E-Mail: lippikmkk@gmail.com

07 April 2009

90 peratus lepasan IKM dapat kerja

MELAKA: Kira-kira 90 peratus lepasan Institut Kemahiran Mara (IKM) yang menamatkan pengajian tahun lalu sudah bekerja dalam pelbagai bidang sekali gus membuktikan latihan disediakan institusi itu memenuhi kehendak dan keperluan industri.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kajian pengesanan pelajar IKM terbaru mendapati majoriti lepasan IKM diambil bekerja dalam pelbagai organisasi manakala bakinya dipercayai membabitkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Keadaan ini membuktikan IKM semakin menjadi pilihan utama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang berminat dalam bidang teknikal serta industri. "Perkembangan positif ini menunjukkan pengangguran bukan isu di kalangan graduan IKM manakala kursus yang ditawarkan institusi ini memang memenuhi kehendak dan keperluan semasa industri,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu