E-Mail: lippikmkk@gmail.com

16 Mac 2009

Seram@IKMKK

Banyak cerita seram yang boleh dikongsi bersama mengenai IKMKK. Di antaranya, tapak yang sedia ada merupakan tapak kubur lama (orang kata…). Malah masih kelihatan beberapa kubur lama mahupun baru di sebuah bukit berhampiran. Ketika sebuah anak bukit di hadapan pagar utama diratakan bagi tujuan pembangunan, gempar sebentar dengan penemuan sebuah batu nisan lama. Agak mengerikan bilamana para kakitangan dan juga pelajar terpaksa melalui satu-satunya jalan keluar masuk ke IKMKK itu dengan berlatarbelakangkan bukan sahaja gunung Kinabalu, tetapi juga batu nisan yang hampir tumbang itu.


Penulis sendiri berkesempatan mengalami beberapa peristiwa misteri yang terjadi di IKMKK. Kebanyakan peristiwa-peristiwa tersebut berlaku semasa IKMKK baru sahaja memulakan operasinya. Di antaranya adalah, setiap kali hujan turun pasti akan keluar bau busuk. Tidak dapat dipastikan dari mana bau tersebut. Setelah ditanya beberapa ‘orang lama’, mereka mengatakan bau tersebut terbit dari tanah kubur yang menjadi tapak IKMKK. Hmm.. sejauh mana kebenarannya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Agak lama tidak kedengaran cerita-cerita seram di IKMKK. Tetapi, baru-baru ini kami digemparkan lagi dengan ‘kejayaan’ seorang kakitangan menangkap gambar lembaga di salah sebuah asrama pelajar. Anda tataplah sendiri dan samada anda percaya atau tidak.. jangan biarkan diri anda.. diselubungi misteri.. hehe.. Banyak lagi cerita yang penulis akan kongsikan di lain masa.. Tungguuuu…

8 ulasan:

  1. nauzubillah....kt tidak hanya hidup bersendirian di muka bumi ini...kt sbenarnya berkongsi juga dengan mkhluk lain...cuma bezanya alam nyata dan alam ghaib...jangan biarkan hndset anda dselubungi....missssskolll...heheh

    BalasPadam
  2. bila cerita ni d expose jangan pula korang takut mau masuk ikmkk belajar....
    di mana2 pun ada, kisah ini hanya untuk tatapan anda untuk merenungkan kebesaran Allah...
    chaiyo chaiyo.......

    BalasPadam
  3. Betul anonymous.. ini yg membuatkan IKMKK semakin unik sebenarnya hehehe... Kita semua makhluk Allah.. Manusia adalah ciptaan-Nya yang terbaik.. Renung-renungkan..

    BalasPadam
  4. terima kasih komen anda klu ada lagi bahan macam ni sila kongsi bersama untuk tatapan kita bersama dalam blog ini......
    KEPADA sesiapa pelajar yang baru dapat keputusan spm boleh lah isi borang di laman web mara untuk kemasukan ke ikmkk ini...klu ada sebarang kesulitan bolehlah hubungi kami diblog ini melalui ruangan chat yang disediakan.....

    BalasPadam
  5. Memang dahsyat kalau diingatkan zaman mula-mula IKM di buka....

    BalasPadam
  6. betul tu ..... yang kacian budak2 yang awal masuk cni dan staf.....

    BalasPadam
  7. hiiiiiii takutnya sya...

    BalasPadam
  8. seram juga d ikmkk ni. tapi kerana mau belajar...... semua tu anggap ja sbgi satu cabaran.....
    selamat menduduki peperiksaan sesi jan - jun 2009.....

    BalasPadam

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu