E-Mail: lippikmkk@gmail.com

21 Februari 2009

Kepentingan Jaringan Kepada Usahawan

a. Membina keyakinan.
Jaringan yang baik dapat membantu usahawan memperolehi maklumat sebelum membuat sebarang pelaburan. Ia memberi keyakinan dan dapat mengurangkan risiko kerugian, persaingan serta produk yang tidak dapat menembusi pasaran.

b. Mengurangkan birokrasi.
Birokrasi kadang-kadang melambatkan proses atau sesuatu urusan. Jaringan boleh membantu dalam perkara-perkara seperti berikut:
- Mempercepatkan proses permohonan
- Menjimatkan masa, kewangan dan sumber-sumber lain.
- Menghalang
usahawan daripada mengulangi kesilapan.

c. Menambah maklumat.
Banyak maklumat boleh diperolehi dari dalam linkungan jaringan itu sendiri seperti siapa yang diperlukan untuk memajukan perniagaan.

d. Membentuk kepercayaan
Jaringan membantu membentuk kepercayaan kerana banyak maklumat dapat disalurkan. Dengannya seseorang atau sesebuah organisasi akan bersedia memberi keutamaan keatas satu-satu produk dan memberikan motivasi kepada usahawan untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan usahawan melalui mulut ke mulut.

e. Mewujudkan situasi pergantungan.
Kita sebenarnya hidup saling bergantung antara satu sama lain. Jaringan perlu untuk mengujudkan situasi ini terutamanya dalam perniagaan.

f. Sumber kreativiti
Melalui jaringan banyak idea baru dapat diperolehi bagi mencipta produk atau perkhidmatan baru . Ia juga membantu memberi idea yang lebih kreatif dalam mengeluarkan dan memasarkan barangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu