E-Mail: lippikmkk@gmail.com

25 Jun 2009

Isteri, ibu dan pekerja

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


Wanita bekerjaya perlu pandai menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga.

LUANGKAN masa bersama anak-anak agar mereka tidak berasa dipinggirkan. - Gambar hiasan


WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya.

Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML).

Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa.

Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian.

"Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya.

Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami.

"Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan.

Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak. Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami.

"Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah.

"Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang.

"Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga.

"Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya.

Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah.

"Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya.

Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah.

"Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa.

"Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja.

"Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar.

Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak?

"Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja.

"Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.

Sumber: Kosmo


Angkasawan rakam gunung meletus

ANGKASAWAN di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)
merakamkan gambar gunung berapi Sarychev Peak.


STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS) - Beberapa angkasawan di ISS merakamkan detik gunung berapi paling aktif di dunia, Sarychev Peak meletus dan menghambur asap debu ke udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Gunung berapi yang terletak di Kepulauan Kurain dekat Jepun itu meletus pada 12 Jun lepas dan membentuk asap debu seperti cendawan.

Asap debu itu bergerak melebihi 200 kilometer sejam sebelum diikuti dengan aliran lahar.

Rakaman unik itu memberikan banyak maklumat baru berhubung proses letusan gunung berapi. - Agensi

Sumber: Kosmo


Panel bebas semak kenaikan tambang


KUALA LUMPUR – Kerajaan melantik satu panel bebas yang dianggotai oleh sekumpulan pakar akademik dari sebuah universiti tempatan bagi mengkaji semakan kadar tambang pengangkutan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, panel atau perunding bebas itu bakal menyediakan satu keputusan rasional terhadap kadar tambang yang benar-benar adil kepada pengguna dan pengusaha syarikat pengangkutan.

Beliau berkata, kadar itu akan diumumkan dalam jangka masa terdekat.

“Kalau kerajaan buat penyelidikan mengenainya, akan berat sebelah kepada pengguna dan pada masa yang sama kerajaan tidak akan dapat satu kadar yang benar-benar ambil kira kepentingan kedua-dua pihak,” katanya.

Sumber: Kosmo

Platform terbaru Google cari peta Malaysia

GOOGLE Inc (Google) melancarkan platform pencarian terbarunya, Google Maps Malaysia yang mementingkan kandungan tempatan bagi kemudahan penduduk negara ini.

Malah, organisasi enjin carian Internet itu mewujudkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan bagi membolehkannya dipindah turun ke telefon bimbit.

Ketua Pemasarannya, Derek Callow berkata, Google Maps Malaysia menawarkan inovasi bercirikan tempatan dalam arah tuju pemanduan, pencarian lokasi, perniagaan tempatan, peta dan aplikasi telefon bimbit.

"Oleh itu, kami bekerjasama dengan Maxis Communications Bhd yang menyediakan platform pencarian untuk mengesan alamat dan memandu arah dengan pindah turun melalui m.google.com.my/maps," katanya.

Dalam pada itu, Google turut membuka peluang kepada organisasi tempatan untuk bekerjasama dengan mereka yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatannya di negara ini.

Ia dinyatakan Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey yang mahu memastikan maklumat dan kandungan dalam Google Map Malaysia sentiasa diperbaharui.

"Walaupun kami belum beoperasi di negara ini, pelancaran Google Maps Malaysia mungkin satu permulaan yang baik," katanya.

Google Maps Malaysia menawarkan platform carian maklumat jalan, alamat dan perniagaan bagi memudahkan pengguna yang mahukan maklumat lebih komprehensif, cepat dan mudah.

Platform itu menyediakan kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk membolehkan rakyat tempatan dan pelancong menyumbang kandungan daripada teks kepada foto atau video, sekali gus meningkatkan kualiti peta secara online yang mampu dilayari pengguna lain.

Aplikasi Google Maps Malaysia boleh diakses melalui laman web http://maps.google.com.my dengan perkhidmatan ditawarkan secara percuma.

Sumber: Harian Metro

Janji Wali Kutub

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 15 peniaga yang terpedaya dengan satu tabung dinamakan Dana Muslim kononnya bernilai AS$84 bilion (RM294 bilion) sanggup melabur antara RM32,000 hingga RM1 juta dengan harapan mendapat pulangan lumayan jutaan ringgit.

Namun, nasib mereka ibarat peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ apabila dana yang diuar-uarkan seorang wanita dan rakan kongsi lelaki yang dikenali sebagai Wali Kutub hanya rekaannya semata-mata.

Sehingga kini, wanita terbabit yang dikenali sebagai Siti berusia 51 tahun sudah mengaut lebih RM5 juta daripada peniaga berkenaan dari seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Mangsa mengenali wanita terbabit melalui rangkaian perniagaan yang dijalankannya, termasuk menjual mutiara yang didakwa diimport dari Filipina selain produk kesihatan.

Ketika berurusan dengan peniaga berkenaan, Wali Kutub yang mendakwa kerabat diraja Jordan menawarkan pelaburan dalam Dana Muslim yang mempunyai wang berjumlah RM294 bilion dalam akaun di luar negara.

Bagaimanapun, dana itu didakwa tidak boleh dikeluarkan begitu saja kecuali membayar ‘wang kopi’ atau sogokan kepada pemimpin negara luar dan pegawai kanan kerajaan tertentu yang kononnya mempunyai kuasa berbuat demikian.

Jumlah ‘wang kopi’ yang perlu dibayar adalah tinggi kerana dana itu besar jumlahnya, tetapi boleh dibayar ansuran selama beberapa bulan.

Sebaik pembayaran sogokan itu selesai, peniaga terbabit boleh memiliki wang berkenaan yang akan diagihkan mengikut jumlah pelaburan.

Maklumat mengenai kegiatan wanita dan rakan kongsinya itu didedahkan apabila lima mangsa tampil ke pejabat Harian Metro di sini semalam dengan membawa laporan polis masing-masing.

Peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Karim, 31, berkata dia dan empat mangsa lain mula menyertai program pelaburan dana itu selepas diperkenalkan seorang rakan yang juga ahli perniagaan.

“Kami berjumpa Siti dan Wali Kutub pertengahan tahun lalu. Mereka bijak berkata-kata hingga dapat mempengaruhi kami dengan janji-janji manis.

“Mereka mendakwa Dana Muslim itu bernilai AS$84 bilion dalam satu akaun di luar negara. Sekiranya mahu mengeluarkan wang terbabit, kami diminta membuat pelaburan dengan menyogok pemimpin negara luar dan pegawai kanan kerajaan tertentu,” katanya yang mengalami kerugian hampir RM1 juta.

Bagi memudahkan pembayaran itu, kata Karim, mereka perlu memasukkan sejumlah wang secara berperingkat dalam akaun bank setiap minggu atau bulan seperti diarahkan Siti.

Mangsa membuat pelaburan itu tanpa mengira tempoh kerana didakwa semakin banyak pelaburan dibuat semakin besar jumlah wang daripada dana terbabit diperoleh.

“Semua wang dikreditkan dalam akaun milik anak perempuan Siti dan sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dilaburkan,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hakim, 40, berkata dia sudah melabur hampir RM1 juta sejak lapan bulan lalu, tetapi sehingga kini, jumlah dana yang dijanjikan masih gagal diperoleh.

Katanya, kali terakhir dia membuat pembayaran berjumlah RM90,000 pada minggu lalu.

“Jumlah itu didakwa perlu dibayar segera kononnya untuk membolehkan dana berkenaan yang sudah berada dalam akaun di negara ini boleh dikeluarkan.

“Bagaimanapun, dana yang dijanjikan belum diperoleh hingga kini. Saya dan rakan lain yang tertipu membuat laporan polis,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Virus telefon bimbit

Oleh Salmiah A Hamid

SATU ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki.

Apabila teknologi semakin berkembang, telefon bimbit membanjiri pasaran umpama cendawan yang tumbuh melata, malah ia ditampilkan dengan pelbagai bentuk, aplikasi, saiz, berat dan warna yang bersesuaian dengan kemajuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pastinya ramai yang tersenyum dengan perubahan alat telekomunikasi hari ini yang dipelopori organisasi terkemuka dalam perindustrian seperti Sony Ericsson yang bermula pada 2001 apabila mengeluarkan telefon pintarnya yang pertama melalui siri P, jenama Nokia menerusi siri N, diikuti pelbagai jenama lain lagi termasuk HTC dan yang terbaru iPhone.

Ledakan teknologi memberi kesan positif kepada masyarakat kerana perkembangan itu bertindak sebagai pemacu ke arah kemunculan teknologi telefon bimbit yang semakin memenuhi pasaran negara, namun senario berkenaan turut dikaitkan dengan kehadiran virus dan penggodam atau penceroboh komputer.

Ia wujud dengan sifatnya yang menyerang ribuan komputer menerusi penyebaran pelbagai jenis virus yang mampu mendatangkan kerosakan kepada sistem pemproses komputer.

Kini telefon pintar menjadi tarikan penggodam yang sama ada sengaja menyebarkan virus atau cuba mencuri maklumat di telefon dan mensasarkan ruang telekomunikasi untuk menyebarkan kerosakan dari satu telefon ke satu yang lain.

Virus pertama yang dikesan dikenali sebagai SymbOS Cabir dari Czech Republic dan Slovakia pada 2004.

Cabir dihantar ke syarikat perisian keselamatan Kaspersky Lab di Rusia dan dianggap sebagai 'bukti' bahawa virus boleh ditulis dan disebarkan menerusi telefon bimbit.

Ia dibina untuk telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Symbian Series 60 dan bertindak menerusi Bluetooth (dalam lingkungan 30 meter) dengan menghantar dirinya sendiri yang menyamar sebagai fail keselamatan.

Selepas penerima memasang fail terbabit, perkataan 'Caribe' akan terpamer di telefon bimbit.

Sekiranya telefon yang dijangkiti itu aktif, Cabir akan melancarkan dirinya sendiri dan mengimbas frekuensi untuk menghantar dirinya ke telefon bimbit yang lain. Proses imbasan ini yang melemahkan tenaga bateri telefon yang dijangkiti.

Selain Bluetooth, telefon bimbit turut dijangkiti menerusi inframerah, penukaran kad memori, SMS, MMS, GPRS dan pindah turun menerusi 'over-the-air-programming' (OTA) iaitu cara terbaru memindah turun perisian ke telefon bimbit.

Hampir 400 virus telefon bimbit dikesan dan dijangkakan meningkat dengan kedatangan teknologi telefon pintar.

Masyarakat hari ini berlumba-lumba ingin memiliki telefon pintar kerana dibekalkan dengan pelbagai alternatif untuk berhubung seperti WiFi, Bluetooth, port USB, CD/DVD dan slot memori kad 'flash' bagi memudahkan pemindahan data yang pelbagai.

Pengarah Teknikal Kaspersky Lab APAC, Nathan Wang, berkata pengguna harus berhati-hati jika ingin muat turun atau naik pelbagai data seperti klip video, gambar dan nada dering kerana cara penyebaran dan jangkitan virus ini adalah sama seperti melalui komputer.

"Pada 2005, virus pertama yang menyerang menerusi Mobile Messaging System (MMS) dikenali sebagai CommWarrior menerusi aplikasi Symbian Series 60. Podloso pula dikesan sebagai virus pertama yang menyerang iPod pada 2007.

"Statistik 2007 menunjukkan virus telefon bimbit berkembang pantas hingga 110,000 telefon bimbit dijangkiti virus. Manakala trojan Viver menjangkiti hampir 500 telefon bimbit dalam sehari.

"Berdasarkan penyedia perkhidmatan Vimpelcom, Kaspersky Mobile Security berjaya menghentikan hampir 1000 MMS yang dijangkiti dalam sehari," katanya.

Menurut Nathan, pengguna mempunyai banyak maklumat peribadi di dalam telefon berbanding e-mel maka tidak menghairankan jika penularan virus merebak lebih banyak di kalangan pengguna telefon bimbit berteknologi pintar yang mempunyai aplikasi terbaru menyerupai komputer peribadi.

"Pengguna telefon bimbit suka menyimpan pelbagai data penting menerusi Short Messaging System (SMS) atau MMS seperti maklumat akaun bank dan butiran peribadi kerana mudah untuk dirujuk jika terlupa.

"Ia menjadi tarikan penggodam untuk memasuki telefon pengguna seterusnya menggunakan data terbabit untuk kepentingan sendiri.

"Laporan daripada media turut mempengaruhi pemikiran pengguna yang beranggapan virus hanya menyerang komputer dan tiada penekanan mengenai kecurian data telefon bimbit.

"Berita mengenai serangan virus di telefon bimbit agak kurang diperkatakan. Justeru, ia perlu ditekankan agar pengguna sentiasa berhati-hati dengan serangan virus yang tiada kesudahan," katanya.

Atas dasar ini Kaspersky memperkenalkan Kaspersky Mobile Security 8.0 (KMS) sebagai langkah keselamatan bagi semua telefon bimbit yang bertindak melindungi ancaman virus yang mampu mencuri dan memadam maklumat, menyalin senarai nombor telefon, membeku serta memusnahkan fungsi telefon.

Program yang mesra pengguna ini menawarkan perlindungan masa nyata bagi melindungi telefon bimbit daripada semua sumber iaitu MMS, SMS, Bluetooth, kad memori flash, data sync dan Wi-Fi.

Seperti mana jangkitan di komputer, pengguna diberi pilihan untuk membiarkan, kuarantin atau membuang fail yang dijangkiti.

Kad memori dan memori dalaman akan diimbas untuk dilindungi daripada sebarang virus.

Sementara untuk menghentikan spam, pengguna perlu menentukan sumber yang diperoleh sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sekiranya pengguna pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mendapat spam, bolehlah menempatkan nombor terbabit di kalangan senarai hitam.

Menurut Nathan, selain bertindak sebagai antivirus Kaspersky merupakan satu-satunya perisian keselamatan yang turut menawarkan perlindungan antikecurian.

Sama ada telefon bimbit hilang secara tidak sengaja atau ia dicuri, pastinya pemilik telefon berhadapan dengan risiko kerana maklumatnya kini terdedah.

"Tiga pertahanan untuk antikecurian telefon membabitkan SMS Block, SMS Clean dan Subscriber Identity Module Watch (SIM Watch).

"Sekiranya telefon didapati hilang, pemilik telefon boleh menghantar SMS tersembunyi yang memberi arahan kepada telefonnya untuk menghalang data daripada diakses ataupun terus menyingkirkan data daripada memori dalaman dan kad memori," katanya.

SIM Watch berperanan dengan menghantar isyarat ke nombor telefon baru apabila pencuri menukarkan kad sim asal dengan yang baru di telefon bimbit yang dicuri. Secara automatik, telefon terbabit akan menghantar nombor telefon baru kepada pemiliknya tanpa pengetahuan si pencuri.

SMS Find pula membolehkan pemilik asal mengesan lokasi telefon bimbitnya melalui SMS yang diterima yang menggunakan aplikasi Global Positioning System (GPS).

Selepas menghantar SMS ke telefon bimbit yang hilang, pemilik akan disambungkan ke peta Google dengan koordinat yang tepat.

Menarik dan berbaloi dengan adanya antikecurian yang disediakan dalam KMS.

Ini bermakna pengguna dan pencuri akan saling berhati-hati sama ada untuk menjaga telefon bimbit atau jika berniat mencuri telefon bimbit kerana pastinya berhadapan dengan hukuman dan undang-undang.

KMS sememangnya direka memenuhi platform telefon bimbit dan secara praktikalnya amat sesuai untuk kedua-dua jenis sistem pemproses, Symbian dan Windows Mobile. Interaksinya amat mudah untuk digunakan, tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar, malahan tidak mengganggu bateri telefon bimbit.

Sama seperti mengendalikan jadual mengimbas virus di komputer, pengguna mudah mengendalikan jadual imbasan mengikut masanya sendiri ataupun secara automatik.

Imbasan ini meliputi semua objek, direktori, sektor dan keseluruhan cakera dan mempunyai pilihan untuk membuang atau kuarantin virus terbabit.

Manakala, hasil tindakan dan imbasan akan disimpan dan dilaporkan dalam log aktiviti.

Pengguna juga digalakkan untuk mengemaskini pangkalan data antivirus termasuk menerusi penyelarasan dengan komputer bagi membolehkan ia mengemaskini program dan bertindak ke atas virus dengan berkesan.

Komponen terbaru seperti 'parental control' membolehkan ibu bapa mengehadkan mesej terima dan hantar di telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ibu bapa juga boleh menggunakan SMS Find untuk mengetahui lokasi anak mereka.

Kita tidak mampu mempertikaikan kebolehan antispam yang dibekalkan menerusi KMS 8.0 ini.

Sistem saringan spam mampu menghalang mesej dan panggilan telefon yang tidak dikenal pasti, malah menyelamatkan pengguna daripada penipuan iklan.

Versi ini membolehkan pengguna membuat penyaringan panggilan dan mesej menerusi mod senarai putih (menerima panggilan dan mesej daripada nombor sedia ada) dan senarai hitam (menerima panggilan dan mesej daripada nombor yang tiada dalam senarai putih).

Fungsi firewall turut dikemas kini antara langkah keselamatan untuk mengelakkan serangan penggodam dan cecacing mobil yang merebak menerusi penyambungan Bluetooth dan Wi-Fi.

Lambakan telefon bimbit pintar bakal menjadi perhatian pengguna hari ini namun kawalan keselamatan dalam telefon yang harus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian dan kerugian. Tidak salah jika kita berhati-hati sekarang daripada menyesal di kemudian hari.

Sumber: Harian Metro

23 Jun 2009

Measat-3a kini jelajah orbit

BAIKONUR, Kazakhstan - Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome mengikut jadual pada pukul 5.50 pagi waktu Malaysia di sini semalam.

Satelit komunikasi bernilai AS$165 juta (RM582.4 juta) itu yang dilancarkan dalam cuaca sejuk dan berangin untuk meningkatkan kapasiti satelit Measat Satellite Systems Sdn. Bhd.

Syarikat itu kini mempunyai empat satelit di orbit.

MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan pada Ogos tahun lepas tetapi kemalangan kren merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dibawa kembali ke Dulles di Washington untuk dibaiki.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, yang mengetuai kumpulan 50 anggota menyaksikan pelancaran satelit keempat Measat itu gembira dengan kejayaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu lagi peningkatan kemampuan penyiaran Malaysia.

Sumber: Kosmo

Cinta lewat usia

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

nAtau adakah semua wanita materialistik?

nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. - NOOR HASLIZA NUSI

Sumber: Kosmo

Suami isteri perlu ucap I Love You


Daripada mafhum ayat di atas sesungguhnya Allah menjelaskan bahawa di antara hikmah pernikahan antara lelaki dan wanita itu supaya dapat diwujudkan perasaan saling mencintai dan mengasihi di antara mereka.

Oleh kerana itu, Rasulullah turut menganjurkan kepada umatnya untuk menikahi seorang wanita yang dapat mewujudkan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah dalam rumah tangganya.

Dewasa kini, penceraian di kalangan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sangat berleluasa yang dikhuatiri menjadi trend dalam masyarakat Islam.

walaupun penceraian dibenarkan dalam Islam tetapi ia merupakan satu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak". (riwayat Abu Daud dan Hakim)

Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang.

Menyedari hakikat itu, bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menganjurkan seminar Rumahku Syurgaku 'Sanjungan Kasih Syurga di Hati' di Putrajaya, baru-baru ini.

Ia bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu kekeluargaan serta memantapkan institusi keluarga dalam mendepani ancaman dan cabaran globalisasi.

Dalam seminar yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Noorlina Wan Hussain, satu forum bertajuk 'Dua Jiwa Satu Hati' turut diadakan.

Ahli panel terdiri daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesuma Jakim, Zawiah Hassan.

Mengulas perbezaan dua jiwa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan, Zawiah berkata, keserasian antara mereka boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.

Menurutnya, di awal perkahwinan sikap kasih sayang dan saling cinta-mencintai mudah ditonjolkan tetapi sikap sedemikian semakin pudar dan hilang apabila usia perkahwinan memasuki fasa tahunan.

Sehubungan itu, Zawiah berkata, perkahwinan boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.

"Dalam hal ini, pihak suami dikatakan amat payah untuk mengucap ungkapan sebegini tetapi sebenarnya amalan seperti itu amat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing.


memanggil pasangan

"Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi baik, bergurau mesra dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti sayang, abang dan sebagainya sebagaimana Rasulullah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah)," katanya.

Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas bukan paksaan. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.

Dalam konteks itu, Aluwi berkata, setiap pasangan perlu mencari kelainan dalam diri pasangan mereka dan menjadikan kelainan itu sebagai satu keserasian.

Menurutnya, ada tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara mereka iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim.

"Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga," katanya.

Melalui pernikahan, seseorang itu akan mendapatkan banyak kemaslahatan daripadanya seperti memelihara kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan serta menyambung generasi.

Aluwi menambah, seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.

"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang," katanya.

Dalam pada itu, Aluwi memberitahu, terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orang-orang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri.

"Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya," katanya.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan sebagainya.

Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri juga menjadi asas selain kewajipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya.

Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hukum berkaitan hubungan antara mereka dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Sumber: Utusan Malaysia

17 Jun 2009

KPM utamakan calon dari pedalaman Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon-calon dari kawasan pedalaman Sabah dan Sa-rawak untuk mengikuti Kursus Perguruan Le-pasan Ijazah (KPLI) bermula ambilan Jun ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM, Dato’ Misrah Haji Ibrahim berkata, ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk menyediakan tenaga guru yang mencukupi di kawasan pedalaman di kedua-dua negeri itu.

Katanya, daripada seramai 2,000 calon yang akan dipilih untuk dilatih di seluruh Institut Pendidikan Guru Malaysia, hanya 800 orang dari Semenanjung Malaysia dan selebihnya iaitu 1,200 adalah dari Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah kali pertama, kita mengambil calon paling ramai dari Sabah dan Sarawak untuk memberi peluang kepada mereka berkhidmat di kawasan pedalaman seperti Pensiangan, Naba-wan, Kudat dan Ulu Sugut.

“Guru yang berkhidmat di pedalaman masih mencukupi kerana ada guru sandaran (tidak terlatih) tetapi guru terlatih tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Institut Pen-didikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah, kali ke-3, di Magellan Sutera Hotel, di sini, kelmarin.

Beliau berharap langkah KPM mengutamakan calon-calon dari pedalaman untuk meng-ikuti KPLI akan menambahkan lagi bilangan guru-guru terlatih di kawasan pedalaman.

“Saya yakin, usaha ini merupakan sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk merealisasikan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Katanya lagi, setakat ini, hampir 8,000 orang guru dari Semenanjung Malaysia berkhidmat di Sabah untuk mengajar mata pelajaran tertentu termasuk pendidikan Islam.

“Ada subjek-subjek tertentu seperti pendidikan Islam, Jawi, Quran, Arab dan fardu Ain yang orang Sabah tidak ada calon, jadi kita perlukan guru dari negeri-negeri lain di Semenan-jung untuk mengajar mata pelajaran itu,” katanya.

Berkenaan dengan calon pelajar yang meng-ambil Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia peringkat ijazah, beliau berkata seramai 97,000 calon seluruh negara memohon, tetapi hanya 6,200 orang yang akan diambil.

“Saya juga akan pastikan lebih ramai calon dari Sabah dan Sarawak khususnya lelaki kerana bilangan lelaki yang mengikuti kursus perguruan amat sedikit berbanding wanita.

Terdahulu itu, ketika berucap Misrah meminta para guru sentiasa memastikan murid-murid diberi pendidikan sebaik mungkin bagi mencapai sasaran ‘keciciran sifar’.

“Maknanya pada masa akan datang, tidak ada lagi alasan bagi guru-guru yang membiarkan murid-murid tercicir kerana pihak Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mereka yang bertugas di kawasan pedalaman, pihak Kementerian Pelajaran kini sedang dan telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur pendidikan dan insentif bagi mengurangkan bebanan guru-guru yang mengajar di kawasan itu.

“Antaranya, projek pembinaan rumah guru di beberapa kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung, yang telah siap didirikan.

“Selain itu, insentif lain seperti elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan serta elaun balik kampung juga turut disediakan oleh kerajaan untuk guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman,” katanya dan menambah setakat ini seramai 12,035 orang guru sedang bertugas di kawasan pedalaman.

Pada majlis itu seramai 777 graduan dari IPGM Kampus Keningau, Kent Tuaran, Gaya Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mene-rima diploma pendidikan.

Seramai empat graduan menerima anugerah pengarah iaitu Norana Zakaria dari IPGM Kam-pus Tawau, Omar Ali Dullah (IPGM Kampus Kent Tuaran), Alfride Lee (Kampus Keningau) dan Azliana Ying dari Kampus Gaya Kota Kinabalu.

Sumber: New Sabah Times

Larangan layari 39 laman web di pejabat

Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bhnews@bharian.com.my

Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.

Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.

Selain itu memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang adalah gangguan juga disenaraikan.

"Aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet," katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Kok mahu mengetahui sama ada kakitangan kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan di pejabat.

Najib berkata, aktiviti lain yang dilarang ialah menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.

"Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

"Melakukan aktiviti jenayah, menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain, memuat naik, turun dan menyimpan kad elektronik, video dan fail bersaiz 10 Megabait yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi komputer," katanya.

Najib berkata, pekeliling mengenai perkara itu boleh dicapai di laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di http:// www.mampu.gov.my. Laman web dan blog berunsur hasutan termasuk fitnah ialah www.shilesjack.com disekat.

"Ada beberapa laman web dan blog yang dalam siasatan polis tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Sehingga kini sembilan suspek diambil tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan seorang oleh polis," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan bertulis dikemukakan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malasia (Bank Negara) sentiasa memantau pematuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan ke atas pengeluar kad kredit dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ada ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, Bank Negara berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit mengikut akta Sistem Pembayaran 2003.

Sumber: Berita Harian

10 Jun 2009

Homestays cannot be rented premises

Kota Kinabalu: The Tourism Ministry will no longer allow rented houses or places to be used as homestays for tourists or visitors as this is against the real concept of the programme, said Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Some people have misunderstood the homestay programme. (And) now renting houses is said to be a homestay É this is not a homestay and the Ministry will not allow this (practice) to continue," she told a press conference after meeting Sabah tourism players at Wisma Tun Fuad Stephens, Monday.

Ng said a homestay is not about low budget or cheap accommodation, but about an experience as people, particularly from developed countries, want want to know/experience how people are living or what life is like in a country.

"We will identify all the good homestays which provide programmes for the people who come in to stay there. The homes provided under the homestay programme must be owned houses, cannot be a rented house or rented place," she said.

It must be owner-occupied, she explained, saying the houseowner involved must interact with the people who stay, provide them food, talk to them, show them what they do, the kampung lifestyle and the culture of the place.

Ng said a homestay must also include the participation of the whole village (where the homestay programme is being organised), where the village also plays a role in providing programmes or activities for the tourists/visitors.

"I have asked all the states that do homestays to come up with activities such as rubber-tapping if there is a rubber farm nearby, cocoa plucking, paddy planting/harvesting or others," she said, adding many people still do not know what cocoa or even how the cocoa tree looks like.

Like in Kelantan where the homestay participants are shown how to make a Wau Bulan (kite). Similarly in Sabah, homestay participants can be introduced or taught how to make a traditional craft or product.

Also teach them to sing one traditional song like "Sayang Kinabalu" or the "Jambatan Tamparuli", she said.

Or a traditional dance which the host can teach the homestay participants, adding these are things which are easy to teach and make their stay more interesting. Teaching them at least one local recipe would also be a plus point.

"Let them do conservation work like tree planting, which can give them a sense of belonging to the place and make them feel they are a part of it and will come back.

"So this is the new direction of homestays. It is not just about having a home for tourists/visitors to come and stay with the host family, but about the experience," said Ng.

The Minister was, nevertheless, happy that Sabah has a very successful homestay programme, saying at the moment three very successful homestay programmes in Sabah are the Misowalai, Walai Tokou and Misompuru homestays.

"Sabah has everything, except snow, as what I told people when I went to Europe," she said, adding Sabah needs more accommodation for all types of tourists.

Ng said the Ministry has also introduced a twinning country concept to boost the homestay promotion campaign.

"For Sabah, we will twin the state with Singapore because there Bahasa English and Malay are more easily used É we will take the homestay programmes in Sabah and promote them to the twinning country, Singapore," she said.

Ng said Sabah ranks among the world's top three in terms of diversified flora and fauna, particularly with its beautiful marine biodiversity, but these need to be supported with the good-quality accommodation and hospitality services.

Also the services of the tour operators as presently there are 378 tour operators in Sabah.

"The number is quite big É we will monitor them carefully because firstly, we do not want them to just have a licence but not do anything. We want them to provide the best services."

Ng said the Ministry is also developing a second language training programme for existing tour guides as well as for new unemployed graduates who would like to become tour guides with a second language.

Unemployed graduates who are interested can register with the Ministry, she said, adding the training would be provided by the stimulus package under the Human Resource Ministry.

"Sabah is really one state where the world would want to come to and they would want to be guided by somebody who not only knows the place well but can converse É so this is one area where I want to talk with the Minister in charge here," she said.

Source: Daily Express Sabah

08 Jun 2009

Pelajar-pelajar IKMKK sedang mengambil surat konvokesyen



Beginilah suasana mantan pelajar IKMKK yang sedang mengambil surat konvokesyen di pejabat Jabatan Pengajian Am...... selamat mengharungi dunia pekerjaan bagi yang bekerja dan yang belum kerja, sambung lah ke peringkat diploma banyak kemudahan pendidikan dan pinjaman yang disediakan oleh pihak MARA untuk anda.... jangan lepaskan peluang ini....

Keluarga Bahagia

Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. Sekali sekala urut-urutkanlah badan suami atau isteri.

Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan dan sukan, berpolitik atau terlibat dengan jualan langsung.

Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan dan kemesraan.

Terima kasih kepada intim.wordpress.com

03 Jun 2009

Syarikat Internet Rusia labur dalam Facebook

NEW YORK 27 Mei - Sebuah syarikat Internet Rusia telah melabur sebanyak AS$200 juta (RM701 juta) dalam Facebook, menjadikan laman web rangkaian sosial itu bernilai AS$10 bilion (RM35 bilion).

Syarikat Digital Sky Technologies (DST) bukan saja membeli hampir dua peratus pegangan dalam Facebook malah menawarkan untuk membeli sekurang-kurangnya AS$100 juta (RM350.4) juta saham yang dimiliki pekerja dan bekas pekerja Facebook.

Pembelian 1.96 peratus pegangan dalam laman web rangkaian sosial dengan 200 juta pengguna oleh DST itu adalah jumlah terbesar pernah dilakukan syarikat Palo Alto yang berpangkalan di California.

Syarikat komputer Amerika Syarikat (AS), Microsoft telah membeli 1.6 peratus saham Facebook pada harga AS$240 juta (RM841 juta) pada 2007, satu pembelian yang menjadikan nilai syarikat itu kepada AS$15 bilion (RM52.6 bilion) ketika itu.

Walaupun bilangan penggunanya bertambah dengan cepat, Facebook masih gagal untuk 'menterjemahkan' trafik pengguna kepada keuntungan.

Ketua Eksekutif DST, Yuri Milner berharap dapat menggunakan pengalaman syarikatnya dalam mengendalikan laman web rangkaian sosial di negara lain untuk mencari keuntungan.

Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg yang mengasaskan Facebook lima tahun lalu semasa masih lagi seorang pelajar di Universiti Harvard, enggan mendedahkan kadar keuntungan laman web itu. - AFP

Sumber Petikan: Utusan Malaysia

Teknologi selamat untuk komputer riba

KINI semakin banyak komputer peribadi yang tahan lasak dan boleh digunakan bagi mereka yang sering ke lapangan terlibat dalam bidang seperti penyelidikan, pembinaan, keselamatan awam dan ketenteraan.

Pengeluar komputer terkemuka, Lenovo memperkenalkan ThinkPad x200, X301, X200s, X200 Tablet, T400, T500, R400 dan komputer riba SL300 yang menepati ujian spesifikasi ketenteraan dengan reka bentuk unik seperti sistem perlindungan seperti beg udara.

Oleh kerana komputer yang digunakan di lapangan memerlukan skrin yang berkualiti tinggi, Lenovo menambahkan pilihan baru dengan panel kejelasan 680-nit kepada komputer riba terkemuka, ThinkPad T400.

Ujian komputer tiba ThinkPad

*Tekanan rendah operasi ujian pada 4,572 meter

*Kelembapan sehingga kitaran 95 peratus kelembapan dalam persekitaran

*Gegaran komputer riba boleh menahan gegaran

*Suhu tinggi boleh menahan suhu sehingga 60C (140F)

*Suhu rendah sehingga -15C (-4 F)

*Habuk

Seorang pengguna komputer riba ThinkPad, Pasquale Scaturro berkongsi pengalamannya membawa peralatan berkenaan selama 180 hari setahun ke hutan, gunung dan kawasan kutub.

Beliau yang juga seorang pengembara, pakar geofizik dan ketua ekspedisi mendedahkan komputernya kepada pelbagai keadaan dengan serangga, kelembapan, pasir dan habuk, panas dan dingin.

"Saya mendedahkan ThinkPad pada persekitaran yang ekstrem berbanding orang lain dengan ketinggian Gunung Everest sehingga Lembah Nil.

"Sistem Perlindungan Aktif merupakan sesuatu yang wajib dalam persekitaran lasak," katanya.

Beliau juga menggunakan ThinkPad bagi membantunya dalam navigasi dalam hutan Afrika dan menghantar e-mel dari Gunung Everest.

"Saya amat bergantung kepada ThinkPad untuk tugasan geofizikal dan untuk berhubungan dengan keluarga serta sahabat," katanya.

Pengurus Negara, Perniagaan Komersial Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, ThinkPad dikenali kerana kualiti, ketahanan dan teknologi inovasi yang selamat bagi pengkomputeran bisnes.

"Kami sentiasa membina komputer riba tahan lasak dalam pelbagai keadaan daripada hutan hujan di Amazon sehingga kepada terbang di angkasa,'' katanya.

Komputer riba ThinkPad T400 dengan skrin lebih jelas telah berada di pasaran.

Sumber: Utusan Malaysia

Berhibur dengan teknologi


LH 50 Lg menjanjikan tontonan dengan kualiti seperti di pawagam.

DALAM usaha mengubah gaya tontonan ketika menikmati hiburan di kaca televisyen, syarikat pengeluar produk elektronik, LG Electronics (LG), baru-baru ini menampilkan rangkaian televisyen Plasma dan LCD berteknologi tinggi.

Antara model yang ditawarkan dengan kepelbagaian ciri moden adalah LCD berdefinisi tinggi (HD) LH50 LG yang bakal memberi pengalaman tontonan seumpama di pawagam dari ruang kediaman sendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd., Ko Tae Yeon, kesemua model televisyen tersebut bakal menyajikan paparan video dan audio yang berkualiti dan menakjubkan.

Menerusi teknologi TruMotion 200Hz, ia bakal mengurangkan kekaburan imej walaupun ia bergerak dengan kelajuan yang pantas.

Bagi paparan imej yang lebih terang pula, model tersebut disempurnakan dengan kelebihan HD penuh 1080p selain menyokong permainan cakera padat Blu-ray dan permainan video seperti PlayStation 3.

Bukan setakat itu, bagi memastikan paparan yang bertenaga dan dinamik dikeluarkan, ia didatangkan dengan teknologi Dual XD bersama nisbah kontra 150,000: 1.

Kesemua model itu juga mengetengahkan fungsi mesra alam sekitar melalui sensor pintar untuk penjimatan kuasa yang mana tahap kecerahan paparannya ditentukan secara automatik oleh pencahayaan di kawasan keliling.

Kelebihan lain yang ditawarkan adalah seperti tiga input HDMI pelbagai saiz, slot USB serta pembesar suara terlindung.

Bagi pengguna yang menggemari aktiviti menonton wayang menerusi televisyen pula, model televisyen ini merupakan pilihan yang baik kerana melalui inovasi DivX, pelbagai fail video, muzik dan juga foto boleh dimuat turun secara terus dari Internet.

Model-model lain yang turut ditawarkan adalah seperti LH70, LH35, PQ30, PQ70, LH20R dan LH70YR.

Untuk LH50, ia didatangkan dalam dua saiz iaitu 42 inci dengan tawaran harga RM5,399 dan 47 inci untuk RM7,299. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.lge.com.

Sumber: Utusan Malaysia

Pujuk pokok kabung keluarkan nira


Nurdin Baddusa membersihkan tandan buah nira sebelum dikutip niranya di Ladang Sungai Balung, Tawau, Sabah.


Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya, Arenga pinnata, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah, dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah, menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

''Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya.

"Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

''Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Kalau tidak dibuat begini air nira tidak akan keluar", kata Nurdin Baddusa, 49, yang telah menjalankan kerja mengutip air nira sejak tujuh tahun lepas.

Menurut Nurdin, ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan.

"Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar langsung," kata Nurdin ketika ditemui di Ladang Sungai Balung, kira-kira 60km dari sini.

Beliau adalah seorang daripada kira-kira 20 pekerja pemungut air nira di ladang berkenaan. Menurut Nurdin amalan berkenaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berterusan sehingga bunga pada tandan pokok Kabung kembang.

''Apabila bunga pada tandan berkenaan sudah kembang, tandan berkenaan bolehlah dicantas dan jika aliran air niranya sudah agak deras ia boleh ditadah dengan bekas yang direka khas.

"Jika belum deras, bahagian hujung tandan yang dicantas itu perlu dihiris sebaiknya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang sehingga aliran niranya deras", katanya.

Nurdin berkata, nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Katanya, nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Arenga Pinnata Syrup).

"Kami memproses kira-kira 700 kg nira kabung sehari," kata Masriani Mansor, ahli teknologi makanan di kilang pemerosesen sirap nira kabung berkenaan.

Sementara itu Pengurus Besar Kebun Rimau Sdn Bhd K.Arunagirinathan yakin sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.

Menurutnya, gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

''Kami sudah menanam kira-kira lebih 5,000 pokok kabung daripada jenis benih bermutu tinggi meliputi kawasan seluas kira-kira 809 hektar di Ladang Sungai Balung.

''Dalam tempoh 10 tahun dari sekarang mungkin kami perlu membina kilang memproses sirap nira kabung atau gula merah yang lebih besar.

''Saya juga yakin suatu hari nanti sirap nira kabung ini akan menjadi sumber gula utama di negara ini malah mungkin juga menjadi pilihan utama penduduk dunia kerana kebaikannya dari segi kesihatan", katanya.

Arunagirinathan berkata, sirap nira kabung yang dikeluarkan syarikat berkenaan yang kini sudah berada dalam pasaran tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna atau perasa tiruan sebaliknya keasliannya dikekalkan.

Katanya, idea penanaman pokok kabung berkenaan secara besar-besaran bermula sembilan tahun lepas apabila pengerusi syarikat berkenaan Datuk Harris Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah membawa benih pokok berkenaan dari Indonesia.

Menurutnya, sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.

Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan

Sumber: Bernama

Sistem pengangkutan awam bersepadu di semua bandar

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
bhnews@bharian.com.my


LPKP rancang naik taraf kemudahan penuhi keperluan rakyat

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah merancang mewujudkan sistem pengangkutan awam bersepadu di semua bandar dan pekan utama di negeri itu sebagai langkah utama menaik taraf kemudahan terbabit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata sistem pengangkutan awam di seluruh negeri perlu diperbaiki bagi memenuhi keperluan rakyat, khususnya keselesaan kemudahan itu yang ketika ini berada pada tahap tidak memuaskan.

Katanya, kerajaan bertekad untuk mengubah keadaan itu dengan mewujudkan sistem pengangkutan awam bersepadu menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri.

"LPKP akan berbincang dengan semua pihak terbabit termasuk pada peringkat daerah untuk melaksanakan sistem pengangkutan awam bersepadu di setiap bandar dan pekan utama sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sekarang.

"Ketika ini, pengangkutan awam di Sabah khususnya perkhidmatan bas tidak disediakan dengan teratur, manakala kemudahan terminal untuk bas dan pengguna dalam keadaan yang tidak sempurna," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan perkhidmatan bas di terminal Wawasan Plaza dan hadapan Kompleks Mahkamah di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Edmund Chong Ket Wah dan Pengarah LPKP Sabah, Ariffin Samsudin.

Liew berkata, pandangan orang ramai juga akan diambil kira untuk menentukan langkah bersesuaian menaik taraf sistem pengangkutan awam di Sabah, khususnya perkhidmatan bas.

"Orang ramai boleh menghantar pandangan atau aduan mereka menerusi laman web saya sendiri di www.vkliewoffice.info. Saya akan meneliti pandangan itu dan menjadikannya panduan ke arah melaksanakan pembaharuan dalam sistem pengangkutan awam di negeri ini," katanya. Bagi kawasan ibu negeri, katanya, langkah awal akan dilaksanakan ialah mewujudkan perkhidmatan bas bandar raya untuk menyediakan kemudahan bas selesa kepada pengguna di pusat bandar mulai 1 Jun ini.

Sumber: Berita Harian

Umat Islam perlu waspada cara halus pesong akidah

BATU PAHAT: Umat Islam perlu sentiasa berusaha dan memastikan ikatan ukhwah sesama mereka kukuh, bagi mengelak wujud ruang kelemahan yang boleh dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Datuk Ariss Samsudin, berkata langkah itu perlu kerana musuh Islam sentiasa mengintai dan mencari peluang dengan menggunakan pelbagai cara seperti memesongkan akidah, untuk melemah dan menguasai mereka.

Beliau berkata, mereka menggunakan logik mudah untuk memesongkan akidah seperti mengatakan pembacaan surah Yassin pada majlis tertentu, sebagai satu bidaah.

"Walaupun ancaman ini belum sampai ke tahap serius, namun umat Islam perlu sentiasa berwaspada dan melaksana usaha untuk mengukuhkan perpaduan serta mengelak sebarang bibit perpecahan.

"Kemusnahan dan hilangnya sesebuah tamadun Islam seperti pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada kegagalan mereka membendung bibit perpecahan yang dirancang secara halus pihak tertentu.

"Malah, usaha membendung atau mengekang niat buruk pihak terbabit untuk menghancurkan Islam itu tidak terletak atas bahu satu pihak tertentu saja, ia adalah tanggungjawab semua umat Islam," katanya. Ariss berkata, cara halus yang diguna pihak terbabit untuk mencapai hasrat mereka itu turut mencakupi tindakan menjerumuskan umat Islam dalam pelbagai masalah atau gejala sosial.

Beliau berkata demikian pada program Jabatan Mufti Bersama Masyarakat dan Pelancaran Tabung Masjid Negeri Johor Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, di Masjid Jamek Kampung Mampan, dekat sini, kelmarin.

Hadir pada majlis anjuran bersama Jabatan Mufti Johor, Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) DUN Semerah, Pejabat Agama Daerah dan Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Mampan itu ialah Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Selain RM10,000 sumbangan JPMM DUN Semerah, tabung itu turut berjaya mengumpul lebih RM2,000 yang diperoleh daripada umat Islam, pada majlis berkenaan. Ariss berkata, umat Islam perlu bangun dan menegakkan syiar Islam melalui pembabitan secara aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan, termasuk menyumbang tenaga atau harta untuk membina masjid.

"Saya difahamkan, kerajaan negeri akan melaksana projek pembinaan bagi menggantikan semua masjid dan sekolah agama di Johor yang berusia lebih 40 tahun, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Sebahagian besar kemudahan berkenaan sudah uzur dan ia perlu diganti dengan bangunan baru, bagi memberi keselesaan kepada umat Islam.

"Saya berharap semua penggerak serta ahli jawatankuasa masjid dalam DUN Semerah meningkatkan usaha, untuk menggalak orang ramai menyumbang pada tabung berkenaan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Malaysia kembali kuasai pasaran utama automotif

Oleh Kamarulzaidi Kamis dan Magendran Gopal
bhbiz@bharian.com.my


Negara atasi Thailand jual 118,681 unit pada suku pertama

MALAYSIA mengambil alih semula kedudukan sebagai pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara daripada Thailand dengan mencatat jualan 118,681 unit pada suku pertama tahun ini di sebalik kegawatan ekonomi global.

Thailand yang telah menerajui jumlah pengeluaran kenderaan penumpang dan komersial di rantau ini sejak 2003 kini berada di tempat kedua dengan jualan 107,774 unit.

Ia diikuti Indonesia dengan jualan 99,754 unit, Filipina (28,564 unit), Singapura (24,151 unit), Vietnam (21,839 unit) dan Brunei (3,045 unit).

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad, berkata walaupun industri automotif negara dijangkakan menguncup 12.4 peratus tahun ini, ia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jualan keseluruhan negara Asean yang diunjurkan menguncup 18 peratus.

"Dalam tempoh suku pertama tahun ini, Malaysia mencatat penguncupan jualan sembilan peratus. Bagaimanapun ia adalah lebih baik berbanding penguncupan 23 peratus bagi seluruh Asean," katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di Kuala Lumpur, semalam. Aishah berkata, kegawatan ekonomi global jelas memberi kesan negatif kepada industri automotif global dengan penguncupan sembilan peratus tahun lalu dan diunjurkan menguncup 13 peratus tahun ini.

Katanya, permintaan bagi kenderaan baru di peringkat global dijangka berada pada paras terendah dalam tempoh hampir 30 tahun tahun ini.

Beliau berkata, di Amerika Syarikat (AS) jumlah jualan kenderaan baru susut 9.32 juta unit bulan lalu, sementara di Jepun, Eropah dan Korea pula diramal menguncup antara 25 peratus hingga 30 peratus tahun ini.

"Dari segi teori, permintaan kenderaan adalah bersifat kitaran. Lazimnya, permintaan pasaran automotif Asean akan susut mendadak setiap tujuh hingga 10 tahun dan kali terakhir Malaysia mengalami penguncupan permintaan adalah pada 1997 susulan Krisis Kewangan Asia," katanya. Bagi pasaran tempatan, Aishah berkata, sudah wujud beberapa petunjuk mengenai peningkatan semula keyakinan di kalangan pengguna khususnya selepas pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion dan pengenalan beberapa model baru.

Sumber: Berita Harian

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu