Andai wanita menjadikan tangisan sebagai alternative mahupun terapi terbaik untuk melepaskan tekanan, lelaki pula ada cara sendiri. Tidak macho andai lelaki menangis, malah airmata bagaikan berat untuk dititiskan. Malah bagi segelintir lelaki, menangis tidak wujud dalam kamus hidup.
Dek tebalnya sifat kelelakian kadang kala kaum Adam berdepan masalah setiap kali mahu meredakan gangguan psikologi seperti tekanan dan kemurungan. Malu dan bimbang diri dilabel lemah, mendorong lelaki yang ditimpa gangguan emosi cenderung berdiam diri. Disebabkan terlalu memendam rasa,kelakuan dan karektor peribadi lelaki bertukar murung. Kemurungan atau depression boleh diklasifikasikan gangguan dalaman dan perasaan seseorang.
Gangguan perasaan ini boleh menjadi buruk andai tiada usaha memulihkannya atau mencari jalan keluar dari kemelut yang dihadapi melalui pengucapan kata-kata semangat atau alternative lain.
Apakah sebenarnya punca berlakunya kemurungan?
Kemurungan boleh berlaku dalam diri sesiapa saja, tidak kira lelaki atau wanita. Namun masalah ini cenderung dialami golongan dewasa yang dibebani masalah harian,peribadi mahupun keluarga. Faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, penceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja. Malah penyakit kronok juga boleh mendedahkan diri kepada gejala kemurungan. Jika gagal mengawal perasaan atau bersikap reda dan realistik, sesorang itu boleh bertukar murung hingga menganggap dunia sudah tidak bererti baginya.
INFO..
• Individu murung dikealpasti mengalami perubahan dalam system otak
• Perubahan ini dicetuskan oleh penyakit fizikal,tekanan,kekecewaan atau kesedihan.
• Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini.
• Sindrom kemurungan adalah penyakit membabitkan kesihatan badan, perasaan dan fikiran.
• Menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.
• Perkataan depression diambil daripada perkataan Latin yang membawa maksud to press down .
• Sejak abad ke-14 to depress merujuk kepada penaklukan tau menjatuhkan jiwa(sprint).
Simptom kemurungan.
• Kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan
• Tiada minat atau rasa seronok terhadap hobi dan aktiviti lain yang lazimnya mendatangkan keseronokan.
• Muda rasa letih dan tidak bertenaga.
• Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
• Hilang selera makan dan penurunan berat makan.
• Keinginan untuk membunh diri.
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
• Kurang daya tumpuan dan sukar membuat keputusan.
• Symptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
5 tip elak kemurungan.
1. Belajar lebih bersabar dan berfikiran positif
2. Usah terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai
3. Elak bersendirian, luangkan masa bersama mereka yang bermakna dalam hidup
4. Babitkan diri dalam aktiviti menyihatkan dan bersosial
5. Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
6. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
Anda mempunyai simptom2 seperti diatas. Bertindak segera!!!
Ciri2 orang proaktif
BalasPadamKali ni saya kongsikan ciri-ciri orang yang proaktif. Mereka ni senang di kenal pasti, sebab hanya ada sedikit saja dikalangan kita yang nampak proaktif.
Apa maksud proaktif? Ia adalah lawan kepada reaktif.
Reaktrif lebih kepada menyalahkan orang lain, situasi, keadaan, perkara dan benda. Pendek kata, reaktif lebih kepada mentaliti 'mangsa'. Mangsa keadaan.
Tetapi, mentaliti orang proaktif lebih kepada 'penguasa'. Maksudnya, dia mengawal kehidupannya, bukan kehidupannya yang mengawal dirinya.
Orang proaktif lebih banyak bertanya pada diri sendiri apa yang boleh dia buat, apa pilihan yang dia ada dan tindakan cemana yang boleh dilakukannya. sedangkan orang yang reaktif, lebih suka menuding jari kesalahan kepada orang lain, bukan dirinya sendiri.
Misalnya, andai keretanya rosak, dia menyalahkan jalan raya, tayar yang pancit, pemandu lain di jalan raya, hujan yang turun atau besi enjin kereta yang sudah buruk. Dia tidak menyalahkan dirinya kerana jarang menservis kereta, bahkan lebih suka menyalahkan keadaan yang menyebabkan keretanya jadi begitu.
Orang-orang yang proaktif ...
• Sentiasa tenang.
• Bijak mengawal emosi.
• Tidak mudah melenting mahupun 'meletup'.
• Berfikir sebelum bertindak.
• Mengelak dari sikap suka mengeluh.
• Yakin sentiasa ada pilihan selagi mana dia inginkannya.
• Menganggap masalah sebagai cabaran.
• Melihat aspek positif dalam musibah yang melanda.
• Bertanggungjawab.
Mudah-mudahan sikap ini ada dalam diri kita.
Kalau masih belum ada, mari kita sama-sama membinanya!
Kaunselor..Da'BeaCH