E-Mail: lippikmkk@gmail.com

24 Februari 2009

Kursus Kompetensi Keusahawanan

Sesi ceramah usahawan jemputan yang bertajuk “Kompetensi Keusahawanan” ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar IKMKK tentang ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan untuk berjaya. Berdasarkan kepada sesi tersebut, setiap pelajar dikehendaki untuk menghantar laporan bertulis yang menekan ciri-ciri keusahawanan yang dapat dikenalpasti dan bagaimana ciri-ciri tersebut telah dapat membantu usahawan tersebut dalam menguruskan perniagaan.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah:
  1. Melahirkan usahawan dan tekno-usahawan yang berkemahiran dan berketerampilan di kalangan pelatih-pelatih IKM dan KKTM.
  2. Melahirkan tenaga kerja separa profesional yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh industri.
  3. Memartabatkan kerjaya usahawan sebagai kerjaya yang menjadi pilihan lepasan IKM dan KKTM.
Kursus ini telah diadakan pada 18 Ogos 2006 yang lalu di IKMKK dan penceramah jemputan (usahawan berjaya) ialah Tuan Haji Ijap bin Tayong iaitu Pengarah Urusan Permaisaba Sdn Bhd.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu