KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan 64 program prasiswazah dengan menghasilkan graduan-graduan yang berdaya saing yang mengisi pasaran kerja.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamaru-zaman Ampon berkata, kebiasaannya, kesesuaian program yang diikuti dilihat sebagai antara punca kepada kesulitan menentukan kerjaya selepas bergraduan.
“Namun pada zaman globalisasi dan liberalisasi yang berteraskan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT), dunia tanpa sempadan ini, alasan tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai teori yang dominan,” katanya ketika berucap pada Minggu Suai Mesra UMS pelajar baru sesi 2009/2010, di Dewan Canselor UMS, malam kelmarin.
Dr. Kamaruzaman berkata, sesuatu program atau kursus itu tidak lagi boleh dianggap sebagai faktor penentu kepada jenis kerjaya siswa-siswi kelak.
Menurutnya, apa sahaja bidang kursus atau program yang diambil sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah, asal sahaja mereka bijak mengaplikasikan dengan pasaran kerja ataupun peluang kerjaya yang sentiasa menanti.
Oleh itu, katanya, semasa mengikuti pengajian di UMS, bertekad dan berusahalah menjadi seorang yang terbaik antara rakan-rakan lain yang terbaik.
“Sedarlah, bahawa dunia kerjaya sentiasa diwarnai dengan persaingan yang terbuka, setiap saat dan waktu, persaingan ini menjadi semakin kompetitif,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang memiliki ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya be-lum tentu dapat bersaing dengan baik.
Sebaliknya, bagi mereka yang berilmu pengetahuan dan mampu memanafaatkan ilmu itu akan mudah berjaya.
Justeru itu, kataya, dalam tempoh mereka berada di UMS, siswa-siswi akan diajar untuk menguasai ilmu kemahiran insaniah (softskills) yang akan mempersiapkan diri mereka menjadi modal insan yang lebih bersedia menghadapi reality dunia sebenar selepas menamatkan pengajian kelak.
Mengenai slogan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapain diutamakan” Dr Kamaru-zaman percaya objektif tersebut dapat direalisasikan jika siswa-siswi dapat menghayati slogan itu.
“Slogan ini merupakan suatu slogan yang berteraskan kepada usaha meningkatkan kese-daran bahawa segenap lapisan rakyat di negara ini perlu hidup saling hormat menghormati dan berusaha memelihara keharmonian hidup rakyat Malaysia yang unik yang terhasil daripada perpaduan rakyatnya yang terdiri daripada mas-yarakat pelbagai kaum, perbezaan agama dan kepercayaan,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
Tiada ulasan:
Catat Ulasan