Sehinggalah tahun 2002, pasaraya Mydin menerima produk ini dan menjualnya kepada pengguna. Kini semua pasaraya seperti Giant, Jusco, Tesco, Carrefour , Makro dan beberapa lagi pasaraya telah menjual produk keluaran Muslim Best. Dengan mendapat sokongan daripada MARA, FAMA serta MECD, produk Muslim Best telah berjaya dieksport ke Ireland, China, United Kingdom, Brunei, Singapura dan Indonesia. Bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan, pengurusan pemprosesan bermula dari bahan mentah sebelum ia diproses di kilang.
Dengan geran yang diberikan oleh SMIDEC, mereka berjaya menambahkan hasil produk minuman dan kerepek ubi kayu dalam pelbagai perisa. Kini terdapat lebih daripada sepuluh vendor yang dilantik oleh Muslim Best food Industries Sdn. Bhd. dan masing-masing perlu memastikan setiap perincian proses pengeluaran produk mengikut specifikasi yang telah ditetapkan.
Kerjasama dengan MARDI banyak membantu meningkatkan keupayaan pengeluaran produk Muslim Best. Syarikat ini juga telah mempelbagaikan sos cili dan mempromosikan produk yang berkhasiat kepada penggunanya. Hasil pengeluaran produk makanan yang menggunakan ramuan buah-buahan tempatan, syarikat ini secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan para petani dan juga ekonomi negara melalui hasil tanaman.
Sumber: Majalah Usahawan Bilangan 53 (Tahun 9) PP10603/12/2008 (020258) m/s 11-12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan