E-Mail: lippikmkk@gmail.com

Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

02 Mac 2009

resepi kuih siput..

Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari
1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
garam secukup rasa
ajinomoto penambah perisa

Cara:
Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.

Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.

Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

resipi..BISKUT ALMOND LONDON..

Bahan – bahan

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar

Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

camana mau wat kek batik.....

* 1 packet milo (packet yg plg kecil)
* 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
* 1 buku buttercup
* 1 cawan gula halus
* 1 biji telur ayam
* serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
* 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara:
1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

arr..camana bikin sayap ayam..hehehe

bahan-bahan:
1kg sayap ayam
1-2 sudu paprika @ white pepper(nak pedas guna black pepper)
3-4 sudu madu @ gula merah
5 ulas bawang putih
1/2inch halia
jus lemon @ limau nipis
garam secukupnya
minyak (cukup setakat bahan-bahan dapat di blend)

blend semua bahan then tuang ke atas ayam dan perap selama 1jam @ lebih...bakar atas bara sehingga masak. kalau menggunakan white pepper,tambahlah serbuk kunyit untuk pewarna.


p/s:aku ni pemalas nak buat bara arang so dengan simple lepas ayam dah marinade ku letak jak ayam atas dulang then masuk oven...bakar dengan suhu 200-250 degree ikut dengan oven masing-masing selama 25-30min

Masak Mee Sedapp.....

bahan2:

1. mee mbs 1 bungkus
2. ayam/ daging / makanan laut
3. minyak masak
4. bawang putih - ditumbuk
5. sos tiram
6. kicap
7. garam dan ajinamoto
8. taugeh
9. air utk merebus mee mbs

cara masak:
1. panaskan minyak...masukkan bawang putih..masak sampai naik bau..

2. masukkan ayam/daging/makanan laut...tunggu sampai masak pastu tuangkan air...

3. masukkan garam, ajinamoto..tunggu air sampai mendidih baru masukkan mee mbs tadi...sentiasa gaulkan mee utk mengelak mee td hangit...

4. kalu rasa2 mee td dah nak masak masukkan togeh...dan simpan air sedikit2 demi sedikit..pas tu masukkan kicap juga sos tiram...kuah ini lama kelamaan akan pekat...tapi kt x tau mee td dah masak atau tidak..so kena rasa juga mee td..kalu rasa lum masak simpan lagi air..ulang perkara ini sehingga mee masak..kerana mee mbs ni agak keras n lama masaknya..

5. kalu dah masak...siap utk d makan..

*p/s kalu suka tambah sayuran..lagi sedap tapi bg aku...cukuplah dgn taugeh...eheheh simple tp sedap

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu