E-Mail: lippikmkk@gmail.com

25 April 2009

Ciri2 orang proaktif

Kali ni saya kongsikan ciri-ciri orang yang proaktif. Mereka ni senang di kenal pasti, sebab hanya ada sedikit saja dikalangan kita yang nampak proaktif.

Apa maksud proaktif? Ia adalah lawan kepada reaktif.

Reaktrif lebih kepada menyalahkan orang lain, situasi, keadaan, perkara dan benda. Pendek kata, reaktif lebih kepada mentaliti 'mangsa'. Mangsa keadaan.

Tetapi, mentaliti orang proaktif lebih kepada 'penguasa'. Maksudnya, dia mengawal kehidupannya, bukan kehidupannya yang mengawal dirinya.

Orang proaktif lebih banyak bertanya pada diri sendiri apa yang boleh dia buat, apa pilihan yang dia ada dan tindakan cemana yang boleh dilakukannya. sedangkan orang yang reaktif, lebih suka menuding jari kesalahan kepada orang lain, bukan dirinya sendiri.

Misalnya, andai keretanya rosak, dia menyalahkan jalan raya, tayar yang pancit, pemandu lain di jalan raya, hujan yang turun atau besi enjin kereta yang sudah buruk. Dia tidak menyalahkan dirinya kerana jarang menservis kereta, bahkan lebih suka menyalahkan keadaan yang menyebabkan keretanya jadi begitu.

Orang-orang yang proaktif ...
• Sentiasa tenang.
• Bijak mengawal emosi.
• Tidak mudah melenting mahupun 'meletup'.
• Berfikir sebelum bertindak.
• Mengelak dari sikap suka mengeluh.
• Yakin sentiasa ada pilihan selagi mana dia inginkannya.
• Menganggap masalah sebagai cabaran.
• Melihat aspek positif dalam musibah yang melanda.
• Bertanggungjawab.

Mudah-mudahan sikap ini ada dalam diri kita.

Kalau masih belum ada, mari kita sama-sama membinanya!

2 ulasan:

  1. 4 perkara anda dijangkiti pemikiran negatif

    Elakkan perkara-perkara berikut supaya Anda tak dijangkiti penyakit fikiran negatif.
    1. Elak bercakap pasal hal orang lain. Dah banyak kali saya ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia selalu berlaku di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka.
    Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda Anda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.
    2. Menyimpan dendam lama-lama. Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.
    3. Jadi terlalu sensitif. Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika Anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan diri Anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.
    4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam. Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda akan sentiasa bermasalah selagi Anda masih tak berubah

    BalasPadam
  2. Bagiamana sabar mengawal emosi.
    Betulkah sabar boleh membuat kita mampu mengawal emosi?
    Jawapannya YA, terutama saat berdepan marah, tekanan dan kegusaran. Bagaimana sabar dapat mengawal emosi, misalnya rasa nak marah? Saya akan explain dari aspek teknikalnya.
    Marah adalah sikap yang cuba dikawal oleh ramai orang, tapi masih gagal. Dengan sentiasa penyabar, Anda boleh menahan marah dari meluap keluar. Anda akan bersabar kerana Anda sedar, marah hanya akan memburukkan keadaan lalu menampakkan yang Anda orang kurang berpendirian.
    Maknanya, harga diri Anda rendah, jadi Anda tidak layak untuk dihormati hanya kerana Anda orang mudah naik marah. Bila Anda tahu ni, sudah tentu Anda menahan marah sebab Anda tak nak orang tak hormat Anda. Lama-kelamaan, Anda mampu mengawal rasa nak marah, sebab sudah tahu kesannya apa.
    Sabar membuat Anda tahan berdepan dugaan getir, misalnya saat dihimpit masalah kewangan yang teruk, ditinggalkan kekasih atau ketika ditipu. Jika Anda tak sabar, sudah tentu Anda akan bertindak sembarangan, lalu menampakkan kebodohan Anda hanya kerana tidak mengawal emosi.
    Kesannya, Anda sendiri yang akan merana berpanjangan sebab Anda merosakkan diri sendiri. Contoh terbaik, menghempas barang, menumbuk dinding, paling ekstreme, membunuh diri. Bukankah itu semua merosakkan diri sendiri hanya kerana nak melepas tekanan dari masalah?
    Bagaimana pula nak membina sikap sabar? Paling cepat dan paling berkesan, jaga kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang menjauhkan Anda daripada sikap-sikap buruk, membentuk Anda menjadi orang penyabar. Lihat saja orang-orang yang menjaga kekhusyukan sembahyang, mereka adalah orang-orang penyabar. Bagi yang bukan beragama Islam boleh menggunakan pendekatan yang mereka amalkan (cara agama yang diamalkan)SEKIAN…..

    BalasPadam

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu