E-Mail: lippikmkk@gmail.com

20 Mac 2009

Mesyuarat Jabatan Kali Ke 9/2009 & 5S Kali Ke 3/2009

20 Mac 2009, Jumaat – Jabatan Pengajian Am IKMKK telah mengadakan mesyuarat mingguannya yang kesembilan bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengajian Am. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh sembilan orang pengajar dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am IKMKK, En Khairul Izwan bin Ibrahim.

Pengerusi, di antara lainnya mengingatkan para pengajar yang belum melengkapkan analisa Ujian 1 agar segera berbuat demikian. Salah satu perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah pemantapan aktiviti-aktiviti 5S di Jabatan Pengajian Am. Di antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat Jabatan Pengajian Am termasuklah pembahagian zon wilayah Jabatan Pengajian Am, pelaksanaan susun atur meja, laci dan juga almari setiap pengajar.

Mesyuarat yang bermula pada jam 7.50 pagi itu telah ditangguhkan pada jam 8.50 pagi dan diteruskan dengan mesyuarat 5S kali ketiga yang dipengerusikan oleh En Abd Rahim Shah Bin Saruddin selaku Ketua Wilayah 5S Jabatan Pengajian Am.

Mesyuarat yang berlangsung selama 17 minit itu turut membincangkan tentang penambahan zon jagaan iaitu tandas pelajar dan juga pengajar. Jumaat kali ini menyaksikan semua ahli keluarga Jabatan Pengajian Am berkumpul sekali lagi di dalam jamuan untuk meraikan hari jadi En Mohd Saffrey Bin Eddin dan juga Ketua Jabatan iaitu En Khairul Izwan Bin Ibrahim secara serentak.

Walaupun dengan sembilan orang sahaja, namun majlis tetap meriah dengan hidangan menu istimewa ‘steam boat’. Untuk sahabat-sahabat yang berkursus dan bercuti, lain kali kita buat lagi ya…






4 ulasan:

  1. Wah!! Seronotnya kita!! ekekeke

    BalasPadam
  2. ada orang jeles... hehehe...
    nanti kita buat lagi ramai2 jadi meriah...

    BalasPadam
  3. pengajian am ni murah rezeki sebab ramai stafnya bermurah hati blanja makan terutamanya kj.... jadi kami sentiasa makan ja... hehehehe...
    jangan lupa kerja juga....

    BalasPadam
  4. aha! Bukan KJ jak.. anak2 buah pun ramai murah hati.. bersatu hati.. so 'anasir2' luar kami x layan.. relax.. ekekeke tambah lagi tambah!

    BalasPadam

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu