E-Mail: lippikmkk@gmail.com

14 April 2009

Zuhud

Pengertian Istilah
Menahan diri daripada nafsu dunia di saat kita mampu untuk mendapatkannya.

Menurut Abu al Hassan Ali al Nadwi
Zuhud bukanlah bererti meninggalkan dunia dengan memakai pakaian compang camping atau menjauhkan diri dari gelanggang kehidupan.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Supaya kamu semua tidak berdukacita terhadap apa yang terlepas dari tangan kamu dan tidak pula menjadi gembira terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu semua.”

Tanda-tanda Zuhud
  1. Kezuhudan yang dimiliki oleh seseorang adalah suatu perkara yang kompleks/ rumit / sukar.
  2. Melihat kezuhudan dengan pandangan meninggalkan keduniaan adalah sesuatu yang mengelirukan kerana kezuhudan sebenarnya ialah sesuatu yang datangnya dari hati.
  3. Selain itu, tanda-tanda zuhud boleh la dinilai seperti mana di bawah.
  • Yahya bin Muaz berkata “Alamat atau tanda zuhud itu ialah dermawan dengan apa yang ada.”
  • Ibnu Khafif berkata “Tanda zuhud ialah adanya rasa istirahat (mengasuh) di waktu keluar dari hadapan seseorang raja. Beliau juga berkata “Zuhud ialah hilangnya kegemaran kepada dunia tanpa dipaksa-paksa.”
  • Ahmad bin Hambal dan Sufian Tsauri berkata “Tanda zuhud ialah pendek atau sedikitnya berangan-angan. Maksudnya tidak banyak berangan-angan untuk memperolehi sesuatu dari perkara-perkara dunia.”
Salah tanggapan masyarakat tentang zuhud
Memahami zuhud dengan meninggalkan sama sekali kehidupan dunia sehingga dunia dikuasai oleh orang bukan Islam.

Makluman
  1. Definisi zuhud pada zaman ini sepatutnya harus berubah mengikut peredaran zaman tanpa perlu meninggalkan matlamat dan visi utamanya.
  2. Seseorang yang mempunyai harta yang banyak seperti dalam bentuk ekuiti, tanah, rumah, lot komersil dan sebagainya boleh dianggap zuhud jikalau mereka tetap hidup bersederhana dan zuhud bentuk inilah sepatutnya dijadikan amalan.
  3. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam adalah untuk mempelajari segala ilmu yg boleh dipelajari, berusaha bersunggrakayuh-sungguh untuk mengumpul kekayaan material kemudian disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu