Menjadi usahawan (tani) juga mempunyai kelebihan berikut:
1. Menjadi bos kepada diri sendiri.
2. Mengurus masa mengikut kesesuaian diri.
3. Bergantung kepada keupayaan diri dan kesan terus kepada diri.
4. Pendapatan lumayan berbanding makan gaji.
1. Makluman kepada mantan pelajar, mantan staf ikmkk dan pengunjung blog ini, bahawa blogmaster blog ini telah membuka satu ruang forum untuk semua yang suka 'berforum'. Anda boleh kemukakan pendapat, kemukakan cerita untuk memeriahkan lagi ruang forum tersebut. Pendaftaran beramai-ramai amat dialu-alukan. Untuk turut serta dalam forum tersebut sila klik untuk kunjungi dan daftar :--------:> JooMBa

Kota Kinabalu: A lack of creativity and reluctance to change are among the stumbling blocks hindering the progress of Bumiputera entrepreneurs in Sabah, said Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun.
He said entrepreneurs must not be easily satisfied with what they have because the world is changing and presently it is facing the most complicated economic crisis in 80 years. He said in order to progress Bumiputera entrepreneurs need to take initiative to change their style of doing business and get different results.
"Perhaps, a satirical answer to the question 'what is the definition of insanity' is something that we can ponder - insanity is doing the same thing over and over again hoping for a different result each time," he said.
Speaking to launch the State-level Mara Entrepreneurs Award 2008 presentation ceremony at Le Meridien Hotel here Sunday, he said another weakness among Bumiputera entrepreneurs was the lack of creativity.
"If we do things without creativity, then how can we expect to move up another notch? It will be a total loss," he said, adding that while he found these weaknesses among Bumiputera entrepreneurs in Sabah there were also those who had succeeded.
Masidi, however, cautioned that being too creative is also not good for business.
"There are those who are too creative but what is the point when you cannot market the product. As businessmen we must be realistic in that our product is marketable," he said.
Masidi also urged Bumiputera entrepreneurs to refrain from being dependent on others when they know they have the necessary talent to do better.
For instance, he said Sabah has among the best singers in the country but they only like to sing the same old five songs during their performances.
"When you ask they say 'bolehlah cukup makan' (it's okay, enough to get by), but this is something we should address. Why can't we learn new songs or maybe compose our own songs?" he asked.
In this respect, Bumiputera entrepreneurs must have the desire to excel, which should be the platform for them to progress, he said.
Masidi commended Mara for its role in providing assistance to Bumiputera entrepreneurs as well as needy students to develop.
Masidi, who himself had received assistance from Mara to further his studies, hoped those who had received assistance from Mara and succeeded would be able to give back something in return to help the others.
"You cannot enjoy success alone. We are considered successful when we successfully help others around us to succeed," he said.
Meanwhile, Mara Director-General, Datuk Nam Martinin, said for the second Sabah Mara Entrepreneurs Award 2008, a total of 59 nominations, including from Labuan, were received for the seven categories.
The State winners would be judged for the Sabah and Sarawak zone before going for the national level award.
Three awards - Most Successful Entrepreneur, Most Promising Entrepreneur and Most Successful Mara training institution graduate Entrepreneur - were given for each category.
The recipients received a certificate, plaque and RM4,000 cash prize.
The winners in the trading category were Jeffree Michael of General Toys City (Successful), Syahrizal Basri of Syarikat Mega Fashion (Promising), while there were no winners for the former Mara training institution trainee successful entrepreneur.
In the contractor category, the winners were Adhwa Enterprise (Successful), AKB Electrical (Promising) and Kejuruteraan Letrik Limin (Mara graduate), while in manufacturing, Anita Mohamad of Anita Fragrance won the Most Successful Entrepreneur award, Ag Bakar Ag Basir of Alif AB Enterprise won the Most Promising Entrepreneur award while there was no winner for the third award.
For the services category, the winners were Md Razali Jaini of Tech 2 Parts and Services (Successful), Nur Balkis Abdullah of Lembah Impian Beauty and Spa (Promising) and Crispinah Sulisu of CRIS Training Centre (Mara graduate).
Jumbo Warisan Sdn Bhd won the most successful entrepreneur award, Cuzzaina Augustine of PC Farm as the most promising entrepreneur in the agriculture category. There was no winner for the third award.
There was only one recipient in the transportation and furniture factory sectors, Sanorajaya S/B and AN Interior Design Sdn Bhd, respectively.
Source: Daily Express Sabah

RAJA buah, durian (Durio zibethinus L). adalah salah satu buah yang sangat digemari di kalangan rakyat negara ini. Aromanya yang menggoda, menjadikan buah ini menjadi popular dimakan segar.KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.
Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Terletak di atas Bukit Jalan Istana tersergam indah di belakang perbandaran Sandakan sebuah rumah kerajaan peninggalan bekas pemerintah kolonial British yang dipanggil ‘Newands’. Rumah ini satu masa dahulu pernah dihuni oleh seorang yang sangat terkenal iaitu Agnes Newton Keith.BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Penularan wabak selesema babi yang semakin membimbangkan menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan negara kini berada dalam keadaan seakan darurat kesihatan.
Sehubungan itu, beliau mahu supaya penutup hidung dan mulut diwartakan sebagai barang kawalan bagi memastikan ia dapat diperoleh pada harga yang munasabah berikutan pemakaiannya adalah satu keperluan pada ketika ini.
''Setidak-tidaknya kita jadikan penutup hidung dan mulut sebagai barang kawalan sehingga wabak ini berakhir. Dengan itu rakyat akan mudah dapat bekalan dengan harga munasabah.
''Alat itu adalah keperluan sekarang dan maka sepatutnya dalam kesulitan seperti ini, tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan," katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.
Turut hadir bersama Muhyiddin pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Kesihatan, Datuk SeriLiow Tiong Lai dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Mereka turut memakai topeng muka pada sepanjang sidang akhbar berkenaan. Rata-rata pemimpin parti politik dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding di DUN berkenaan turut memakai penutup hidung dan mulut.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai penutup hidung dan mulut yang melambung tinggi dengan alasan yang diberi peniaga bahawa bekalan tersebut sukar diperolehi daripada pembekal.
Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan para peniaga supaya tidak sesekali melakukan pengambilan untung dengan menjualnya pada harga yang tidak masuk akal.
Katanya, perbuatan mencekik darah dengan menjual penutup hidung dan mulut berlipat kali ganda daripada harganya yang sebenar di saat orang lain berhadapan kesulitan adalah sangat dikesali.
''Saya tak fikir masalah bekalan tak cukup, ini adalah pengambilan untung berlebihan. Harganya yang sebenar sebelum ini hanyalah 30 sen tetapi sekarang ada yang menaikkan sehingga RM4, RM5 seunit.
''Ini sebenarnya mencekik darah. Sebab itu dengan perakuan yang diberi Kementerian Kesihatan maka sudah sepatutnya Akta Kawalan Harga digunakan atas tafsiran keadaan sudah semacam darurat kesihatan untuk memastikan bekalan penutup muka mencukupi dan harga yang dikenakan berpatutan," jelasnya.
Kata Timbalan Perdana Menteri, apabila penutup muka diwartakan sebagai barang kawalan maka tindakan boleh diambil ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjualnya melebihi pada harga yang ditetapkan.
''Dan kemudian diadakan sistem pelesenan iaitu siapa nak edar kena ada lesen. Bila habis wabak esok (nanti), kita keluarkanlah dari senarai barang kawalan.
''Ini supaya tiada pihak ambil kesempatan. Mustahak untuk kita pastikan bekalan ada dan harga berpatutan kerana pemakaiannya sudah keperluan untuk dipakai pada ketika ini," ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ekonomi Malaysia dijangka kembali positif pada suku keempat tahun ini bersandarkan tanda-tanda pemulihan semasa yang memberangsangkan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata, terdapat angka-angka awal yang menunjukkan terdapatnya tanda-tanda pemulihan yang positif.
Bagaimanapun, Zeti menyifatkan semakan semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini masih terlalu awal untuk dilakukan.
"Namun begitu, kami pasti menjelang suku keempat ini, kami akan menyaksikan pertumbuhan positif," katanya selepas pelancaran platform perdagangan komoditi antarabangsa berlandaskan Syariah iaitu, Bursa Suq Al-Sila', di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai laporan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa nilai mata wang ringgit adalah di bawah nilai, Zeti enggan mengulas lanjut berkata, kadar pertukaran asing terutamanya aliran pergerakannya ditentukan oleh pasaran.
"Bagaimanapun secara keseluruhan, ringgit adalah stabil berbanding nilai mata wang lain di rantau ini," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan pembangunan Bank Islam Mega, beliau berkata, pelbagai pihak dari seluruh negara telah menunjukkan minat masing-masing untuk mengemukakan permohonan yang akan ditutup pada Oktober ini.
"Sejurus selepas itu, kami akan membuat pengumuman berdasarkan penilaian daripada permohonan itu yang juga dibuka untuk bank konvensional," ujarnya.
Bank Islam Mega yang dijangka dilancarkan sebelum akhir tahun ini akan mempunyai modal permulaan sebanyak AS$10 bilion (RM35 bilion) menerusi beberapa tawaran awam permulaan dan pilihan saham persendirian.
Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Mata wang AS yang kukuh merupakan halangan kepada ekonomi global untuk kembali pulih kepada sedia kala, kata seorang pakar ekonomi kanan.
Justeru itu, Amerika Syarikat perlu membenarkan dolar AS diturun nilai bagi pemulihan ekonomi dunia yang lebih pantas.
"Krisis ekonomi dunia itu sendiri mempunyai penyelesaiannya tetapi malangnya krisis itu amat perit," kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohammed Ariff Abdul Kareem,
Beliau berkata, penguncupan ekonomi AS berlarutan lebih lama daripada yang sepatutnya, menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi masih tidak dapat diselesaikan.
"Masalah itu juga berpunca daripada dolar. Dolar AS terlalu kukuh bagi memastikan pemulihan. Justeru itu, AS perlu membenarkan dolar diturun nilai.
"Amat malang dolar AS masih kekal terlalu kukuh kerana ia sebenarnya di luar kawalan AS. Dolar telah diglobalisasikan, diniagakan di peringkat antarabangsa dan bukan AS yang menentukan nilai mata wang.
"Ia negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan dan kebanyakan negara Asia Timur lain yang memegang kertas dalam nilai dolar yang besar, yang tidak mahu melihat dolar lemah. "Dolar yang lemah bermakna kerugian modal besar bagi mereka. Dolar yang lemah juga bermakna eksport ke AS akan menjadi tidak kompetitif. Jadi untuk pelbagai alasan, negara-negara lain mahu melihat dolar yang kukuh, tetapi dolar yang kukuh menghalang pemulihan ekonomi global," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif.
Mohammed Ariff berkata: "Dolar yang kukuh menghalang pemulihan ekonomi global. Jadi inilah sebabnya mengapa saya rasa pertumbuhan China lebih banyak daripada segi dalaman. Ia bukan luaran seperti dalam kes AS.
"Jadi itulah sebabnya mengapa kita terpaksa perlu menunggu ekonomi AS pulih tetapi pemulihan hanya sebahagian kerana AS tidak akan kembali kepada laluan pertumbuhan sebelum krisis.
"Jika ia berlaku, secara tidak diduga atau secara kebetulan, ia tidak akan bertahan lama kerana masalah dengan AS adalah ia menggunakan terlalu banyak dan menyimpan terlalu sedikit," katanya sambil menambah pelarasan perlu dimulakan.
"Jadi saya rasa AS tidak akan kembali semula kepada sikap penggunaan lamanya. Jika ekonomi terbesar dunia itu tidak mampu kembali semula kepada pendekatan penggunaan lamanya, ia tidak akan mengimport sebegitu banyak seperti sebelum ini.
"Ini bermakna kita tidak akan dapat mengeksport ke AS sebanyak seperti sebelum ini. Dengan kata lain, mereka mungkin mengambil laluan pertumbuhan rendah berbanding seperti sebelum krisis.
Sumber: Utusan Malaysia
BUENOS AIRES 6 Ogos - Sebanyak 337 mati akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di Argentina, meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh dua minggu.
Ini sekali gus mengesahkan Argentina sebagai negara yang mencatatkan kematian kedua tertinggi di dunia akibat wabak selesema tersebut selepas Amerika Syarikat (AS).
Timbalan Menteri Kesihatan Argentina, Maximo Diosque berkata, lebih 700,000 daripada 763,000 kes selesema yang dikesan di negara itu adalah selesema babi.
Walaupun jumlah kematian di negara itu hampir sama banyak dengan AS tetapi penduduk negara latin itu hanya kira-kira 40 juta berbanding AS sekitar 300 juta orang. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia
| |
| Orang ramai menunggu untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia yang dibuka semalam untuk semua rakyat Malaysia di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang mula dijual kepada orang ramai hari ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga ada yang menunggu seawal pukul 2 pagi di Ibu Pejabat Permodalan Nasional Bhd. (PNB) di Jalan Tun Razak di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kaunter-kaunter jualan di PNB mulai dikunjungi orang ramai sejak ia dibuka pada pukul 8 pagi.
AS1M dengan saiz dana sebanyak 10 bilion unit dijual pada harga RM1 setiap unit dan disasarkan kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pelaburan minimum 100 unit dan pelaburan tambahan minimum serendah satu unit.
Dana ekuiti itu mempunyai ciri-ciri seperti dana harga tetap lain iaitu Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).
Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman ketika ditemui di PNB berkata, sambutan awal terhadap AS1M hari ini merupakan permulaan yang baik terhadap saham tersebut.
"Anda lihat sendiri betapa ramainya yang datang, tetapi apa yang lebih penting ialah penerimaan AS1M oleh semua masyarakat di negara ini.
''Peluang ini diberikan kepada semua rakyat Malaysia," katanya.
AS1M dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Julai lalu.
Sementara itu difahamkan, ada antara pelanggan yang datang ke PNB bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sejak awal pagi lagi kerana tidak mahu terlepas peluang melanggan unit saham terbesar yang ditawarkan itu.
Malah beberapa pelabur juga telah berada di pekarangan Ibu Pejabat PNB sejak pukul 2 pagi lagi.
Langganan unit itu tertakluk pada peruntukan 50 peratus untuk bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan baki lima peratus untuk kaum minoriti lain.
Sementara itu, seorang pegawai insurans, Yee Wee Lin, 27, berkata, dia tiba sebelum pukul 7 pagi dan terpaksa menunggu serta berbaris di pekarangan bangunan PNB sehingga kaunter dibuka pada pukul 8 pagi.
Katanya, dia terpaksa bertolak awal dari rumah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semata-mata mahu melanggan unit saham AS1M.
''Saya berbangga dan mengalu-alukan pendekatan kerajaan memperkenalkan dana saham untuk semua rakyat Malaysia.
''Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana kerajaan begitu prihatin dalam memberi peluang untuk sama-sama melabur dan mendapat manfaat daripada pelaburan ini selaras dengan gagasan 1Malaysia," katanya.
Pen Sew Lin, 31, pula bercadang membuat pelaburan awal sebanyak RM2,000 dan percaya AS1M bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melabur kerana kadar dividen yang lebih tinggi serta mudah diurus selain dijamin kerajaan.
"Saya percaya ramai kaum Cina akan melabur dan mendapat manfaat daripada pelaburan ini selain bersama-sama membantu kerajaan membangunkan negara," katanya.
Seorang pelajar, Nur Atikah Edy, 21, berkata, pulangan tinggi dalam pelaburan yang dikendalikan PNB itu mendorongnya untuk melabur dalam AS1M.
"Pulangannya lebih tinggi berbanding simpanan tetap. Masyarakat harus menggunakan peluang ini untuk masa depan mereka.
"Langkah memperkenalkan AS1M oleh Perdana Menteri memberi inspirasi kepada saya untuk sama-sama terlibat dalam pelaburan walaupun masih belajar," katanya.
Seorang eksekutif sebuah bank, V. Revathy, 28, pula yakin kaum India di negara ini tidak akan ketinggalan untuk melanggan saham amanah itu.
"Walaupun kaum India tidak melabur banyak, saya percaya mereka akan sama-sama terlibat.
"Kami juga yakin dengan keadaan ekonomi kaum India yang semakin baik, ia turut membantu kami untuk terus melabur dan memacu pembangunan negara, " katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian woman sentenced to flogging for drinking beer has accepted the Islamic court's order, saying she wants the punishment to be carried out soon, news reports said Thursday.
Kartika Sari Dewi Shukarno, a 32-year-old model, was arrested on charges of drinking beer after Islamic authorities raided a hotel nightclub last year. She was sentenced Monday to six lashes with a rattan cane after pleading guilty in the Shariah High Court.
Consuming alcohol is a religious offense in Malaysia only for Muslims, who make up nearly two-thirds of the population. Offenders are prosecuted in Shariah courts, which handle cases mainly related to family and moral issues for Muslims. Most alcohol offenders are fined, but the law also provides for a three-year prison term and caning.
Some politicians and women's rights activists have criticized the religious court's sentence, calling it too harsh.
Caning is usually reserved for men in various crimes ranging from rape to bribery. But several Islamic lawyers have insisted that the penalty for Kartika is fair, saying she will be whipped with a thin rattan cane that does not cause severe pain.
Kartika told reporters in her northern home state of Perak on Wednesday that she wants authorities to carry out the penalty quickly so that she can resume her life with her husband and two children.
"I will accept this earthly punishment," the national news agency Bernama quoted her as saying. "I want to advise youngsters to learn from my experience, not to repeat my mistake and cause shame to yourself and family."
Kartika's lawyer could not immediately be contacted Thursday.
Rattan canes are made from palm plants common in tropical parts of Asia. They have been used for decades for corporal punishment, but offenders in serious crimes are flogged with thicker canes that can cause bleeding and scars.
Kartika was the only Muslim caught in last year's raid at the Pahang nightclub. Malaysian clubs and lounges typically serve alcohol and are not legally required to check if customers are Muslim before serving them, so the hotel nightclub operators were not charged with any offense.
The judge in Kartika's case did not elaborate on why he imposed a relatively severe sentence, but local media noted that he had a history of being tough on alcohol offenders.
Source: AP
BELURAN: Kementerian Pelajaran diminta mengagihkan penempatan guru bahasa Inggeris secara sama rata bagi merapatkan jurang penguasaan bahasa itu antara pelajar sekolah bandar dan luar bandar.
Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee berkata ketidaksamarataan dalam penempatan guru bahasa Inggeris secara berterusan akan menjejaskan dasar pendidikan negara.
“Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa ini, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar masih rendah berbanding pelajar di bandar,” kata ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Beluran di sini, kelmarin.
Beliau, yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, berkata penempatan guru bahasa Inggeris perlu dilihat dengan lebih serius kerana pelajar luar bandar juga berhak mendapat kualiti pendidikan yang sama.
Katanya ianya selaras dengan usaha melaksanakan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Katanya langkah menempatkan lebih ramai guru bahasa Inggeris yang berkelayakan adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Sumber: New Sabah Times
RANAU: Menteri Pemban-gunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin mahu usaha untuk memajukan industri kraftangan tempatan di negeri ini diperhebatkan lagi, bagi meningkatkan ekonomi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Beliau berkata, ini kerana pada masa ini industri kraftangan di Sabah masih belum mantap dan perusahaan pengeluarannya juga masih ditahap yang rendah.
Katanya, berdasarkan kajian pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia lebih kurang 90 peratus daripada pengusaha kraf-tangan tempatan di Malaysia merupakan pengusaha sambilan.
“Ternyata belum ramai pengusaha atau peniaga kraftangan melibatkan diri secara sepenuh masa dalam bidang ini atau sekiranya ada ia hanya diusahakan secara kecil-kecilan disebabkan keyakinan pengguna terhadap perusahaan ini masih di tahap rendah.
“Sehubungan itu, kursus-kursus kraftangan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) seumpama ini adalah satu langkah positif bagi meningkatkan perusahaan kraftangan seterusnya menjadikannya sebagai sumber pendapatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Kursus Asas Ukiran Kayu dan Anyaman Rotan di Dewan Kg.Luanti Baru, Ranau, dekat sini, pada Jumaat.
Dr.Ewon bekata, kerajaan akan terus membantu pengusaha kraftangan dengan memberi penekanan terhadap aspek pembangunan produk kraf.
“Pembelajaran berterusan serta perkembangan dan penyelidikan amat penting dalam pembangunan produk kraf.
“Pengusaha bukan hanya perlu mempunyai kemahiran dalam mengeluarkan produk kraft yang berkualiti tetapi perlu mahir mengubahsuai produk ini bagi memenuhi kehendak pasaran,” katanya.
Beliau juga berharap agar para pengusaha kraf di negeri ini memanfaatkan kemahiran mereka sepenuhnya dengan lebih kreatif menghasilkan kraftangan agar mempunyai nilai komersil.
“Saya difahamkan produk yang bersaiz kecil, senang dibawa dan praktikal adalah memenuhi kehendak para pelancong dan laris di pasaran tempatan,” katanya.
Menurutnya lagi, kementeriannya akan berusaha membantu para pengusaha kraftangan dari segi pemasaran, antaranya menganjurkan pameran produk industri desa KPLB setiap tahun.
“Dengan melibatkan usahawan kraftangan desa secara langsung dalam perniagaan jual beli produk kraft, saya percaya ia mampu memartabakan usahawan kraf desa di negeri ini,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
The eastern city of Dresden, where a hijab-clad Egyptian was stabbed to death by a racist, is planning to honor the brave pregnant woman whose killing has sparked anger in the Muslim world and shaken the German society to its core.Salam perkenalan, kewujudan ExIKM Kota Kinabalu dalam FB ni bertujuan untuk menghimpunkan kembali para pelajar yang telah menamatkan latihan serta orang ramai atau kepada sesiapa yg berminat berkenalan.
Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK), mula dibina pada bulan Ogos 2000 dan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. IKMKK ini dibina di atas tanah seluas 35 Hektar di Sepangar.
Projek pembinaan ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan dan kos pembinaannya adalah RM 36,291,436.42 juta. IKMKK ini merupakan Institut Kemahiran MARA yang ke-13 dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh Malaysia dan pertama di Negeri Sabah. IKMKK dibina untuk membantu belia-belia dan beliawanis mempertingkatkan kemahiran, menimba ilmu dalam bidang kemahiran selaras dengan seruan kerajaan supaya para belia dan beliawanis di Malaysia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan teknologi agar dapat merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang Tahun 2020.
IKMKK mula beroperasi pada bulan Julai 2002 dan pengambilan pertama pelajar seramai 106 orang dalam 3 kursus yang ditawarkan pada masa itu. Pada masa sekarang, terdapat 7 kursus yang ditawarkan oleh IKMKK iaitu Teknologi Bangunan, Teknologi Senibina, Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik Kuasa, Teknologi Pemanasan, Pengudaraan & Penyamanan Udara dan Kimpalan 6G hasil usahasama MARA dan PETRONAS. Semua kursus ini adalah di peringkat SIJIL.
Kepada pelawat blog ini yang sudi mengirimkan sebarang artikel untuk dimuatkan dalam blog ini, pihak Admin. Blog amat mengalu-alukannya. Syarat artikel tersebut tidak mempunyai unsur lucah, fitnah, hasutan dan berbaur politik.
Semua artikel akan disiarkan seperti mana yang dikirimkan tanpa sebarang edit tapi akan diteliti terlebih dahulu. Sila kirimkan ke e-mail ini lippikmkk@gmail.com. Penggunaan 'chatroom' (Sembang D'Korner) anda tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat dan tidak sopan. Sekiranya anda tidak menghiraukannya IP anda akan di 'ban'.
Harap Maklum.
If you are the copyright owner of any of these articles, pictures, photos, images or e-books and don't want me to share them, please, write comments on pages and I will gladly remove them.
PENAFIAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman blog ini. Laman ini sesuai dipaparkan menggunakan browser Firefox versi 3.0.4 dan ke atas dengan resolusi 1024x768.
All Right Reserved © 2009 - 2010 by ExIKM Kota Kinabalu