E-Mail: lippikmkk@gmail.com

06 Mac 2009

Mesyuarat Jabatan Kali Ke 7/2009

06 Mac 2009, Jumaat – Bertempat di Seha Restoran Catering & Services, Jalan Inanam Lama (bersebelahan Hong Leong Bank), Jabatan Pengajian Am IKMKK telah mengadakan mesyuarat mingguannya yang ke tujuh. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 14 orang pengajar dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am IKMKK, En Khairul Izwan bin Ibrahim.

Mesyuarat dimulakan dengan acara bersarapan beramai-ramai yang telah menjadi satu budaya di kalangan para pengajar Jabatan Pengajian Am pada setiap hari Jumaat. Sarapan telah ditaja oleh En Khairul Izwan dengan kerjasama pihak Seha Restoran. Pemilihan lokasi mesyuarat dan sarapan pada kali ini adalah bertujuan untuk mempromosikan restoran yang baru sahaja memulakan operasinya pada 2 Mac yang lalu. Secara tidak langsung, ini juga merupakan satu bentuk sokongan untuk usahawan-usahawan bumiputra. Di antara menu yang dihidangkan termasuklah mihun dan kuey teow goreng, nasi goreng special, sambal sotong, fishcake dan lain-lain lagi.

Pengerusi, di antara lainnya mengingatkan para pengajar tentang beberapa perkara penting yang memerlukan tindakan segera. Ini termasuklah penyediaan analisa Ujian 1, penyusunan meja mengikut persetujuan ramai (5S) dan juga penyediaan soalan Penilaian Akhir bagi sesi Januari-Jun 2009. Diharapkan budaya yang diterapkan di Jabatan Pengajian Am ini bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi ukhuwah malah dapat memantapkan lagi semangat kerja berpasukan yang secara tidak langsung dapat memantapkan lagi organisasi. Mesyuarat yang bermula pada jam 7.45 pagi itu telah ditangguhkan pada jam 9.10 pagi.

Selepas mesyuarat ini, ianya disusuli dengan mesyuarat 5S bagi Wilayah Pengajian Am yang dipengerusikan oleh En. Abd Rahim Shah bin Saruddin. Dalam mesyuarat ini juga En. Ismail bin Badri telah mencadangkan mesyuarat 5S diadakan pada setiap minggu dan diadakan selepas mesyuarat Jabatan Pengajian Am. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua ahli yang hadir.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu