisme Melayu tidak membentuk sebuah Negara Melayu yang dihormati oleh bangsa minority yang lain. Hatta penggunaan bahasa Melayupun tidak dihormati, apatah lagi penggunaannya dalam iklan-iklan, papan tanda, nama taman dan sebagainya. Oleh itu saya berharap, kita jangan jatuh ke lubang yang sama setelah kita tahu di tempat itu penuh noda, dosa dan pelbagai masalah.
Kedua sedarkan mereka siapa diri dia sebenarnya (motivasi diri). Tanamkan rasa cinta pada bangsa. Cari di mana puncanya. Bentuk proses pentarbiahan sesuatu anak bangsa yang menonjolkan ciri-ciri ke Melayuan yang menjadi tonggak penduduk negara kemudian barulah sebut ciri-ciri ke Malaysiaan yang mengambil kira bangsa lain, Cina, India dan sebagainya. Inilah yang patut ada pada jiwa merdeka.
Kelebihan seseorang manusia dengan makhluk lain ialah kekuatan akal. Berbeza dengan binatang. Kalaulah remaja tersebut berada di persekitaran yang buruk di tambah dengan kelalaian ibu bapa dalam mendidik, sekurang-kurangnya gunakan kekuatan akal. Pilih mana yang baik dan buruk. Mereka perlu sedar, akal pemberian tuhan itu boleh membezakan mana yang buruk dan mana yang baik.
Kuatkuasakan undang-undang yang tiada kaitan dengan badan yang kita lantik dalam kerajaan untuk memperbetulkan benda-benda yang tidak baik. DBP tidak membangun kenapa tidak rujuk kepada badan yang telah sedia yang kita lantik sendiri. Begitu juga dengan masalah sosial yang melanda remaja kita. Masalah tidak akan selesai kalau kita tidak rujuk kepada masalah remaja itu sendiri.
Saya sedih, artis yang menjadi idola kepada remaja, ramai yang tidak mempunyai kekuatan ilmu dan kekuatan akhlak mereka hanyut. Oleh itu melalui berita-berita yang tersiar di akhbar atau di majalah tidak boleh membina remaja ke arah yang baik. Sepatutnya mereka perlu memiliki ilmu, kalau tidak tinggipun tahu membawa diri ke arah nilai-nilai positif.
Sepatutnya remaja kita jadilah manusia yang memiliki jati diri dan pandai membawa diri diumpamakan seperti ikan di laut yang masin. Walaupun persekitarannya yang tidak elok (masin) tetapi ia tetap gagah membawa diri dan dagingnya tetap manis bila dimakan. Bila dia mati sahaja, bila kita letakkan garam barulah dia masin. Tetapi apa yang berlaku hari ini, golongan remaja kita jiwanya telah mati. Apabila melalui persekitaran yang buruk dengan segala macam masalah maka dia turut menjadi buruk diumpamakan menjadi bangkai yang tidak elok. Bila jiwa telah mati maka matilah dia.
lisa da greto 2007 post..
BalasPadampecah kpala..
Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di
KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara
pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi
dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan.
Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan
terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa
apa-apa kecederaan.
Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun
Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk
tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus
terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau
dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.
Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4.
Beliau dengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau
berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia
mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya
bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun.
Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan
untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala
adalah dari..... MALAYSIA!
lisa da greto (2007)
BalasPadam(surat minta kerja)
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam
bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2
sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang
ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana
saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan
kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga
bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan
menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua
nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.
Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran: (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan
Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian
Kementerian Sumber Manusia Malaysia .
4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap
dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja
disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa
gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya
diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan
bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya
tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap
beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya
tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya
saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk
makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya
akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya
juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak
mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak
dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula &
berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup
pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Sekian terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
tq dengan sumbangan lisa.....
BalasPadamdAy by dAy i fEel mOre lOnEly
BalasPadamNape..ek?napa kna ada rasa lonely?huhu..xtaula napa..I JUZ DONT have anybody to talk bout wati felt everyday.kalau dulu..ade la juga tmpt nk mgadu kalau terkecik ati gn member ke ape ke...tp skg tda sape da..huhuhu suma pon pendam sorg2..hak3..nape kna wjud perasaan lonely?rasa sunyi sangt..hari valentine..day pi trn steven coner.pergi blima..but last,aku end up jalan sorg trn kt bawah kolam..bwh block je pun.sdEy sgt..huhu..tgk org lEn sumE jLn ngn kApel msing2,akU jLAn snsOrg..sume sbUk blikAn hadiah utk kApel..(saya agk2 je tue..),akU sbUk bLikn brg2 yg mmbE pesAn..huhu..utk dri aku xbli papE pon..sdEy dOw..ntAhlaa..mybE nseb cmnI nk wat cne..akU rsA aku bhgiA even ngn mmbE2 ja..tP rupAnya xjugAk..knkdg byk kAli gak akU trAsa ngn deorg...n aKu xtAhu nk luAhkn kt sApe..i've nObOdy dAt i cAn shAre my stOry..sO kAt sini jEla aku bleh luAh sume..tp sApe jEla yg bcA nEh..huhu..tp xpela..at Least aku de tmpT nk lUahkn prAsaan..dAhla..xnAk sdey2 dAh..NewAy,tHAnx bEbyk kepdA yg sudi mmbcA ni...
TP...SATU MJD TANDA TANYA.
SAPe ke org yg bg bunga kt aku?
mjd persoalan yg mgkin tda jwpn..
oohh god..sbb nye kurg apy..bukn org yg kita hrp kn...
What ur name means......... check it out !!
BalasPadamInstructions : What you do is find out what each letter of your name means.
Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE) &(Is'nt it GREAT !!)
If you have double or triple letters, just count the meaning once.
For Example : AIMAN
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
I =You are always smiling and making others smile.
M = Success comes easily to you.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
N = You like to work, but you always want a break
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
B = You are always cautious when it comes to meeting newpeople.
C = You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.
D = You have trouble trusting people.
E =You are a very exciting person.
F = Everyone loves you.
G = You have excellent ways of viewing people.
H =You are not judgmental.
I =You are always smiling and making others smile.
J =Jealously
K =You like to try new things.
L = Love is something you deeply believe in.
M = Success comes easily to you.
N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.
P =You are very friendly and understanding.
Q = You are a hypocrite.
R =You are a social butterfly.
S = You are very broad-minded.
T = You have an attitude, a big one.
U = You feel like you have to equal up to people's standards.
V = You have a very good physique and looks.
W = You like your privacy.
X = You never let people tell you what to do.
Y = You cause a lot of trouble.
Z = You're always fighting with someone.
CHECK YOUR NAME MEANING AND YOU WILL FIND THAT THIS IS
TRUE.............
Januari
BalasPadam- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
---------------------------------------- --------------------------
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
---------------------------------------- ------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
---------------------------------------- -------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
---------------------------------------- ------------------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
---------------------------------------- ------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
---------------------------------------- ----
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
---------------------------------------- ---------
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
---------------------------------------- ----------
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
---------------------------------------- --------------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
---------------------------------------- ------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------- ------
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
daa..teda kerja..ne..meh ajr cara masak mee sedapp..
BalasPadambahan2:
1. mee mbs 1 bungkus
2. ayam/ daging / makanan laut
3. minyak masak
4. bawang putih - ditumbuk
5. sos tiram
6. kicap
7. garam dan ajinamoto
8. taugeh
9. air utk merebus mee mbs
cara masak:
1. panaskan minyak...masukkan bawang putih..masak sampai naik bau..
2. masukkan ayam/daging/makanan laut...tunggu sampai masak pastu tuangkan air...
3. masukkan garam, ajinamoto..tunggu air sampai mendidih baru masukkan mee mbs tadi...sentiasa gaulkan mee utk mengelak mee td hangit...
4. kalu rasa2 mee td dah nak masak masukkan togeh...dan simpan air sedikit2 demi sedikit..pas tu masukkan kicap juga sos tiram...kuah ini lama kelamaan akan pekat...tapi kt x tau mee td dah masak atau tidak..so kena rasa juga mee td..kalu rasa lum masak simpan lagi air..ulang perkara ini sehingga mee masak..kerana mee mbs ni agak keras n lama masaknya..
5. kalu dah masak...siap utk d makan..
*p/s kalu suka tambah sayuran..lagi sedap tapi bg aku...cukuplah dgn taugeh...eheheh simple tp sedap
arr..camana bikin sayap ayam..hehehe
BalasPadambahan-bahan:
1kg sayap ayam
1-2 sudu paprika @ white pepper(nak pedas guna black pepper)
3-4 sudu madu @ gula merah
5 ulas bawang putih
1/2inch halia
jus lemon @ limau nipis
garam secukupnya
minyak (cukup setakat bahan-bahan dapat di blend)
blend semua bahan then tuang ke atas ayam dan perap selama 1jam @ lebih...bakar atas bara sehingga masak. kalau menggunakan white pepper,tambahlah serbuk kunyit untuk pewarna.
p/s:aku ni pemalas nak buat bara arang so dengan simple lepas ayam dah marinade ku letak jak ayam atas dulang then masuk oven...bakar dengan suhu 200-250 degree ikut dengan oven masing-masing selama 25-30min
_________________
INFO KESIHATAN
BalasPadamPenyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).
Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.
Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.
Cara penyakit ini merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM.
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.
Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Insidens
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan
Komplikasi
Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
• Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
• Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.
Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
• Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
• Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
• Kesakitan pada mulut semakin teruk.
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Prognosis
Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.
Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-
• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
• Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.
Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.
Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-
1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.
2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.
3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.
kalu pyakit xbgkit pula..
BalasPadamkanser prostat..
Bercakap tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kanser
prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki.Ia
merupakan penyakit yang boleh membunuh kedua tertinggi di kalangan
lelaki di Amerika Syarikat. Di Malaysia, ia menduduki tangga keenam
dalam carta kanser. Lelaki dikatakan kurang kesedaran dan pengetahuan
dalam kesihatan berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan.Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani
pemeriksaan kesihatan.
[b]Berikut adalah faktor-faktor risiko di luar kawalan:
[/b] [b]Umur[/b]. Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki di bawah umur 50 tahun. Walau bagaimanapun, kanser
* tersebut meningkat secara dramatik selepas peringkat umur itu.
* [b]Bangsa. Lelaki Afrika-Amerika lebih cenderung kepada risiko penyakit itu.
* Genetik. Risiko mendapat penyakit ini adalah tinggi jika salah seorang ahli keluarga lelaki anda pernah
dan menghidap penyakit ini.
* jika anda memiliki ciri-ciri seperti di atas, risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki yang tidak memilikinya.
[/b]
Walaupun tidak mempunyai ketiga-tiga faktor risiko tersebut, langkah
berjaga-jaga perlulah diambil.Tabiat membuat saringan kanser prostat yang berterusan boleh membantu mengesan kanser prostat awal dan mencegahnya dari
merebak ke organ-organ lain.
[b]Diet dan Kanser Prostat
Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang.
[/b]
* [b]Lemak. Kurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya. Gantikan daging
merah dengan ayam dan bijirin.
* Sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ini adalah gizi yang selalu disebutkan oleh mana-mana pakar kesihatan.
Pengambilan gizi ini dapat membantu dari segi khasiat dan vitamin.
Setengah kajian mengaitkan diet yang tinggi kandungan sayurannya dapat
mengurangkan risiko kanser prostat.
* Ikan.
* Pemakanan ikan yang kaya dengan asid lemak dapat melindung daripada kanser prostat dan juga penyakit
lain. Contoh ikan yang kaya dengan asid lemak ialah ikan salmon.mengurangkan risiko kanser.
[/b]
[b]Suplemen dan Kanser Prostat
Selain itu, untuk mengurangkan risiko kanser prostat, pengambilan suplemen seperti berikut boleh dipertimbangkan
[/b]
* [b]Saw Palmetto dan Biji Labu. Produk ini telah digunakan dan didapati sangat berkesan.
Saw Pametto diambil secara berasingan atau bersama-sama dengan biji labu, Nettle root atau Pygeum.
[/b]
Palmetto (Sarena serrulata) adalah pokok sawit yang tumbuh di pinggiran
pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam rawatan
masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan
dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat.
Saw
Palmetto mengandungi sterol, terutamanya beta-sitosterol yang mampu
menghalang enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, dihidrotestosteron (DHT)
tidak boleh melekat kepada kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan
dihancurkan dan kemudiannya dikumuhkan (dibuang) dari dalam badan.
DHT merupakan hormon yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pembesaran kelenjar prostat (BPH).
* Ubat-ubat konvensional seperti Finasteride yang manahan enzim 5-alpha reductase.
Oleh itu, testosterone tidak boleh bertukar kepada DHT. Terazosin dan
doxazosin merupakan produk yang dapat membantu merehatkan otot-otot
prostat. Ini seterusnya akan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke
atas saluran kencing.
Walaubagaimanapun,
anda dinasihatkan bahawa pengambilan ubat tradisional dan suplemen lain
tanpa arahan doktor boleh membawa risiko. Oleh sebab yang demikian,
adalah perlu untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.
[b]Pengubahsuaian Gaya Hidup
Pengambilan
alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting
untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya.
Zink
sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink
10 kali ganda berbanding organ lain. Zink membantu mengurangkan
kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan
penukaran hormon testosteron kepada DHT.
[size=9]Kurang
bersenam akan menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar. Ini
memberikan kesan yang memudaratkan prostat. Anda digalakkan bersenam
mengikut jadual yang ditetapkan - kata-kata kunci di sini adalah
bersenam secara konsisten dan bersesuaian dengan tahap kesihatan dan
umur anda.
Tekanan perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ini mungkin mengaktifkan 5-alpha reductase
dan kandungan DHT akan meningkat.
Merokok akan menyababkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia boleh memburukkan lagi keadaanpesakit BPH.[/b]
_________________
Group A beta-hemolytic streptococcus
Apa itu cirit birit ?
BalasPadamPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan cirit-birit sebagai pembuangan cecair atau najis cair yang terlalu kerap, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 24 jam. Cirit-birit akut merupakan salah satu dari masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak.
Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik, mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. Ia juga merupakan salah satu dari punca utama penyakit dan kematian di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Cirit-birit mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya bayi yang berusia antara 6 - 12 bulan yang tinggal di persekitaran yang kotor dan juga bayi yang berusia di bawah 6 bulan yang diberi susu botol.
Bagaimana boleh perjelaskan lagi mengenai cirit-birit ini?
Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengeluarkan najis yang cair yang abnormal berulangkali berbanding dengan keadaan biasa. Ia boleh diselangi dengan muntah-muntah dan kadang-kadang tidak. Pada amnya, ia berpunca dari virus atau bakteria.
Kuman-kuman ini boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.
Bagaimana cirit birit berlaku ?
Bakteria boleh menyebabkan cirit-birit melalui sekurang-kurangnya 3 cara:
1. Penghasilan enterotoksin (bahan beracun yang mempunyai kesan buruk ke atas saluran gastrousus yang boleh
menyebabkan muntah, cirit-birit dan sakit abdomen) yang merangsang rembesan elektrolit (kepekatan ion-ion
yang terpisah dalam edaran darah) yang aktif ke dalam usus.
a. Serangan bakteria yang boleh merosakkan lapisan mukosa usus (pengalas membran yang lembap
dalam saluran gastrousus).
b. Penusukan bakteria yang menyerang lapisan mukosa tetapi ia tidak menghasilkan ulser pada mukosa
usus secara besar-besaran.
c. Kanak-kanak juga boleh mendapat cirit-birit tanpa diserang oleh apa-apa jangkitan, seperti
disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu dan alahan laktosa. Dalam keadaan ini, badan
menghasilkan sejumlah kecil laktase. Laktase merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam usus.
Ia mencernakan laktosa (sejenis gula yang terdapat di dalam susu atau hasil susu). Apabila laktosa
tidak dapat dicernakan oleh laktase, ia menapai dan menyebabkan cirit-birit.
2. Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan kesan dari pengambilan ubat-ubat tertentu. Ubat-ubat tersebut
terutamanya antibiotik yang digunakan untuk merawat ramai kanak-kanak yang menghidap jangkitan saluran
pernafasan, saluran kencing atau jangkitan-jangkitan lain. Hampir 40% dari kanak-kanak ini mendapat
cirit-birit dipercayai disebabkan oleh gangguan imbangan kehidupan bakteria-bakteria penting dalam usus
kanak-kanak kerana penggunaan antibiotik tadi*.
3. Gangguan-gangguan gastrousus yang lain termasuk keadaan seperti penyakit keradangan usus (seperti
penyakit Crohn.s) dan sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome). IBS selalunya berlaku apabila
kanak-kanak mengalami stres atau tekanan disebabkan sesuatu masalah keluarga.
Apakah yang menyebabkan cirit-birit ?
Cirit-birit boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berkemungkinan tidak mempunyai kaitan dengan saluran gastrousus. Biasanya, ia disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit dari tangan, makanan, susu, air ataupun botol susu yang kotor dan tercemar dan masuk ke dalam badan melalui mulut. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat banyak bakteria, virus dan parasit patogenik yang telah dikenalpasti sebagai penyebab cirit-birit. Dua masalah utama cirit-birit yang boleh membahayakan kanak-kanak ialah dehidrasi (kekontangan) dan kematian. Kematian yang berpunca dari cirit-birit adalah disebabkan oleh dehidrasi (kehilangan air dan garam dalam badan). Kira-kira 10% dari kes cirit-birit yang mengalami dehidrasi berpunca dari kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan. Seorang kanak-kanak tidak boleh hidup jika ia kehilangan terlalu banyak air dan garam dari badannya, melainkan kehilangan itu digantikan.
Seorang bayi akan menjadi lemah dan kekurangan zat makanan atau malnutrisi jika ia mengalami cirit-birit yang berulang-ulang. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika si ibu berhenti menyusui bayi dengan susu badan atau berhenti memberikan makanan semasa ia mengalami cirit-birit. Bayi yang kekurangan zat makanan mudah diserang cirit-birit dan serangan ini akan menjadi bertambah serius.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko cirit-birit ?
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuklah:-
• Kanak-kanak yang lemah dan sering sakit di mana ketahanan semula jadinya menjadi lemah akibat serangan
penyakit yang berulang-ulang.
• Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin, di mana pemakanan hariannya mungkin kurang berkhasiat
dan selalunya dikaitkan dengan kebersihan diri yang tidak terjaga.
• Teknik memberi makan yang tidak betul:
• Kepekatan makanan yang tidak betul - jika terlalu pekat, boleh menyebabkan cirit-birit osmotik (iaitu
penyerapan cecair dari usus) dan memburukkan lagi cirit-birit yang dihidapi.
• Makanan yang terlalu cair dan kekurangan nutrien atau zat makanan.
Apakah gejala-gejala cirit-birit ?
Gejala-gejala adalah seperti berikut:
• Cirit-birit, satu gejala yang biasa.
• Kekejangan dan sakit pada bahagian abdomen.
• Sembab.
• Terasa loya dan muntah
• Terasa ingin segera membuang air besar.
• Demam.
• Najis mengandungi darah.
• Dahaga
• Hilang selera makan
Setiap kanak-kanak yang mengalami cirit-birit berulangkali akan kehilangan sebahagian air dan garam dari badannya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada bagaimana keadaan cirit-birit itu dan kekerapan kanak-kanak itu membuang air besar. Jika kanak-kanak itu mengalami dehidrasi, ia memerlukan perhatian dan rawatan segera.
Dehidrasi atau kekontangan ialah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan cecair untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini merbahaya bagi kanak-kanak dan mereka perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan dari masalah kesihatan yang lebih serius.
Tanda-tanda dan gejala dehidrasi ialah:-
• Kanak-kanak itu cepat meragam.
• Terasa dahaga dan kurang membuang air kecil dan air kencingnya berwarna gelap.
• Mata kelihatan cengkung dan kering.
• Kelihatan lemah.
• Ubun-ubun melekuk (terdapatnya bukaan pada tengkorak kepala
disebabkan penutupan tulang kranial yang belum sempurna), biasanya
berlaku pada bayi yang berusia di bawah 18 bulan.
• Mulut dan lidah menjadi kering.
• Kulit berkedut dan kelihatan kering serta mengelupas.
• Bila kanak-kanak itu menangis air matanya tidak keluar.
Cirit-birit boleh jadi akut atau kronik.
• Cirit-birit akut biasanya dikaitkan dengan jangkitan bakteria, virus atau parasit. Ia juga boleh disebabkan oleh
perubahan pada tabiat makan seperti alahan kepada makanan, kesan sampingan dari ubat-ubatan dan lain-lain.
Kes cirit-birit akut yang sering berlaku adalah disebabkan oleh virus seperti Rotavirus dan Adenovirus*.
• Cirit-birit yang akut boleh jadi berair atau bercampur darah. Cirit-birit akut yang berair biasanya akan berakhir
dalam masa kurang dari 14 hari dan bahayanya ialah ia boleh membawa kepada dehidrasi. Cirit-birit yang
bercampur darah kadangkalanya dikenali sebagai disentari. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi tetapi yang
paling bahaya ia boleh membawa kepada kerosakan usus, penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan.
• Cirit-birit yang kronik biasanya dikaitkan dengan ketidakaturan fungsi badan seperti Sindrom Gangguan Usus (IBS) atau penyakit seperti Coeliac Disease. Ia biasanya mengambil masa lebih dari 3 minggu. IBS contohnya, disebabkan oleh pengecutan otot yang keterlaluan di dalam saluran usus. Ia berlaku hingga berbulan-bulan atau bertahun.**
Kadangkala kanak-kanak yang menghidapi IBS ini mengeluarkan najis bersama-sama mukus. Walau bagaimanapun, kebanyakkan cirit-birit yang kronik ini tidak begitu serius. Ia boleh dikawal melalui pengubatan.
Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat cirit-birit?
Dua keadaan cirit-birit yang merbahaya ialah dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Kebanyakan bayi yang mati adalah disebabkan oleh dehidrasi iaitu kehilangan cecair dan garam dalam badan.
Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyebab cirit-birit?
• Sampel najis boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman yang
menyebabkan cirit-birit. Jika ini
boleh dilakukan ia merupakan satu tindakan yang baik. Tetapi jika cirit-birit
hanya sederhana ia boleh dirawat di rumah sahaja.
• Cuma sebahagian kecil kanak-kanak sahaja yang memiliki kuman bakteria
seperti Campylobacter, Salmonella, Shigella atau E.coli dikesan dari najis
mereka.
• Kebanyakan kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh kuman
virus seperti Rotavirus. Ujian ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay
merupakan satu teknik ujian darah yang sensitif untuk mengesan antibodi
tertentu dalam darah) boleh dijalankan untuk mengecualikan jangkitan
Rotavirus yang biasanya berlaku dikalangan bayi.
Bagaimana kita boleh memantau seseorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit?
Kanak-kanak yang mendapat cirit-birit perlu diperiksa oleh seorang doktor dalam masa 12 jam setelah memulakan rawatan. Ini bagi memastikan masalah kanak-kanak itu dapat ditangani dan ia tidak kehilangan berat badannya terlalu banyak. Seorang ibu seharusnya mengetahui bagaimana hendak menguruskan anaknya dalam keadaan begini. Rawatan dan kemajuan kanak-kanak tersebut perlu dipantau seperti berikut:
• Periksa dari masa ke semasa dan pastikan kanak-kanak tersebut mengambil
larutan ORS dengan memuaskan. Jumlahnya perlu direkodkan.
• Amati tanda-tanda rehidrasi seperti kehilangan kekenyalan kulit, kelihatan
semakin lemah atau pembuangan najis yang semakin kerap.
• Amati tanda-tanda pengambilan cecair yang berlebihan seperti
kebengkakan kelopak mata.
Rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan.
Langkah paling penting untuk merawat cirit-birit di kalangan kanak-kanak ialah mengganti air dan garam melalui mulut bagi mengelak dari masalah dehidrasi. Untuk mengatasi komplikasi ini, cuba berikan larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) kepada bayi anda seawal yang mungkin untuk menggantikan kehilangan cecair dan garam dalam badan bayi. Kaedah ini penting untuk menyelamatkan bayi. ORS digunakan bukan untuk mengelak atau menghentikan cirit-birit tetapi ia dapat mengelakkan bayi dari kehilangan banyak cecair dan garam dalam badannya. ORS merupakan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi cirit-birit.
Jika paket larutan ORS tidak ada, anda boleh menyediakan larutan ini sendiri dengan menggunakan air, gula dan garam. Cara membuatnya adalah seperti berikut:-
1. Ambil 1 liter air telah dimasak (lebih kurang 5 cawan)
2. 1 sudu kecil garam
3. 8 sudu kecil gula
4. Kacau sehingga gula larut ke dalam air
5. Berikan anak anda minum sedikit demi sedikit.
Minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa kanak-kanak menghidap cirit-birit ialah:
• Garam Oral Rehidrasi (ORS)
• Susu ibu
• Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
• Sup
• Air nasi (air didih)
• Air buah-buahan
• Teh cair
• Air kelapa muda
• Sekiranya minuman di atas tidak dapat diperolehi, kanak-kanak boleh diberi
air masak yang sejuk
Catatan: Jumlah yang perlu diberikan ialah antara suku atau separuh cawan besar untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Berikan sedikit demi sedikit tetapi lebih kerap. Jika kanak-kanak tersebut muntah, tunggu selama 10 minit kemudian cuba berikan semula larutan tersebut.
Apabila bayi yang masih menyusu susu ibu mengalami cirit-birit, ibu perlu meneruskan pemberian susunya kepada bayi tersebut dan seboleh-bolehnya berikan dengan lebih kerap. Jika bayi anda tidak boleh menghisap, sebaik-baiknya perahkan susu anda dan berikan bayi anda minum menggunakan cawan dan sudu yang bersih. Penyusuan susu ibu yang lebih kerap dari biasa, dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana susu ibu dapat meningkatkan ketahanan bayi melawan jangkitan. Berikan juga ORS di antara penyusuan tersebut. Berikan penyusuan tambahan selepas cirit-birit berhenti.
Jika bayi tidak lagi menyusu susu ibu, berikan larutan ORS sama jumlahnya dengan penyusuan biasa dan berikan air yang telah dimasak di antara pemberian ORS. Selepas 6 hingga 8 jam, bayi boleh diberi minum susu separuh pekat. Teruskan memberi anak anda larutan ORS selama 1 hingga 2 hari iaitu diberi di antara penyusuan harian sehingga cirit-birit sembuh. Apabila cirit-birit berhenti, teruskan penyusuan anak anda seperti biasa.
Peringatan:
• Sekiranya anak anda tidak menunjukkan sebarang perubahan atau keadaan
dehidrasinya semakin teruk, anda dinasihatkan membawa anak anda ke
klinik/ hospital yang berhampiran dengan segera. Sementara itu, teruskan
memberi anak anda larutan ORS.
• Hentikan pemberian larutan ORS jika mata anak anda kelihatan bengkak.
Teruskan penyusuan, berikan air suam atau susu pada anak anda. ORS
boleh diberi semula jika bengkak pada matanya telah hilang dan masih
mengalami cirit-birit.
• Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit dan mengambil larutan ORS perlu
diperiksa oleh anggota kesihatan. Bawa anak anda ke klinik atau hospital
segera.
Jika terdapatnya tanda-tanda dehidrasi yang serius, ini menandakan anak anda perlu segera dimasukkan ke hospital.
Rawatan menggunakan ubat-ubatan
Anak anda tidak perlu diberi sebarang ubat-ubatan untuk cirit-birit yang dihadapinya, kecuali atas nasihat doktor. Jangan berikan ubat antibiotik kepada kanak-kanak yang dirawat di rumah. Ini kerana antibiotik tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan dan ditakuti boleh memburukkan lagi keadaan cirit-birit itu.
PLAJAR D PUKUL LG
BalasPadamKUALA LUMPUR: “Kenapalah anak saya dihukum sehingga meninggal dunia.
Jika apa pun kesalahan dia, janganlah buat hukuman sendiri,” kata
Mohamad Din, 52, bapa pelajar Tingkatan Empat yang meninggal dunia
selepas seminggu koma kerana dibelasah sekumpulan remaja.
Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi,
yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), kira-kira jam 1 pagi semalam di
sisi ahli keluarganya.
Mangsa dibelasah sekumpulan 24 lelaki dipercayai juga pelajar pada jam
9.30 malam 13 Februari lalu didakwa berikutan perebutan teman wanita.
Muhd Hadzrin tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan
mengeluarkan darah beku di kepalanya akibat dipukul dengan besi dan
topi keledar.
Jenazah Muhd Hadzrin tiba dari PPUKM jam 1 petang di Surau Desa Tasik
untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Salak Selatan, Sungai Besi kira-kira jam 3 petang.
Mohamad Din ketika ditemui di tanah perkuburan berkata, dia reda dengan
kematian anak bongsu daripada enam beradik itu dan berharap dapat
bersemuka dengan kumpulan lelaki yang memukul anaknya itu.
camana mau wat kek batik
BalasPadam* 1 packet milo (packet yg plg kecil)
* 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
* 1 buku buttercup
* 1 cawan gula halus
* 1 biji telur ayam
* serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
* 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)
Cara-cara
1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba
resipi..BISKUT ALMOND LONDON..
BalasPadamBahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.
Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.
resepi kuih siput..
BalasPadamBahan-Bahan:
1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari
1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
garam secukup rasa
ajinomoto penambah perisa
Cara:
Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.
Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.