E-Mail: lippikmkk@gmail.com

01 Mac 2009

Apakah 5S?

SEIRI (SISIH)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

SEITON (SUSUN)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO (SAPU)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

SEIKETSU (SERAGAM)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

SHITSUKE (SENTIASA AMAL)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

1S : SEIRI (SISIH) Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN SISIH DI TEMPAT KERJA?


LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL UNTUK SEIRI

Gunakan Kad Notis Pembuangan

• Pertama sekali, kenalpasti barang-barang yang kelihatan tidak diperlukan
• Kemudian tampalkan Kad Notis Pembuangan (Disposal Notice Card) kepada setiap barang-barang tersebut dengan menerangkan:
1. Apa barang tersebut
2. Mengapa barang tersebut berada di situ
3. Barang kepunyaan siapa atau berasal dari mana, dan
4. Bila barang tersebut harus dilupuskan
• Di penghujung masa yang ditetapkan (misalnya 1 atau 2 bulan selepas penampalan notis itu), kad tersebut diteliti semula untuk melihat sama ada sesiapa yang mempunyai keperluan untuk menyimpan barangan. Adalah disarankan agar pendekatan ini digunakan secara meluas di sesuatu jabatan itu dan melibatkan semua kakitangan di setiap peringkat.

2S : SEITON (SUSUN) Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
• Tempat untuk semua
• Semua di tempatnya

BAGAIMANA SUSUN DI TEMPAT KERJA ANDA?


3S : SEISO (SAPU)

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

4S : SEIKETSU (SERAGAM) Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

5S : SHITSUKE (SENTIASA AMAL) Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

ULANGAN KEPADA PUSINGAN 5S


BAGAIMANA MENJAYAKAN 5S
Penglibatan Semua Kakitangan
• Semua kakitangan di dalam pertubuhan mesti melibatkan diri dalam program 5S
• Semua kakitangan harus memahami kenapa program 5S harus diamal di tempat kerja iaitu
1. Tempat kerja yang bersih mempunyai PRODUKTIVITI tinggi
2. Tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang SELAMAT
3. Tempat kerja yang bersih mempunyai SEMANGAT PERANSANG yang tinggi
• Program 5S akan lebih berkesan jika dijadikan salah satu aktiviti di dalam aktiviti kumpulan kecil di setiap Bahagian Pusat Komputer.

Penglibatan Pengurusan Atasan
• Program tersebut harus diamalkan dalam masa bekerja sebagai program yang diberi kuasa rasmi, tetapi ia tidak harus dianggap sebagai tambahan dalam masa kerja yang lebih (overtime) atau di luar masa bekerja.
• Setiap kakitangan harus diberitahu secara rasmi pentingnya program tersebut.
• Ketua Jabatan harus membuat pengumuman rasmi mengenai pelancaran program tersebut di mesyuarat berkongsi maklumat (information-sharing) yang dihadiri oleh semua kakitangan.

Kepimpinan Pengurusan Pusat Komputer
• Pengurusan Pusat Komputer perlu memberikan komitmen yang tinggi ke atas pelan semakan program ini untuk menjamin persekitaran kerja yang berkualiti.

Sokongan Semua Pihak
• Semua Warga Pusat Komputer perlu memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

BAGAIMANA MEMPERTAHANKAN PELAKSANAAN AMALAN 5S
Amalan Seranta & Publisiti
• Sepanduk dan poster harus digunakan sepenuhnya untuk menarik perhatian semua kakitangan.
• Buku Panduan dan risalah-risalah yang menerangkan “Mengapa 5S’, “Apa itu 5S” dan “Bagaimana untuk melaksanakan 5S” harus dicetak dan disebarkan.

Lawatan Audit dan Sistem Penghargaan
• Pihak pengurusan melalui Jawatankuasa Audit Dalaman perlu mengadakan lawatan ke setiap Bahagian untuk membuat penilaian.

Penilaian oleh Pengarah Pusat Komputer
Pengarah perlu:
• Melawat ke bahagian dari masa ke semasa dan membuat penghargaan kepada kekuatan dan membuat teguran kepada kelemahan pelaksanaan 5S.
• Memberi penghargaan kepada amalan yang lebih baik.

HASIL YANG DIJANGKA DARI PROGRAM 5S
Pengurangan Kos
• Mengurangkan inventori.
• Menghalang salah letak peralatan dan perkakas.

Kecekapan
• Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat.
• Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran.
• Mempermudahkan kawalan.

Penyelenggaraan
• Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan peralatan dan kemudahan yang ada.
• Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan peralatan.
• Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan.

Kualiti
• Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan.

Keselamatan
• Menghapuskan keadaan yang merbahaya.
• Memperbaiki keadaan tempat kerja.
• Menghapuskan tempat kecederaan dan kemalangan.
• Mengurangkan kesilapan dan kecuaian.

Motivasi
• Perhubungan yang baik antara kakitangan.
• Membentuk disiplin yang baik.
• Membentuk semangat kerjasama dan kerja berkumpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu