E-Mail: lippikmkk@gmail.com

11 November 2009

Pertandingan Keceriaan Pejabat Dan Bengkel IKMKK Tahun 2009

10 November 2009 (Selasa): Wakil dari Jabatan Pengajian Am En. Abd Rahim Shah Bin Saruddin dan En. Mohd Hizzol Bin Mohd Yusof dari Pentadbiran telah mengadakan pemantauan untuk penilaian pertandingan tersebut. Pemantauan ini sepatutnya dilakukan pada 12 November 2009 (Khamis) akan tetapi atas sebab-sebab tertentu diawalkan. Walau bagaimanapun untuk penilai yang lainnya akan dilaksanakan mengikut Jadual Penilai (Pemantauan) yang telah ditetapkan dalam mesyuarat sebelum ini. Di antara pejabat dan bengkel yang telah dinilai ialah pejabat STPP dan MARAPET (MARA-Petronas) manakala bengkel terdiri daripada bengkel STPP dan STEK.

Semasa membuat pemantauan untuk penilaian Pertandingan Keceriaan Pejabat dan Bengkel IKMKK Tahun 2009, kami berkesempatan mengambil beberapa gambar untuk tatapan bakal-bakal pelajar IKMKK bagi sesi Januari - Jun 2010. Kepada pelajar yang dah keluar atau tamat kemahiran di sini mungkin akan mengingatkan anda semasa menuntut di sini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu