
Penerangan Kursus:
Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Perusahaan cendawan menggunakan kawasan yang kecil tetapi memerlukan keadaan yang sesuai. Pemeliharaan cendawan dianggap mudah tetapi perlukan pengetahuan teknikal yang baik. Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada usahawan.
Cendawan Tiram adalah salah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah. Ia digemari pengguna dan diterima luas di pasaran. Secara amnya cendawan belum dikenali secara meluas oleh usahawan. Walaupun perusahaan cendawan tidak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal usahawan amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.
Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari. Para peserta kursus didedahkan dengan cara-cara penyediaan benih, pemeliharaan, penjagaan dalam rumah cendawan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, pemasaran dan nilai ekonominya. Untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta kursus, satu lawatan sambil praktikal telah diadakan pada hari kedua di mana peserta kursus akan dapat mencuba dan melihat dengan sendiri cara-cara penyediaan bibit cendawan dan pemeliharaan di dalam pondok cendawan bertempat di Borneo Mushroom, Kundasang. Tetapi atas sebab-sebab teknikal pihak penganjur telah mengubah destinasi lawatan ke Pusat Pengumpulan Cendawan Shitake KPD di Moyog.
Kursus Usahawan Tani Cendawan ini bertujuan untuk mewujudkan peluang perniagaan, membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar dan secara tidak langsung merebut peluang yang disediakan dalam Koridor Pembangunan Sabah (Sabah Development Corridor) yang mana salah satunya menitik beratkan sektor pertanian. Sebagai sebuah agensi MECD melalui program MPPB, IKM di bawah agensi MARA dengan kerjasama Korporasi Pembangunan Desa (KPD) akan mengadakan kursus ini untuk memenuhi aspirasi kerajaan dalam mewujudkan usahawan bumiputera yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
bila lagi mau buat kursus cendawan ni...
BalasPadamkami akan memberikan maklumat berkaitan kursus tersbut sekiranya kursus ini dianjurkan lagi.
BalasPadam