E-Mail: lippikmkk@gmail.com

26 Mei 2009

Makna sesuatu hadiah......

> JAM TANGAN.........Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
> CINCIN.............Tanda ikatan kasih yang abadi.
> GELANG.............Tanda mesra
> RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
> SUBANG...........Tanda penghargaan dan penghormatan.
> KASUT.............Sentiasa mengambil berat/prihatin.
> PAKAIAN/KAIN......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
> PAYUNG............Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
> MINYAK WANGI....... Tanda cinta
> BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
> BUKU.............. Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
> BUNGA..............Tanda perkenalan dan tanda sayang
> COKELAT ........ semanis cintamu.
> LAGU/CD/KAD UCAPAN....... mengabadikan cinta
> SEJADAH DAN ALQURAN.........tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
> PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum....
> HANDPHONE...tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!.......aku Kan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup.....
> *HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
> MASUK MEMINANG......tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Industri ternak lintah berpotensi ke peringkat global

KUCHING: Industri penternakan lintah berpotensi cerah sekiranya diusahakan secara besar-besaran berikutan permintaan terhadap lintah di peringkat antarabangsa kini semakin tinggi terutama dalam industri kosmetik dan farmaseutikal.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Naroden Majais, berkata industri penternakan lintah yang masih baru di negeri ini, kini mula mendapat perhatian oleh penternak tempatan kerana mampu menjana pendapatan sedangkan penternakan lintah tidak memerlukan modal yang tinggi.

Beliau berkata, penternakan lintah amat mudah kerana tidak mempunyai risiko yang tinggi dan tidak memerlukan tapak serta ruang yang tidak terlalu luas.

"Penternakan lintah sangat mudah dan pulangan boleh diperoleh dalam masa enam bulan, asalkan mempunyai ruang cukup dan mempunyai sistem pemakanan serta suhu yang sesuai.

"Justeru itu, usahawan Bumiputera di negeri ini, perlu bijak mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam industri ternakan lintah kerana ia boleh menambah pendapatan mereka dengan cepat," katanya ketika merasmikan Penutupan Program Keusahawanan Ternakan Lintah, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Oasis Agro Sdn Bhd (OASB), Adnan Gadu.

Naroden yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera, berkata, usahawan Bumiputera Sarawak juga perlu memanfaatkan sepenuhnya hab halal di Tanjung Manis untuk mempertingkatkan keluaran produk dari lintah.

Beliau berkata ini untuk memastikan usahawan tidak terlalu memfokus kepada penternakan lintah semata-mata, sebaliknya mampu menghasilkan produk yang berasaskan lintah seperti kosmetik dan farmaseutikal.

Justeru itu, katanya, usahawan perlu bijak memilih spesis lintah untuk tujuan komersial dan bukan diperolehi daripada sawah atau kawasan kampung di negeri ini.

"Walaupun industri ini masih baru di negeri ini, tetapi potensinya amat besar asalkan usahawan kita berani mencuba dan bersikap positif dari semasa ke semasa.

"Malah sehingga kini, mungkin masih ramai yang jijik atau geli melihat lintah, sedangkan sebaliknya ia mempunyai banyak manfaat terutama dalam dunia perubatan," katanya.

Naroden berkata, khasiat lintah atau nama saintifiknya 'Hirudo Medicinali' mula dikesan oleh pakar perubatan dari Jerman. Kajiannya menunjukkan ia boleh menlancarkan sistem peredaran darah manusia.

Sumber: Berita Harian

Tambunan mampu jadi pengeluar halia terbesar negara: Pairin

TAMBUNAN: Pengeluaran halia di daerah ini sudah menembusi pasaran peringkat kebangsaan apabila berupaya mampu memenuhi kira-kira 30 peratus permintaan keseluruhan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan, berkata sebahagian besar kawasan di Tambunan dan di seluruh negeri berpotensi besar serta sesuai dijadikan kawasan penanaman halia secara komersial.

Katanya, ia terbukti apabila program penanaman halia di beberapa kampung di daerah itu mula mengeluarkan hasil dan sedia dipasarkan.

"Kerajaan sentiasa menggalakkan penduduk mengusahakan tanaman halia kerana kesesuaian tanah di seluruh daerah wajar dimanfaatkan.

"Ini ditambah dengan keadaan tanaman itu yang mengambil masa singkat untuk mengeluarkan hasil,” katanya selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat mukim dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Angor dan lebih 2,000 masyarakat pelbagai kaum.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, potensi sektor pertanian di Tambunan boleh diperluaskan merangkumi padi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Rakyat harus berusaha mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menceburi bidang pertanian, ternakan dan pelancongan ke arah memantapkan taraf hidup," katanya.

Beliau turut menasihatkan petani di daerah itu supaya menanam padi dua kali setahun kerana kapasiti semasa pengeluaran beras Tambunan hanya menyumbang enam peratus daripada keperluan beras di Sabah.

Kawasan sawah yang luas wajar digunakan untuk tujuan penanaman padi secara komersial dan kerajaan sedia membantu menerusi Jabatan Pertanian.

"Saya yakin jika petani menyahut seruan kerajaan untuk menanam padi dua kali setahun, jumlah pengeluaran beras kita mampu mencapai 12 peratus daripada keperluan.

"Langkah ini juga akan meningkatkan pendapatan petani, sekali gus membantu kerajaan mengurangkan import beras," katanya.

Sumber: Berita Harian

Legenda Inca

Oleh Ahmad Naim Tahir
naim@bharian.com.my

Pusat Sejarah Lima diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

FIKIRAN anda mungkin berserabut memikirkan cara terbaik untuk melancong ke Peru, negara ketiga terbesar di Amerika Selatan yang struktur geografinya diselaputi Banjaran Andes dan Lembangan Amazon.

Sesetengah pelancong mungkin berasa sukar mengembara ke negara yang tersenarai antara 20 terbesar di dunia itu tetapi dengan perancangan perjalanan yang teliti, kegusaran itu pasti dapat diatasi.

Mengikut sejarah, Peru yang mempunyai keluasan lebih 1.28 juta kilometer persegi, dinamakan sempena seorang pemimpin bernama Biru yang tinggal di Teluk San Miguel, Panama pada awal kurun ke-19.

Ketika penjelajah Sepanyol, Francisco Pizarro menemui tanah itu pada 1522, ia kemudian dinamakan secara rasmi sebagai Peru oleh Raja Sepanyol selepas peristiwa Penyerahan Toledo.

Peru menjadi tempat pertembungan kepelbagaian bangsa dan budaya dengan penduduk aslinya disertai orang Sepanyol lebih 500 tahun lalu, disusuli kedatangan penghijrah dari Afrika, Asia dan Eropah.

Kota purba Machu Picchu menempatkan arkeologi amat berharga.

Walaupun bahasa Sepanyol dituturkan secara umum, Peru mempunyai pelbagai bahasa lain seperti Quecha, tinggalan daripada Empayar Inca dan masih digunakan bersama dialek daerah di sebahagian besar negara itu.

Lima, ibu negara dan satu-satunya pusat keluar masuk antarabangsa ke Peru melalui jalan udara, adalah destinasi wajib dikunjungi jika anda berpeluang ke negara yang amat kaya dengan seni budaya dan warisan itu.

Sesuai dengan statusnya sebagai bandar raya terbesar, Lima adalah pusat pentadbiran kerajaan, kebudayaan, komersial dan ekonomi bagi negara itu.

Ia terletak di lembah Sungai Chillón, Rimac dan Lurin, di pesisir pantai yang menghadap Teluk Lima dan Lautan Pasifik iaitu tempat di mana pelabuhan bandar raya itu dibina dan diberi nama Callao.

Kota metropolis, Lima menghadap Lautan Pasifik.
Lima diasaskan oleh Pizarro pada 18 Januari 1535 sebagai Bandar Raja-Raja, bandar terpenting dalam Pentadbiran Sepanyol Peru.

Ketika itu, peranannya adalah sebagai pusat pentadbiran kepada kebanyakan tanah jajahan Sepanyol di Amerika Selatan, iaitu antara pertengahan 1500-an sehingga awal 1800-an.

Lebih daripada tiga abad, Lima ialah metropolis terbesar di Amerika Selatan dan sekarang lebih satu pertiga daripada populasi Peru yang berjumlah keseluruhan kira-kira 30 juta tinggal di bandar raya berkenaan.

Untuk menjelajah bandar raya ini, sekurang-kurangnya dua hari diperlukan bagi melawat pelbagai tarikan, terutama muzium, restoran, pusat jualan kraf, hasil seni serta deretan bangunan klasik dari zaman kolonial.

Tarikan lain di bandar ini ialah Pusat Sejarahnya yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Lokasi itu menempatkan tinggalan sejarah yang hebat, antaranya gereja besar, dataran utama, Istana Presiden dan Gereja San Francisco bersama biaranya, muzium kesenian dan agama serta tanah perkuburan bawah tanah.

Menjelang senja atau malam, singgahlah di San Isidro dan Miraflores untuk menikmati pemandangan menarik Lautan Pasifik.

Apabila berbicara mengenai Peru, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah kekayaan negara itu dengan seni dan budaya berusia ribuan tahun serta legenda Empayar Incanya.

Jika gemarkan keindahan alam semula jadi, Parque de Las Layendas harus disenaraikan sebagai destinasi lawatan selain mengunjungi Zoo Huachipa dan Pantanos de Villa.

Anda pasti kagum menyaksikan tinggalan arkeologi dari zaman pra-Inca dan tamadun Inca, selain tinggalan silam lain yang dipamerkan di Muzium Negara, Muzium Arkeologi, Antropologi dan Sejarah serta Muzium Larco Herrera.

Jika berkesempatan, kunjungi juga lembah Callejon de Huayles yang terletak kira-kira 400 kilometer di tenggara Lima - di tengah banjaran Cordillera Blanca dan Cordillera Negra - yang terkenal kerana puncaknya yang bersalji serta tertinggi di Andes.

Kembara di sepanjang selatan Peru pula membawa anda ke rangkaian destinasi Chincha-Paracas-Ica-Nazca yang menawarkan keindahan lautan, pantai, sejarah dan tradisi bersama landskap amat menarik.

Chincha terkenal dengan kebudayaan Afro-Peru, Paracas dengan keindahan teluk dan biodiversitinya serta menjadi habitat pelbagai jenis burung termasuk penguin, manakala Ica pula menampilkan keindahan Tasik Huacachina.

Antara tarikan utama di Peru ialah Machu Picchu, kawasan arkeologi yang ditemui pada awal 1900-an dan diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco pada 1983, menempatkan keunikan arkeologi tinggalan penduduk asal Peru.

Tarikan lain ialah di Puno yang mana pelancong berpeluang menaiki bot mengelilingi Tasik Titicaca untuk menikmati panorama alam semula jadi, flora dan fauna serta lebih istimewa melihat penduduk aslinya bersama kehidupan tradisi mereka.

Banyak lagi tempat serta produk pelancongan menarik menunggu di Peru seperti di Lembah Chanchamayo yang terkenal dengan keindahan bunga-bungaan dan air terjunnya, tinggalan kolonial di Concepcion serta Taman Negara Manu.

Kunjungan tidak akan lengkap jika tidak melawat Iquiotos kerana daerah yang terletak di tengah Lembangan Amazon itu adalah pintu utama di Peru untuk menyusuri Sungai Amazon, sungai terbesar di dunia.

Sumber: Berita Harian

Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Jun 2009




26 Mei 2009, Selasa - Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Jun 2009, Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK) dan IKM di seluruh negara sedang dijalankan. Untuk IKMKK peperiksaan ini diawalkan yang bermula pada 23 Mei 2009 (Sabtu) sehingga 12 Jun 2009. Bagi subjek di Jabatan Pengajian Am bermula pada 23 Mei sehingga 29 Mei 2009. Kepada pelajar-pelajar IKMKK selamat menjawab dengan jayanya......

16 Mei 2009

Tema Hari Guru 2009, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sistem pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

*************************************************

Teks Ucapan Sempena Hari Guru 2009

Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Perayaan Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa

Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa


Makna di sebalik awalan nama:

A - Menggambarkan seseorang itu bijak

B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mneutamakan material

C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan

D - Kamu seorang yang gugup

E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain

F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain

G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup

H - Mengutamakan keceria dan kagembiraan dalam hidup

I - Setiasa perlukan perhatian orang lain

J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi

K- Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam

L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina

M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik

N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan
cita-cita

O - Suka menyendiri

Q - tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri

R - Kamu seorang yang kuat bekerja

S - berpendirian kukuh dan bersemagat

T - Romantis orangnya

U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan
kamu

V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap

W - Agak lambt bertindak tapi tetap akan lakukannya

X - Sabar teliti dan tekun

Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain

Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

10 Teknik menambah daya ingatan

1. Pemecahan Kepada Kumpulan (Chunking)
- Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpul menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu
- Purata chunk yang mampu diterima mental ialah 7 dan paling banyak, 9
- Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati disamping mengurangkan kebosanan

2. Gabungan Huruf Pertama
- Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna
- Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya

3. Daya Imaginasi
- Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan w atak-watak dibayangkan dalam fikiran. Ianya diberi gambaran supaya lebih jelas.
- "Visual is more powerful than verbal" Daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi ga mbaran melalui daya imaginasi kerana ia lebih jelas serta kekal kalau diban dingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.

4. Mempunyai Makna
- Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama
- Maklumat yang ingin dingati boleh dihubungkaitkan supaya dibentuk dalam satu ayat
- Sekiranya maklumat yang ingin diingati adalah terlalu panjang, hubungkait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.

5. Membuat Peta Minda
- Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang.
- Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian penghujungnya.
- Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar.
- Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan berkaitan.
- Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.
- Gunakan warna yang terang.
- Peta minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Cara Lokasi
- Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semulajadi.
- Lokasi yang mudah digambarkan.
- Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan se mata-mata.

7. Penggunaan Kata Kunci
- Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna.
- Beri gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba terjemahkan.

8. Penggunaan Gambarajah
- Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitannya dengan kuantiti.
- Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai d igunakan untuk mengingati maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah -langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.
- Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang menjadi pendek, jelas serta menarik.

9. Penggunaan Penanda Wacana
- Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungannya.
- Penanda wacana lebih berkesan sekiranya seringkali digunakan.

10. Penggunaan Soalan
- Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.
- Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, pengulangkajian dan pembelajaran dilaksanakan.

Dengan tips yang diberikan ini,pelajar dapat praktikkan dan amalkan. Terutamanya da nak dekat final exam semester ini.....

15 Mei 2009

Jamuan Bersempena Selamat Hari Guru 2009

Suasana Jamuan











Menu Hari Guru



Selamat Hari Guru 2009

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.

Selamat hari guru


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

**********

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
1988

**********

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
1985

13 Mei 2009

Keistimewaan tanaman tebu


PENANAM tebu boleh menarik nafas lega dengan adanya kemudahan di Batu Pahat, Johor.

RAMAI petani masa kini, tidak berminat untuk menanam tebu dan beralih kepada tanaman lain yang dianggap lebih menguntungkan.

Tanpa mereka sedari sebenarnya tebu lebih mudah untuk ditanam dan boleh mendatangkan hasil lumayan yang berterusan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Ini terbukti dengan peningkatan jumlah eksport tebu ke Singapura yang meningkat pada setiap tahun.

Bermula tahun 2004 dengan nilai eksport RM3.04 juta, ia berkembang hingga mencecah angka RM5.8 juta pada tahun 2007. Untuk tiga bulan pertama tahun tahun lalu sahaja, nilai eksport tebu ke negara jiran itu telah mencecah RM1.5 juta.

Justeru, bagi memastikan pembangunan industri tebu terus berkembang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membina Kompleks Pengumpulan Ladang bagi komoditi tebu di Batu Pahat, Johor.

Ia dibina di Lot 3421, Jalan Persekutuan Muar - Batu Pahat, Mukim 1 Lubok, Semerah Batu Pahat dengan kos RM4.5 juta dan telah beroperasi sejak awal tahun ini yang mana Purecane Manufacturing Sdn. Bhd. bertindak sebagai pengeksport.

Kompleks pertama

Ia merupakan kompleks pertama seumpamanya di negara ini bertujuan menyediakan kemudahan, peluang dan tempat rujukan kepada penanam-penanam tebu dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Ia menguruskan pengendalian tebu segar untuk tujuan eksport atau pasaran tempatan, pemprosesan tebu segar, pembungkusan dan penggredan.

Secara tidak langsung, kehadiran kompleks itu memberi impak positif kepada pengeksport, pemborong dan petani-petani di negeri-negeri terbabit serta mampu meningkatkan lagi hasil pengeluaran tebu negara.

Penubuhan kompleks itu juga bermatlamat untuk menggalakkan program pakatan pintar dan kerjasama antara sektor swasta dengan agensi kerajaan khususnya FAMA bagi membangunkan lagi industri tebu tempatan.

Selain itu, kompleks yang terletak di kawasan seluas 0.8 hektar itu juga bertujuan untuk menerapkan teknologi moden dan kendalian lepas tuai tebu segar selaras dengan keperluan semasa .

Ia juga memudahkan pihak berkuasa memberi pengiktirafan sijil Euregap, piawaian AVA Singapura dan lain-lain pengiktirafan.

Kompleks berkenaan dijangka dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha menjadikan pertanian sebagai pendapatan negara dan menjadi pemangkin kepada individu terbabit agar lebih maju dan aktif.

Penubuhan kompleks berkenaan juga dapat meringankan beban pengeksport yang tidak berupaya menyediakan tempat pemprosesan mengikut tahap piawaian bagi tujuan pengeksportan yang mana Singapura adalah pasaran tradisi tebu Malaysia.

Pembinaan kompleks tersebut juga mampu meningkatkan pengetahuan di kalangan orang ramai terutama petani, pengeksport, pengusaha industri, untuk menjadikan pusat ini sebagai rujukan yang khusus mengenai tebu.

Pegawai FAMA Batu Pahat, Abd. Rahman Mohd. Nor berkata, FAMA telah memperkenalkan konsep ladang kontrak untuk tebu ini buat julung kalinya dengan melibatkan kira-kira 60 petani dari Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman Ladang Kontrak Tebu antara FAMA, petani dan pengeksport tebu Purecane Manufacturing Sdn. Bhd. telah diadakan tahun lalu.

Kompleks itu, katanya, membolehkan FAMA mendapat bekalan berkualiti secara berterusan untuk pembekalan kepada pelanggan, manakala petani mendapat jaminan pasaran sementara pengguna mendapat produk berkualiti.

Sekali gus, katanya, FAMA dan pengeluar bersetuju mampu mengeluarkan produk pada kualiti, kuantiti, jenis, pembungkusan, gred dan masa yang dipersetujui bersama mengikut peraturan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

Tambahnya di daerah Muar kawasan tanaman tebu adalah 173 hektar ,manakala di daerah Batu Pahat ialah 22.6 hektar. Ia terletak antara lima hingga 18 kilometer dari pusat pengumpulan tebu dan terdapat tujuh pengeksport tebu ke Singapura bagi daerah Muar dan Batu Pahat.

Pengurus Purecane Manufacturing Sdn. Bhd., Yumi Chee berkata, setiap hari sebanyak 10 tan tebu diperlukan untuk dieksport ke Singapura dan ia akan bertambah pada hari cuti umum atau perayaan iaitu peningkatan hingga 20 tan sehari.

Menurut Yumi, pihaknya juga sedang berusaha untuk memasuki pasaran Asia Barat dan perbincangan mengenainya telah pun diadakan.

Bagaimanapun, katanya, 30 tan tebu diperlukan setiap hari untuk di eksport ke Asia Barat tetapi bekalan tebu pada masa ini tidak mencukupi memandangkan para petani kurang berminat untuk menanam tebu.

Buat masa ini katanya, bekalan yang ada hanya cukup untuk di eksport ke Singapura dan yakin hasrat untuk eksport ke Asia Barat akan berjaya sekiranya para petani dapat membantu dengan menanam tebu secara komersial.

Menurut Abd. Rahman, FAMA sentiasa memberi ruang dan peluang kepada petani untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai penanaman tebu melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh agensi itu.

Setakat ini katanya, beberapa kursus mengenai tebu telah dibuat dan sambutan amat menggalakkan, tetapi kebanyakannya daripada golongan petani yang telah berusia. Untuk itu FAMA kini sedang berusaha untuk menarik golongan belia menyertai pertanian secara aktif.

Tambahnya lagi modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara komersial ialah RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin menyeru agar para petani di sekitar DUN Semerah mengambil peluang yang ada dengan menanam tebu kerana pusat pengumpulan tebu yang di bina di Semerah ini merupakan yang pertama di Malaysia dan bekalan sentiasa diperlukan setiap hari.

Ariss yang melawat pusat pengumpulan tebu itu bersama para pegawai FAMA baru-baru ini melahirkan rasa teruja dengan adanya pusat pengumpulan tebu itu yang pastinya dapat menaikkan nama Batu Pahat.

Sumber: Utusan Malaysia

Fertigasi bawa keuntungan


Sebahagian daripada kebun Harun Ismail yang menggunakan teknik fertigasi.

Hari ini sektor penanaman menjadi semakin penting kerana ia menjadi penyumbang kepada bekalan makanan. Oleh itu, sektor tanaman seperti sayur-sayuran perlu diberi wajah baru dengan suntikan teknologi untuk meningkatkan hasil, lebih selamat dan meminimumkan penggunaan tenaga buruh,.

Satu daripda teknologi terbaru yang dibawa masuk ke negara ini ialah fertigasi yang ramai makin mengetahuinya sebagai gabungan sistem pengairan dan pembajaan secara serentak tanpa menggunakan tanah.

Fertigasi diperkenalkan dari negara Jepun dan kini semakin popular di Malaysia, menggunakan struktur pelindung dan digunakan di kebanyakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Selain dilaksanakan oleh usahawan atau syarikat, individu juga semakin tertarik untuk memanfaatkan sistem atau teknologi ini untuk pelbagai jenis tanaman sayuran buah seperti timun, cili dan rock melon.

Salah seorang pengusaha yang tidak mahu ketinggalan mencuba sistem tersebut ialah Harun Ismail. Selepas melihat salah seorang rakannya berjaya menanam cili menggunakan kaedah fertigasi, Harun Ismail, 52, mula menunjukkan minat berjinak-jinak dengan teknologi berkenaan.

Kata orang menyaksikan sendiri sesuatu projek berjaya memudahkan kita mempercayainya, yang membawa Harun berjinak-jinak dengan sistem tersebut.

Atas nasihat kawannya, Harun mula mencari dan mengumpulkan bahan-bahan mentah untuk menghasilkan media bagi tanaman cilinya.

"Di sini bahan mentah untuk media tanaman mudah didapati seperti sabut kelapa dan sekam padi," katanya semasa ditemui di kebun cilinya di Jalan Ibrahim, Sungai Air Tawar, Sungai Besar, Selangor.

Mengambil masa dua bulan beliau mendalami ilmu teknologi tanaman cili secara fertigasi daripada sahabatnya sebelum memulakan usahanya sendiri.

"Kawan saya banyak memberikan galakan dan menjadi mentor selama saya menjalankan tanaman fertigasi," katanya yang mendapatkan bekalan benih di pekan Sungai Besar.

Menyangkal pendapat sesetengah golongan yang mendakwa kos menjalankan tanaman fertigasi adalah tinggi, kata Harun, kosnya tidaklah tinggi jika kita tahu di mana mendapatkan bahan mentah untuk media.

Bagi menambahkan sumber pendapatan seharian, selain mengusahakan tanaman fertigasi, Harun juga menjalankan usaha menjual polibeg media tanaman bagi pengusaha yang baru memulakan aktiviti fertigasi.

Walaupun baru dua bulan bergiat cergas dalam aktiviti fertigasi, Harun sudah boleh mengeluarkan 1,000 polibeg lengkap sebulan.

"Buat masa ini permintaan bagi polibeg media tanaman fertigasi amat menggalakkan daripada pengusaha yang baru memulakan aktiviti pertanian," katanya.

Kini kawasannya seluas 150 kaki x 120 kaki menempatkan 1,000 buah polibeg dan dijangka mengeluarkan hasil dalam masa sebulan lagi.

"Tanaman cili secara fertigasi lebih mudah kerana saya masih boleh menguruskan kebun pisang dan menjalankan kerja lain," katanya.

Melihat kepada teknik fertigasi yang mudah diselenggarakan, Harun bercadang untuk membesarkan lagi keluasan kebun cilinya.

Sumber: Utusan Malaysia

Kecil tapi kukuh



MEMAHAMI keperluan golongan profesional, pengeluar produk teknologi, HP memperkenalkan portfolio baru untuk komputer HP Mini dengan tawaran pengalaman pengkomputeran terbaik menerusi saiznya yang kecil dan mudah alih.

Dengan mengetengahkan ciri-ciri menarik, HP Mini 2140 disempurnakan dengan bingkai aluminium yang berkilat, kukuh serta ringan iaitu hanya 1.19 kilogram (kg).

Komputer riba itu turut didatangkan dengan skrin LED diagonal HP Illumi-Lite tahan calar yang bersaiz 10.1 inci selain mempunyai papan kekunci QWERTY mesra pengguna serta pilihan cakera keras berkapasiti tinggi 80 gigabit (GB).

Selain kelebihan dari segi kekukuhan dan rekaannya, produk pengkomputeran terbaru ini turut diintegrasikan bersama fungsi inovatif untuk kegunaan di mana-mana sahaja.

HP Mini 2140 digerakkan secara produktif oleh pemproses Intel Atom yang mempunyai kelebihan untuk fungsi penyejuk, menjimatkan tenaga serta memperbaiki jangka hayat bateri.

Rekaan sofistikatednya juga membenarkan pengguna melayari Internet menerusi teknologi wayarles seperti Wi-Fi dan WLAN serta sambungan Bluetooth 2.0.

Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan kamera web VGA binaan dalam untuk kemudahan aktiviti merakam imej, persidangan video dan juga mesej pantas melalui video.

Aksesori yang ditampilkan bersama model berkenaan pula adalah termasuk stesen pelabuh USB, pembesar suara audio USB mudah alih dan pemacu cakera optik untuk menulis dan membaca dalam format cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD).

HP Mini 2140 kini boleh diperolehi dengan tawaran harga RM1,699 untuk sistem operasi Windows XP Home dan RM2,299 untuk Windows XP Professional.

Sumber: Utusan Malaysia

Bahaya bekas plastik biasa


bijak memilih bekas plastik yang ingin digunakan, bakal memberi keuntungan kepada kesihatan.

WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.

Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.

Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.

Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.

Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.

Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.

Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.

"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.

"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.

"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.

"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.

"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.

"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.

"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.

"Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,'' katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.

Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.

"Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

07 Mei 2009

8 Nilai 1Malaysia – Bahagian 8: Integriti

Wednesday, 06 May 2009

Beberapa bulan kebelakangan sejak saya memulakan tugas, saya telah memperkenalkan melalui blog saya satu set nilai yang saya yakini amat penting dalam membentuk diri kita untuk menjadi rakyat Malaysia yang mengagumkan bersesuaian dengan wawasan 1Malaysia. Integriti melengkapkan set lapan nilai ini dan adalah alat utama untuk memastikan prinsip didukung dan janji ditepati. Hanya setelah kita berupaya memenuhi janji dan menjadi lebih telus serta terbuka dengan orang lain, maka akan terbinalah satu asas kepercayaan yang kukuh.

Saya percaya bahawa kesemua 8 Nilai 1Malaysia – Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti – paling penting kepada usaha bersama kita untuk menambah nilai kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Tiada mana-mana satu Nilai yang boleh dipenuhi dengan meninggalkan yang lainnya untuk membentuk 1Malaysia yang sebenar-benarnya. Sungguhpun kesemua Nilai ini telah lama dididik dalam budaya kita, penerapan Nilai-nilai ini mesti diperbaharui. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar menanam dan memupuk semua Nilai-nilai ini dalam amalan dan tindakan harian kita bukan sahaja di kalangan rakan dan taulan serta keluarga, malah juga di tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Integriti, sila tonton video di sini, atau membaca transkrip di bawah.

INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Bercakap benar kepada mereka. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini…kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini. Saya rasa rakyat akan menghargai tindakan tersebut. Walaupun anda berada di dalam kerajaan, anda hanyalah manusia dan manusia melakukan kesilapan. Kuncinya ialah bukannya anda akan melakukan kesilapan, tetapi bagaimana anda bangkit daripada kesilapan tersebut. Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.

Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Percaya bahawa rakyat adalah bijak, akan menghargai kejujuran, kebenaran dan bertemu dan berkomunikasilah dengan rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda berjanjikan sesuatu, anda mesti berpegang pada janji dan menunaikannya.

Sumber: http://www.1malaysia.com.my

04 Mei 2009

100% sentiasa berfikiran positif........

Dari apa yang saya lalui, kini saya simpulkan jika kita berjaya kekalkan sikap ‘feel good’, attitude positif dan emosi gembira sepanjang masa, apa yang kita nakkan cepat terlaksana. Ia bukan macam magik (apa yang kita nakkan muncul serta merta) cuma proses perealisasian matlamat jadi lebih pantas daripada biasa.

Gelombang emosi kita punya getaran tersendiri.

Getaran positif akan menarik situasi positif. Begitu juga dengan getaran negatif. Bila fikiran kita asyik menerbitkan getararan negatif, maka ia akan menarik situasi-situasi negatif.

Sebab itulah perlunya kita 100% sentiasa berfikiran positif, bertindak positif dan berkata yang positif-positif saja sepanjang masa, seboleh mungkin, selama mungkin supaya segala apa yang muncul dalam hidup kita yang positif saja.

Jika kita berfikiran negatif walaupun sedikit, gelombang fikiran negatif yang sedikit saja tu akan memadam banyak gelombang positif yang dah kita cuba kekalkan sepanjang hari. Punyalah payah kita nak jaga, pastu senang-senang saja nak hilang. Mesti kita tak nak camtu kan…

Thats why kita perlu elakkan dari perkara-perkara yang boleh membuat kita berfikiran negatif walaupun sedikit atau terperangkap masuk ke fikiran negatif cuma sesaat. Anda perlu sedar. Walaupun sikit, fikiran negatif tetap memberi kesan yang besar!

Ingat. Hanya akan ada SATU jenis gelombang saja di minda kita pada satu-satu masa.

Hanya akan ada SATU emosi saja di fikiran kita pada satu-satu masa. Ia berubah-ubah sama ada positif atau negatif, bergantung pada keinginan kita.

Jadi, biar yang satu tu kita letak semuanya yang positif saja.

Jika kita tekad nak kawal fikiran kita supaya sentiasa jadi positif, maka positiflah ia. Nak mengawal fikiran positif sepanjang hari memerlukan kekuatan jatidiri, kemahiran mengawal emosi dan tekad yang kuat sebab di sekeliling kita banyak terdapat gelombang-gelombang negatif.

Nak jadi titik putih di atas kertas kertas hitam amat mencabar, namun ia akan berjaya dilakukan jika Anda ada 3 syarat yang saya katakan tadi, iaitu kekuatan jatidiri (kuat semangat), mahir mengawal emosi dan punya tekad yang amat kuat.

Akhir kata, berusahalah untuk menjadikan diri Anda ceria, tenang dan jika boleh, gembira sepanjang masa. Lupakan apa saja yang negatif, yang buruk-buruk dan yang menyakitkan hati.

Lupakan saja, elak untuk mengingat, memikirkannya atau bercakap tentangnya walaupun sedikit. Anda perlu elak sebab ia akan mengheret Anda masuk ke lembah kemurungan, permasalahan berat, kurang keyakinan diri.

Orang yang happy, yang tenang, hidupnya bahagia saja.

Dia mudah mendapat hasil yang cukup baik dalam apa jua yang diusahakan olehnya.

Gelombang emosi positif yang keluar dari mindanya menarik situasi-situasi positif muncul dalam hidupnya tanpa dia sendiri sedari. Yang dia tahu, be happy, be positive all the way.

Sikap menjaga emosi “feel good” sepanjang hari adalah salah satu teknik untuk “work smart in hard way”. Inilah juga sebab mengapa orang-orang berjaya sentiasa bersemangat, bertenaga dan cekal hati walau berdepan berbagai dugaan hebat.

Dah nak dekat final exam ni..sentiasalah berfikiran positif!!!

Suasana Terkini IKMKK 2009...............


  • Surau dan Perpustakaan


  • Pejabat Pentadbiran dan Hadapan Pentadbiran


  • Laluan Ke Asrama dan Belakang Jabatan Pengajian Am


  • Jalan Masuk dan Jabatan Automotif


  • Dewan Makan dan Gelanggang Tenis


  • Padang serta Astaka dan Asrama Perempuan


  • Kuarters Staf dan Asrama Lelaki

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu