E-Mail: lippikmkk@gmail.com

03 Julai 2009

Sabah lebih kukuh: KM

MUSA (dua kanan) ketika bercakap dalam sesi itu
bersama Ghani (dua kiri) sambil diperhati oleh Lim.


KUALA LUMPUR: Meskipun berdepan dengan masalah ekonomi global, Sabah lebih kukuh seperti sebelumnya.

Kerajaan negeri berdepan dengan cabaran ekonomi sekarang dengan keadaan yang lebih kukuh dan ini membuatkan simpanan Sabah lebih mantap kira-kira RM2.35 bilion pada akhir tahun lepas, dan kini ia semakin bertambah baik.

Bercakap dalam Sesi Panel Pelaburan Malaysia CIMB 2009 di sini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata kerajaan negeri juga mempunyai pendapatan yang semakin meningkat dan hasil pendapatannya juga dipelbagaikan- iaitu dari RM2.8 bilion pada 2007 kepada RM3.34 bilion pada tahun lepas.

Musa adalah salah seorang dari tiga pemimpin negeri yang dijemput untuk men-yampaikan ucapan di majlis itu. Dua lagi pe-mimpin ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ghani Othman dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata perangkaan perdagangan luar juga menunjukkan peningkatan setiap tahun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan se-perti Yayasan Sabah, Lembaga Kemajuan Ta-nah Negeri Sabah, Perbadanan Pinjaman Sabah dan Bank Pembangunan Sabah juga melakukan pencapaian terbaik, menyumbang dengan banyak kepada tabung kewangan ne-geri dan juga untuk sosio-ekonomi. Yayasan Sabah umpamanya mempunyai simpanan kira-kira RM1.5 bilion.

“Meskipun dalam keadaan ekonomi yang berdepan dengan kesukaran sekarang, ekonomi Sabah tidak terjejas teruk. Kita mengekalkan sasaran GDP kita tahun ini ialah kira-kira 3-4 peratus, ini akibat harga komoditi yang baik dan juga pengeluaran yang meningkat terutama sekali dari perladangan,minyak mentah dan gas asli,” katanya.

Musa berkata harga yang relatif (lebih baik) dan kestabilan ekonomi berterusan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk berkembang dan membangun dalam tempoh beberapa tahun yang lepas, Sabah telah mencatatkan dengan konsisten GDP yang berkembang dari lima hingga tujuh peratus.

Petunjuk kejayaan ini katanya disumbangkan oleh beberapa faktor:

a. Hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan;

b. Kerajaan negeri mempunyai agenda pembangunan yang tersusun atau lebih dikenali dengan Halatuju;

c. Segala inisiatif Kerajaan Persekutuan berjaya dilaksanakan,koridor ekonomi dan inisiatif rangsangan fiskal juga bersesuian dengan agenda negeri:

d. Negeri ini juga menikmati kestabilan poliitik. Konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga amat bersesuaian dengan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan ianya menjadi pemangkin terhadap agenda pembangunan negeri.

Ketua Menteri berkata berdasarkan keadaan ini, Sabah bukan saja menjadi destinasi utama untuk perniangaan tetapi juga untuk kebudayaan dan alam semula jadi, yang akan memberkan faedah kepada industri pelancongan.

“Lapangan terbang antarabangsa kita yang baru di ibu negeri Kota Kinabalu sudah sedia dan ini sesuai dengan perancangan kita untuk menarik lebih ramai pelancong dari laur negeri dan mereka yang berminat melakukan perniagaan di Sabah.

“Saya juga ingin makluman bahawa industri pelancongan kita juga tidak terjejas akibat kelembapan ekonomi berdasarkan kepada kadar kedatangan pelancong sehingga kini,” katanya.

Sebagai bukti katanya, Sabah mencatatkan ketibaan pelancong yang bertambah dari Singapura,Amerika Syarikat,Kanada, Jerman, Finland, Switerzerland dan New Zealnad antara Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Dan dalam tempoh itu, keseluruhan ketibaan pelancong telah menurun sedikit dari 730,000 kepada 710,000 atau 2.7 peratus.

“Sabah akan terus bergerak ke depan dan akan menggunakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dan kerajaan negeri juga akan mewujudkan perniagaan mesra alam sekitar untuk menarik lebih ramai pelabur asing dan dalam negeri untuk memajukan lagi negeri dan negara demi untuk faedah rakyat Malaysia dan juga semua pemegang sahamnya.

Musa juga berkata agenda pembangunan yang dirangka oleh kerajaan negeri telah disediakan untuk halatuju pembangunan dan arah strategik ekonomi hingga tahun 2015.

Beliau berkata egala panduan dan strategi ini didokumenkan dalam Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri untuk Sabah. Pengantara sesi kelmarin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak.

Sumber: New Sabah Times

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu