E-Mail: lippikmkk@gmail.com

14 April 2009

Ikhlas

Pengertian Bahasa
Hati suci, tidak menipu, tidak berpura-pura

Istilah
Mengqasadkan kata-kata, amal usaha dan jihad kerana Allah untuk mendapat keredhaan Allah tanpa mengharapkan sesuatu faedah seperti nama, gelaran, pangkat dan sebagainya

Nilai Ikhlas
keikhlasan dan niat yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang yang ikhlas, mereka ialah orang yang bila dihadiri ( berada dalam kumpulan ) tidak dikenali tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim. Bahkan kelakuan itu boleh dijadikan wasilah untuk melepaskan bala ujian seperti yang ditegaskan dalam hadis yang panjang”

Sifat ikhlas menyebabkan hati bersih dan suci daripada sifat riya’ ( sombong ), munafik dan pendusta.

Daripada Sahl bin Hanif meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberikan rezeki ( gugur syahid) dengan benar-benar ikhlas, maka akanAllah sampaikan ke martabat syuhada walaupun ia mati di atas katilnya.”

Kesan-kesan keihlasan dalam kehidupan;
1. Mendapat keredhaan Allah serta rahmatnya.
2. Pelengkap kepada kesempurnaan Iman.
3. Terselamat drp kepura-puraan dan kemunafikan.
4. Terhindar daripada sifat riya’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu