E-Mail: lippikmkk@gmail.com

Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan

07 September 2009

tips kesihatan pengambilan madu


- Membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh kerana madu dapat membantu mengimbangkan sistem immunisasi badan, membantu mencegah keletihan dan kelemahan, melawan alergi, insomnia dan masalah tekak melalui sifat semula jadi anti-inflammatorinya.

- Sebagai suplemen nutrisi kanak-kanak dan dewasa kerana madu mengandungi lebih kurang 15 nutrien seperti mineral (sodium, potassium dan magnesium), vitamin, enzim dan asid-asid amino penting, tetapi tidak mengandungi gula.

- Sebagai antiseptik semula jadi bagi mengelak jangkitan dan sangat efektif untuk luka dan melecur dan sebagai anti-oksidan semulajadi bagi mengurangkan kerosakan sel malah bagus sebagai pelembab kulit dan membantu mengurangkan jerawat.


01 September 2009

Khasiat Minyak Ikan Kod



Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai
boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan kod diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar.

Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Khasiat buah epal


Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.


Fakta kesihatan:

- Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.

- Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.

- Membantu kesihatan membran paru-paru.

- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

- Membantu mengekalkan berat badan.


* dikhabarkan khasiat buah epal ini boleh membantu 'melawan' jangkitan penyakit selesema babi (H1N1).

21 Ogos 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
20 Ogos 2009


Dimaklumkan sehingga 20 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1533 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 104 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 195 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 188 kes telah di discaj.

Dari 195 kes yang disahkan H1N1, 35 kes berada di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru sementara 5 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 35 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (57%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (4), penyakit kronik (5), asma (2), hamil dan bersalin (4), obesiti (1), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini, iaitu seorang wanita berusia 33 tahun yang sedang hamil 34 minggu.Kes telah mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos 2009 setelah mengalami demam dan batuk selama satu hari. Walau bagaimanapun lima hari kemudian (12 Ogos 2009) pesakit dirujuk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana mengalami sesak nafas dan rawatan Tamiflu terus dimulakan. Walau bagaimanapun kes meninggal dunia keesokan harinya (13 Ogos 2009) kerana severe pneumonia dan respiratory failure. Kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 14 Ogos 2009.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 20 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353.

Untuk makluman, orang ramai diminta mengambil maklum perbezaan gejala selesema biasa dengan jangkitan influenza. Di antara perbezaan yang ketara ialah apabila dijangkiti influenza, individu akan mengalami demam yang tinggi (>38°C) sehingga 3 ke 4 hari, sakit kepala, sakit tekak, kerap letih, sakit badan yang biasanya teruk, letih lesu dan batuk tanpa kahak di peringkat awal. Manakala selesema biasa pula jarang mengalami demam atau demam ringan (<38°c),>

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

  1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golongan dengan imuniti rendah.

  2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

  3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 20 Ogos 2009


Sumber:http://h1n1.moh.gov.my.

20 Ogos 2009

Harga Maksimum Borong & Runcit Topeng Muka (Surgical / Medical) Mengikut Jenis Di Seluruh Negara

JENIS

HARGA MAKSIMUM BORONG (RM)
HARGA MAKSIMUM RUNCIT (RM)

Topeng Muka (surgical/medical)



1 ply – earloop

(100 pcs x 1 kotak)

5.00 sekotak 7.00 sekotak

2 ply – earloop

(100 pcs x 1 kotak)

8.00 sekotak

10.00 sekotak

0.20 seunit

3 ply – earloop

(50 pcs x 1 kotak)

25.00 sekotak 0.80 seunit

3 ply – tie-on

(50 pcs x 1 kotak)

30.00 sekotak 0.80 seunit

N95

(20 pcs x 1 kotak)

100.00 sekotak 6.00 seunit


Sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/


18 Ogos 2009

Kerap makan rangsang bakteria dalam mulut

RAMAI daripada kita gemar berkongsi makanan menggunakan sudu yang sama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang mana tanpa disedari kita juga sebenarnya turut berkongsi bakteria di dalam mulut.

Memang itulah hakikat yang terjadi sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan tabiat tidak berkumur atau memberus gigi setiap kali selepas makan.

Tabiat terlalu kerap makan juga sebenar tidak elok kerana ia secara tidak langsung memberi bekalan makanan kepada bakteria menerusi cebisan makanan yang tertinggal di dalam mulut .

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr. Lee Soon Boon berkata, sebaiknya individu mengubah gaya pemakanan mereka untuk kesihatan gigi dan gusi yang optimum.

"Tidak bermakna kita perlu mengubah selera makanan kerana itu pilihan masing-masing tetapi kita disarankan untuk mengambil langkah-langkah yang mengurangkan kehadiran bakteria dalam mulut.

"Sebagai contoh, lebih baik makan banyak tetapi tidak kerap berbanding makan sedikit tetapi terlalu kerap kerana bakteria lebih mudah membiak dalam keadaan itu sebegitu," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran berus gigi Oral-B CrossAction Pro-Health, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Soon Boon menambah, kerap makan makanan yang mengandungi karbohidrat juga tidak begitu dibaik kerana ia adalah makanan untuk bakteria.

"Kita sering menganggap bahawa kaviti berpunca daripada gula tetapi sebenarnya ia berpunca daripada bakteria.

"Dalam mulut manusia terdapat berjuta-juta bakteria dalam pelbagai spesies, saiz dan bentuk. Antara jenis bakteria yang terdapat dalam mulut ialah lactobacillus acidophilus, actinomyces viscosus dan streptococcus mutans," jelasnya.

Bagaimana untuk mengetahui kewujudan bakteria dalam mulut?

Menurut Dr. Soon Boon, bakteria wujud dalam lapisan melekit, sedikit licin, kekuningan dan amat jelas di atas permukaan gigi yang tidak diberus selama beberapa jam selepas makan.

"Jangan biar selepas tujuh hingga lapan jam selepas makan baru hendak gosok gigi kerana kelewatan tersebut menggalakkan pertumbuhan bakteria di dalam mulut.

"Apabila populasi bakteria bertambah maka akan terhasil bahan buangan bakteria iaitu sejenis asid yang menjadi penyebab kepada kerosakan gigi," ujarnya.

Untuk memastikan mulut bebas daripada bakteria terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diikuti iaitu berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan pastikan juga ia efektif.

"Selain pemilihan berus gigi yang baik teknik memberus juga mesti betul. Berus gigi yang baik perlulah diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan helaian berusnya juga perlu rapat agar lebihan ubat gigi tidak mudah masuk ke dasar dan mengakibatkan pertumbuhan kulat.

"Langkah penjagaan lain meliputi tabiat penggunaan flos gigi untuk membuang cebisan makanan di antara gigi dan lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun," tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia


30 Julai 2009

Virus H1N1 ancam manusia

Apakah dimaksudkan dengan selesema babi?

Ia sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia, dipercayai menerusi batuk dan bersin.

Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun.

Bagaimana wabak berlaku?

Mutasi virus demam selesema sentiasa berlaku dan berubah yang menyebabkan perubahan kecil protein di permukaannya yang dikenali sebagai antigen. Sistem daya tahan atau imun badan mungkin kebal terhadap jangkitan itu jika ia pernah berdepan virus sama sebelum ini, tetapi boleh menjadi lemah jika ia membabitkan antigen baru. Virus selesema yang menjadi tumpuan ramai sekarang adalah sejenis virus influenza A H1N1 yang dijangkiti unggas, mamalia tertentu serta manusia.

Mutasi virus selesema

Virus influenza A boleh melalui proses mutasi dalam dua cara - perubahan antigenik yang mana antigen sedia ada berubah. Satu lagi membabitkan perubahan gabungan dua atau lebih antigen. Perubahan antigen ini berlaku dari setahun ke setahun membabitkan jenis yang lazimnya dijangkiti manusia. Berikutan itu, manusia mempunyai separuh, jika tidak sepenuh kekebalan. Sebaliknya, virus H1N1 yang baru itu dilihat berasal daripada perubahan antigen babi di Mexico.

Potensi virus ini

Nama selesema babi itu memberi gambaran kurang tepat kerana ia seolah-olah mengaitkan babi sebagai ‘lubuk’ campuran beberapa jenis virus selesema iaitu gabungan genetik babi, unggas dan manusia. Ada antara antigen itu membabitkan jenis baru yang tidak pernah disaksikan sistem imun hampir keseluruhan manusia. Berikutan itu, jenis baru ini berpotensi mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran.

Bolehkah manusia dijangkiti selesema babi?

Ia lazimnya tidak dijangkiti manusia, kecuali kes tertentu membabitkan mereka yang bersentuhan dengan haiwan itu. Malah ada kes yang sebelum ini jarang berlaku yang mana manusia menyebarkan virus itu kepada individu lainnya. Wabak terbaru ini menjadi bukti jangkitan antara manusia dari manusia itu secara mudah dan cepat yang sekali gus memerlukan perhatian segera pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia. Virus itu tersebar dari manusia kepada manusia, sama seperti virus selesema lain menerusi batuk, bersin atau sentuhan pada permukaan yang dijangkiti.

Apakah ia jenis baru virus?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya beberapa kes jangkitan manusia membabitkan jenis H1N1 yang belum pernah dilihat sebelum ini. H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan wabak demam selesema di kalangan manusia sering berlaku. Tetapi kali ini, jenisnya berbeza kerana mengandungi material genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Contoh kejadian penyebaran selesema babi di kalangan manusia?
  • 1976 - Wabak selesema babi di kalangan anggota tentera di Fort Dix, New Jersey. Virus itu menyebabkan masalah pneumonia atau radang paru-paru yang dihidapi sekurang-kurangnya empat askar dan satu kematian lain. Virus itu tersebar dengan mudah berikutan persekitaran latihan ketenteraan dan terhad kepada pihak luar.
  • 1988 - Seorang wanita 32 tahun yang hamil dan diketahui sihat, dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru dan mati lapan hari kemudian. Pemeriksaan lanjut menemui virus H1N1. Empat hari sebelum jatuh sakit, mangsa mengunjungi satu pesta pameran babi dan binatang itu diketahui mempunyai gejala selesema babi.

Sejauh mana bahayanya?

Simptom selesema babi sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.

Perlukah kita bimbangkan ancamannya?

Berikutan ciri-ciri virus baru ini yang memungkinkan penyebaran dari manusia kepada manusia, ia perlu dipantau rapi sebagai persiapan kemungkinan mencetuskan wabak besar-besaran pada peringkat global. Pihak WHO sudah memberi amaran, jika kes di Mexico dan Amerika Syarikat itu sama, ia boleh mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia dan menegaskan keadaan sekarang sememangnya serius, biarpun ada pakar menyifatkannya terlalu awal untuk menilai keadaan itu secara keseluruhannya. Tetapi mereka tidak menolak kemungkinan dunia semakin hampir kepada wabak demam selesema besar-besaran sejak wabak yang tercetus pada 1968.

Pakar turut mengkategorikan tahap ancaman itu di paras empat berbanding skala enam peratus. Tiada siapa pun tahu impak keseluruhan wabak besar-besaran itu, tetapi pakar sebaliknya sudah memberi amaran ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta nyawa.

Hakikat, kesemua kes di Amerika Syarikat dan lainnya yang menyebabkan gejala atau simptom sederhana, disifatkan sebagai satu perkembangan yang menggalakkan. Ia menunjukkan seriusnya wabak di Mexico berkemungkinan besar disebabkan faktor geografi yang berbeza dan disifatkan amat luar biasa yang mungkin menunjukkan ada virus kedua yang tiada kaitan menular dalam masyarakat dan berkemungkinan tidak semudah itu mencetuskan masalah di seluruh dunia.

Kemungkinan lain, mangsa yang dijangkiti di Mexico, mungkin mendapatkan rawatan lewat di negara lain.

Andaian lain, mungkin juga virus yang tersebar di Mexico berbeza daripada jenis yang tersebar di tempat lain dan ini pun masih perlu disahkan oleh analisis makmal. Namun, hakikat majoriti mangsanya masih muda juga disifatkan menjadi petunjuk yang agak aneh kerana andai masalah ini dikaitkan dengan musim demam selesema, ia lazimnya menyerang mangsa yang lebih tua.

Berapa lamakah tempoh mereka yang dijangkiti menyebarkan kepada orang lain?

Mereka yang dijangkiti selesema babi, disifatkan sebagai boleh menyebarkan virus itu selagi masih ada simptom berkaitan sehingga tujuh hari sejak gejala itu mula dikesan. Kanak-kanak misalnya, berpotensi dijangkiti bagi tempoh lebih lama.

Simtpom atau gejala?

Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas

Bolehkah virus ini dikawal?

Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar.

Cara rawatan dan vaksinnya?

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata ada dua jenis ubat yang sering digunakan bagi merawat demam selesema - Tamiflu dan Relenza yang terbukti berkesan merawat kes sebelum ini. Namun, ia perlu diberi seawal mungkin bagi memastikan keberkesanannya. Penggunaan ubat ini juga menyukarkan virus itu dijangkiti orang lain. Kerajaan Britain sudah pun menyediakan bekalan 33 juta dos Tamiflu yang dipesan awal bagi berdepan pandemik ini. Namun, tidak jelas sejauh mana keberkesanan vaksin yang ada sebagai perlindungan jenis baru virus ini yang secara genetiknya berbeza daripada jenis lain. Saintis Amerika sudah pun menghasilkan vaksin baru tetapi ia memerlukan masa untuk disempurnakan dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan besar dunia. Ada satu vaksin yang digunakan bagi melindungi manusia daripada versi awal selesema babi di Amerika pada 1976. Bagaimanapun, ia menyebabkan kesan sampingan serius, termasuk kira-kira 500 kes sindrom Guillain-Barré yang menyebabkan lebih banyak kematian berbanding kesan wabak ketika itu.

Apa harus lakukan untuk selamat?

Mereka yang mempunyai simptom atau gejala demam selesema atau ada kemungkinan terdedah kepada virus selesema babi, perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk segera ke hospital.

Bagaimana mengelak jangkitan?
  • Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

  • Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.

  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

  • Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.

  • Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.

  • Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.

Sumber: Berita Harian

Penggunaan Mask

Kawasan

Mereka yang tidak berisiko tinggi

Mereka yang berisiko tinggi (rujuk lampiran di bawah)

Komuniti

Tiada H1N1 di dalam masyarakat

Mask tidak disyorkan

H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang tidak sesak

Mask tidak disyorkan

H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang sesak

Mask tidak disyorkan

Hindari kawasan sesak.
Jika berada di kawasan sesak, pakailah mask

Rumah

Penjaga pesakit yang disyaki menghidap influenza

Mask tidak disyorkan

Mask disyorkan

Ahli lain di dalam rumah

Mask tidak disyorkan

Mask disyorkan

Pekerjaan (bukan penjagaan kesihatan)

H1N1 di dalam masyarakat

Mask tidak disyorkan, tetapi boleh dipertimbangkan bagi beberapa keadaan.

Mask disyorkan

Pekerjaan (penjagaan kesihatan)

Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza

Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disaranka


Lampiran:
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
  6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Sumber: http://h1n1.moh.gov.my


Cegah Influenza A (H1N1) Dengan Mencuci Tangan Dengan Betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna


  2. Gosok kedua-dua tapak tangan


  3. Gosok setiap jari dan celah jari


  4. Gosok kuku di tapak tangan


  5. Gosok belakang tangan dan celah jari


  6. Cuci tangan dengan air bersih


  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu



4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

  1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
  2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
  3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
  4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:

  1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  4. Bila-bila masa tangan anda kotor

Sumber: http://h1n1.moh.gov.my

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi

  1. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

    Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

    Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

    Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

  2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?

    Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

    Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

  3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

    Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

  4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?

    Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

Sumber: http://h1n1.moh.gov.my

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Sumber: http://h1n1.moh.gov.my

02 Julai 2009

Teknik tekan dan uli untuk buang angin

DIURUT memang enak rasanya. Ringan rasa seluruh badan. Malah ada sesetengah orang boleh jadi ketagih. Tidak mengurut sebulan sekali, badan akan rasa lenguh-lenguh dan tidak bermaya.

Agaknya apa yang menariknya setelah diurut? Apalagi tubuh akan menjadi segar setelah urat-urat dibetulkan dan pengaliran darah berjalan dengan lancar. Kesannya di malam hari, tidur akan menjadi nyenyak hingga ke subuh.

Kini pelbagai jenis urutan boleh diperoleh di negara ini. Jika dahulu, urutan tradisional Melayu yang menjadi monopoli di negara ini. Itu pun hanya boleh diperoleh di kampung dan dilakukan oleh 'orang lama'. Mereka belajar ilmu mengurut yang biasanya diperturunkan daripada nenek moyang. Nawaitunya untuk merawat anak cucu kot-kot ada yang terseliuh suatu hari nanti.

Kini, urutan tradisional Melayu telah mendapat saingan terutama daripada urutan Indonesia dan terbaru, urutan tradisional Cina.

Pengurus Healing Touch, Mohd. Azmi Mohd. Zain berkata, pusat rawatan miliknya yang dibuka November tahun lalu menyediakan rawatan tradisional Cina yang dipanggil urutan tui-na, memandangkan telah banyak wujud pusat rawatan tradisional Melayu dan Indonesia.

Pusat rawatan terapi ini mempunyai empat orang terapis terlatih, tiga wanita dan seorang lelaki. Sebelum datang bekerja di Malaysia, mereka telah mendapat latihan rawatan terapi dari sebuah kolej di China.

Mohd. Azmi berkata, tekanan hidup dan stres yang dihadapi oleh masyarakat bandar membuatkannya terpanggil untuk membuka pusat rawatan ini.

''Selain tekanan di tempat kerja, masyarakat bandar perlu mengharungi tekanan mengharungi kesesakan jalan raya. Itu belum lagi dengan tekanan semasa di rumah dan sebagainya,'' katanya yang ditemui di Healing Touch baru-baru ini.

Tambahnya, pusat rawatan yang berkonsep keluarga ini, iaitu untuk lelaki dan wanita menyediakan rawatan urutan, refleksologi, bekam, resdung, skrub badan, spa kaki, qua-sa (buang angin cara kerukan menggunakan jed dan tanduk lembu atau kerbau) dan sebagainya.

''Masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan tidak kira lelaki atau wanita ialah banyak angin. Masalah angin yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti letih lesu, sakit kepala, sakit-sakit badan dan sendi, senak perut, lenguh, rasa bisa di belakang dan banyak lagi.

''Punca banyak angin ini juga adalah pelbagai. Sebaiknya pakai stokin semasa tidur. Tapak kaki yang terdedah memudahkan angin masuk ke dalam badan. Semasa berjalan di dalam rumah seeloknya memakai selipar kerana lantai jubin sejuk dan boleh memudaratkan kesihatan. Pemakanan juga menjadi salah satu penyebab banyak angin.

''Urutan tradisional Cina yang dijalankan di sini dapat membantu mengeluarkan angin di dalam badan dan tubuh menjadi segar selepas rawatan,'' ujar Mohd. Azmi lagi.

Beliau menambah, terapis di Healing Touch telah diajar mengenai sistem tubuh manusia dan akan mengetahui sama ada seseorang pelanggan itu mempunyai masalah angin apabila mengurut pelanggan.

''Perbezaan urutan tui-na daripada jenis urutan lain ialah pelanggan boleh memilih minyak yang disukai seperti minyak essential, aromaterapi, lavender, halia atau anti selulit untuk digunakan semasa berurut.

''Cara urutan juga berbeza kerana terapis banyak menggunakan teknik menekan poin bagi mencari poin angin atau 'menguli' otot-otot supaya angin dapat keluar dan tidak berkumpul di dalam badan,'' jelasnya.

Selain khidmat urutan, teknik berbekam yang dijalankan di sini juga berbeza. Kebiasaannya kulit pelanggan yang akan dibekam dihiris sedikit bagi mengeluarkan darah kotor.

Namun berbeza di Healing Touch kerana teknik bekam angin digunakan untuk merawat pelanggan. Oleh itu, hirisan tidak akan dilakukan kerana pusat ini amat mementingkan aspek kebersihan.

Healing Touch yang dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam menyediakan lima buah kerusi bagi urutan refleksologi dan empat buah katil untuk urutan pada satu masa.

Sumber: Utusan Malaysia

Lebam sukar dielak

PEPATAH Cina ada mengatakan 'kanak-kanak tidak membesar kalau tidak terjatuh'. Jadi lebam di sana sini merupakan perkara biasa semasa proses pembesaran kanak-kanak.

Mereka mungkin terhantuk di kepala atau terjatuh semasa baru mahu belajar berjalan, malah bagi anak-anak yang aktif, lebam di kaki, lutut dan siku mungkin satu kebiasaan.

Apa itu lebam?

Secara umumnya, lebam ialah kecederaan pada tisu kulit yang mengakibatkan kapilari darah pecah dan mengalir di sekitar tisu yang tercedera. Oleh kerana tiada saluran keluar, darah akan terperangkap. Ini akan mengakibatkan bengkak atau kesan yang berwarna merah atau ungu terbentuk.

Kanak-kanak biasanya akan menangis dengan kuat untuk mendapat perhatian apabila terhantuk di kepala, menyebabkan sesetengah ibu bapa menjadi panik secara tiba-tiba.

Pada masa yang sama cuba merawat dan memujuk anak-anak ini. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan:

Tuam atau demah panas. Semasa zaman kanak-kanak, nenek selalu menggunakan telur rebus panas atau nasi panas yang dibalut di dalam sapu tangan dan tuam pada lebam yang kononnya membantu pengaliran darah. Cuba bayangkan, sudahlah sakit lebam, terpaksa menahan panas pula. Amalan ini masih digunakan sehingga kini. Walaupun begitu, kaedah ini amat tidak digalakkan kerana darah akan mengalir lebih banyak dan menyebabkan lebam menjadi lebih besar.

Tuam atau demah sejuk. Anda mungkin boleh menggunakan apa sahaja di dalam peti sejuk untuk menuam lebam dan ia berkesan. Apabila bahan sejuk diletakkan pada bahagian lebam, darah yang mengalir berkurangan. Bengkak dan rasa sakit juga berkurangan.

Minyak urut. Ada yang lebih gemar menggunakan minyak urut dengan menganggap ia akan melancarkan pengedaran darah dan menghilangkan kesakitan dengan cepat. Sebenarnya, amalan ini akan membuatkan kesan lebam lebih teruk.

Petua tentang lebam

Kebanyakan orang mengamalkan kaedah seperti dinyatakan. Apabila ditanya mengapa diurut, pelbagai jawapan diberi. Ada yang risau bila tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan pendarahan beku. Ada juga yang risau kerana mungkin beberapa tahun kemudian rasa sakit sengal-sengal.

Sementara itu, HOE Pharmaceutical Sdn. Bhd, baru-baru ini memperkenalkan A-Bruzzy. Produk ini mengandungi bahan anti-pembekuan darah yang membantu proses mengurangkan lebam secara normal. Rumusan gel daripada bahan aktif semula jadinya mempunyai fungsi anti-pembekuan darah dan anti-keradangan.

Ia memudahkan pengangkutan darah dan cecair yang terkumpul melalui tindakan penguraian ke atas kapilari darah subkutaneus sekali gus mengurangkan kesan lebam.

Jadi tidak perlulah lagi menuam atau demah pada saat kecemasan. Apa yang paling penting, pengguna tidak perlu mengurut kesan lebam yang menyakitkan pada anak-anak anda.

Sumber: Utusan Malaysia


Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu