E-Mail: lippikmkk@gmail.com

Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Jabatan dan 5S. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Jabatan dan 5S. Papar semua catatan

20 Mac 2009

Mesyuarat Jabatan Kali Ke 9/2009 & 5S Kali Ke 3/2009

20 Mac 2009, Jumaat – Jabatan Pengajian Am IKMKK telah mengadakan mesyuarat mingguannya yang kesembilan bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengajian Am. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh sembilan orang pengajar dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am IKMKK, En Khairul Izwan bin Ibrahim.

Pengerusi, di antara lainnya mengingatkan para pengajar yang belum melengkapkan analisa Ujian 1 agar segera berbuat demikian. Salah satu perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah pemantapan aktiviti-aktiviti 5S di Jabatan Pengajian Am. Di antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat Jabatan Pengajian Am termasuklah pembahagian zon wilayah Jabatan Pengajian Am, pelaksanaan susun atur meja, laci dan juga almari setiap pengajar.

Mesyuarat yang bermula pada jam 7.50 pagi itu telah ditangguhkan pada jam 8.50 pagi dan diteruskan dengan mesyuarat 5S kali ketiga yang dipengerusikan oleh En Abd Rahim Shah Bin Saruddin selaku Ketua Wilayah 5S Jabatan Pengajian Am.

Mesyuarat yang berlangsung selama 17 minit itu turut membincangkan tentang penambahan zon jagaan iaitu tandas pelajar dan juga pengajar. Jumaat kali ini menyaksikan semua ahli keluarga Jabatan Pengajian Am berkumpul sekali lagi di dalam jamuan untuk meraikan hari jadi En Mohd Saffrey Bin Eddin dan juga Ketua Jabatan iaitu En Khairul Izwan Bin Ibrahim secara serentak.

Walaupun dengan sembilan orang sahaja, namun majlis tetap meriah dengan hidangan menu istimewa ‘steam boat’. Untuk sahabat-sahabat yang berkursus dan bercuti, lain kali kita buat lagi ya…






13 Mac 2009

Mesyuarat Jabatan Kali Ke 8/2009

13 Mac 2009, Jumaat – Bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Pengajian Am IKMKK telah mengadakan mesyuarat mingguannya yang ke lapan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 13 orang pengajar dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am IKMKK, En. Khairul Izwan bin Ibrahim.

Selepas mesyuarat Jabatan Pengajian Am, ianya disusuli dengan mesyuarat 5S bagi Wilayah Pengajian Am yang dipengerusikan oleh En. Abd Rahim Shah bin Saruddin yang telah ditetapkan pada setiap minggu selepas selesainya mesyuarat jabatan yang diperuntukkan masa selama 15 hingga 30 minit.




06 Mac 2009

Mesyuarat Jabatan Kali Ke 7/2009

06 Mac 2009, Jumaat – Bertempat di Seha Restoran Catering & Services, Jalan Inanam Lama (bersebelahan Hong Leong Bank), Jabatan Pengajian Am IKMKK telah mengadakan mesyuarat mingguannya yang ke tujuh. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 14 orang pengajar dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am IKMKK, En Khairul Izwan bin Ibrahim.

Mesyuarat dimulakan dengan acara bersarapan beramai-ramai yang telah menjadi satu budaya di kalangan para pengajar Jabatan Pengajian Am pada setiap hari Jumaat. Sarapan telah ditaja oleh En Khairul Izwan dengan kerjasama pihak Seha Restoran. Pemilihan lokasi mesyuarat dan sarapan pada kali ini adalah bertujuan untuk mempromosikan restoran yang baru sahaja memulakan operasinya pada 2 Mac yang lalu. Secara tidak langsung, ini juga merupakan satu bentuk sokongan untuk usahawan-usahawan bumiputra. Di antara menu yang dihidangkan termasuklah mihun dan kuey teow goreng, nasi goreng special, sambal sotong, fishcake dan lain-lain lagi.

Pengerusi, di antara lainnya mengingatkan para pengajar tentang beberapa perkara penting yang memerlukan tindakan segera. Ini termasuklah penyediaan analisa Ujian 1, penyusunan meja mengikut persetujuan ramai (5S) dan juga penyediaan soalan Penilaian Akhir bagi sesi Januari-Jun 2009. Diharapkan budaya yang diterapkan di Jabatan Pengajian Am ini bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi ukhuwah malah dapat memantapkan lagi semangat kerja berpasukan yang secara tidak langsung dapat memantapkan lagi organisasi. Mesyuarat yang bermula pada jam 7.45 pagi itu telah ditangguhkan pada jam 9.10 pagi.

Selepas mesyuarat ini, ianya disusuli dengan mesyuarat 5S bagi Wilayah Pengajian Am yang dipengerusikan oleh En. Abd Rahim Shah bin Saruddin. Dalam mesyuarat ini juga En. Ismail bin Badri telah mencadangkan mesyuarat 5S diadakan pada setiap minggu dan diadakan selepas mesyuarat Jabatan Pengajian Am. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua ahli yang hadir.







Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu