Objektif untuk mengadakan lawatan ini adalah untuk:
- Mengisi masa para pelajar dengan pengisian ilmu dan pengetahuan baru tentang dunia perniagaan. (Khususnya pelajar semester 3 dan 6 yang akan menamatkan latihan kemahiran mereka di IKMKK)
- Mengeratkan silaturrahim antara para pelajar yang pelbagai kursus.
- Mendedahkan para pelajar kepada dunia luar yang lebih mencabar.
- Membuka minda para pelajar kepada idea-idea perniagaan yang baru untuk masa hadapan dan tidak bergantung dengan kemahiran yang mereka perolehi di IKMKK sahaja.

Mereka terdiri dari pelbagai disiplin kemahiran seperti
kursus Bangunan, Senibina, Automotif, Baik Pulih Badan Kenderaan,
'Air-cond.' dan Penjaga Jentera Elektrik (A1).

Kelihatan 'cocopeat' atau sabut kelapa yang digunakan
menggantikan tanah dalam sistem ferigasi ini.
Kelihatan tiub getah berwarna hitam digunakan
untuk menyalurkan baja cecair.


para peserta lawatan tentang kebaikan penggunaan
sistem fertigasi berbanding cara konvensional.
En. Peter (Pegawai Jabatan Pertanian Malaysia)
juga sekarang ini sedang dalam cuti tanpa gaji untuk
membantu isterinya Pn. Nina (Usahawan dan Pemilik PC Farm)
menjayakan sistem ini dan memperkenalkan kepada bakal
dan yang telah menjadi usahawan tani di Negeri Sabah ini.

Peserta kursus dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk
memudahkan sesi taklimat dan diberikan secara bergilir.
Kumpulan 1 diberikan taklimat ditapak kebun,
manakala kumpulan 2 taklimat diadakan secara tayangan video.

Sebelum ini mereka diberikan taklimat di tapak projek fertigasi.

dalam stor simpanan bahan dan peralatan fertigasi.
Tempat ini sebelum dijadikan stor merupakan tempat kilang
memproses sabut kelapa untuk penggunaan fertigasi.
Tetapi kilang tersebut telah dipindahkan operasinya
ke Kudat, memandangkan bahan mentah banyak di sana iaitu
sabut kelapa. Stor ini juga tempat bahan dan peralatan untuk
pengedaran ke seluruh Negeri Sabah dan Labuan.
Kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar
bolehlah berhubung dengan PC Farm.

(Pn. Nina berbaju kuning) tentang peluang fertigasi dan permasalahan
yang timbul di Negeri Sabah. Terutamanya untuk menarik golongan muda
menceburi sektor pertanian yang mana pihak kerajaan telah
mengambil langkah drastik dengan memperuntukkan RM 6 bilion
dalam Bajet 2010 baru-baru ini. Dalam perbincangan ini juga,
kami sempat berbincang untuk mengadakan Kempen Bumi Hijau di IKMKK
dan pihak pengurusan PC Farm memberikan 'lampu hijau' untuk
membantu menjayakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan