E-Mail: lippikmkk@gmail.com

10 Mac 2009

Balik Labuan

Balik Labuan selepas lama tak balik, rindu udah ngan keluarga di sana. Kebiasaannya sebulan sekali atau kadang 2 bulan 3 kali balik Labuan. Emh di sini yang murah coklat, minyak wangi (murah sikit dari KK), rokok (Tak Nak Merokok!), kereta dan minuman keras (arak). Batik pun murah kalau mau beli 10 helai ja untuk sorang bawa keluar..... tanya ja orang yang jual di kedai tu kalau mau tahu amaun yang boleh di bawa keluar.........

Gambar yang saya sertakan ini untuk perjalanan semasa di Menumbok.........

Jadual tambahan pelayaran ke Labuan.

Kaunter pembayaran untuk cukai
Jabatan Laut Sabah, sebanyak RM14.00.

Feri yang baru sampai di Menumbok dari Labuan.
Ikut jadual dari Labuan jam 7.30 pagi dan 1.30 petang.
Manakala dari Menumbok jam 10.30 pagi dan 4.30 petang.


Barisan orang ramai yang menunggu
feri Wawasan yang mau ke Labuan.

Orang ramai yang sedang membeli tiket penumpang atau kenderaan.
Untuk penumpang dewasa RM 5.00 dan bagi kereta macam kereta
saya RM40.00 termasuk pemandunya sekali.

Pemeriksaan Kastam

Orang ramai dari Labuan yang keluar dari feri Wawasan.

Bas Ekpres tengah menunggu penumpang dari Labuan.
Tiket bas boleh dibeli di kaunter feri Wawasan
atau 'first come first serve'.


Pelajar saya yang mau balik Labuan.

Salah sebuah kereta yang menunggu untuk 'masuk' ke Labuan.

Tengah boarding.....

Keadaan pintu masuk ke feri.
Kenderaan yang di sebelah kiri tu tengah 'waiting list'.

Keadaan pintu masuk ke dalam feri Wawasan.

Papan notis peringatan, risiko anda
tanggung sendiri jadi jangan cuai.

3 ulasan:

  1. mcm mau pigi labuan pla...heheh

    BalasPadam
  2. k ba klu mau ke labuan

    BalasPadam
  3. apa ya yang murah dilabuan???
    tempat2 menariknya??

    BalasPadam

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu